Portal Jawatan Kosong Terkini

Apa Perlu Anda Buat Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga!

Berikut merupakan tips berkaitan temuduga yang dikongsikan khas sebagai rujukan utama anda menghadiri temuduga. Baca Apa Perlu Anda Buat Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga!

Mendapat panggilan temuduga kerja pasti membuatkan calon berasa teruja dan gembira apabila usaha keras memohon pekerjaan dibayar dengan panggilan menghadiri temuduga kerja.

Panggilan temuduga merupakan halangan akhir yang memisahkan anda dengan kerjaya idaman anda. Lulus temuduga bermakna anda akan menjawat jawatan tersebut. Sebaliknya bila gagal maka anda harus mencuba lagi.

Bagi pencari kerja yang mempunya pengalaman di temuduga dah tentu mereka tidak mempunyai masalah untuk membuat persiapan temuduga. Bagaimana pula dengan pencari kerja yang baru sahaja menamatkan pengajian yang mempunyai tidak mempunyai pengalaman seperti anda.

Mempunyai pengalaman di temuduga atau tidak bukan isu besar di sini. Ini kerana calon tetap perlu menghadapi tiga lapisan persediaan utama temuduga. Iaitu sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga.

Disini di kongsikan 21 tips untuk anda sebelum, semasa dan selepas temuduga yang anda boleh amal dan praktikkan untuk menghadapi laluan bina kerjaya anda nanti.

 

1. 1.Tips Sebelum Temuduga

1.Tips Sebelum Temuduga

Beberapa hari sebelum anda menghadapi temuduga, anda boleh membuat persediaan seperti berikut:

1. Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Dan Panel Penemuduga

Cuba dapatkan maklumat seperti profil syarikat, faedah kepada pekerja yang ditawarkan syarikat, operasi syarikat, corak kepimpinan syarikat serta perkara lain yang berkaitan dengan syarikat yang bakal anda pergi temuduga.

Gunakan apa sahaja medium seperti portal rasmi syarikat serta pelbagai media sosial yang berkaitan untuk mendapat maklumat supaya anda benar-benar tahu tentang syarikat tersebut.

 

2. Berlatih Menjawab Soalan

Anda boleh berlatih menjawab soalan-soalan yang selalu ditanya ketika temuduga seperti, ‘ Sila ceritakan tentang diri anda dan mengapa anda memilih untuk bekerja di syarikat ini?’. Ini dapat membantu anda untuk menjawab dengan lebih yakin serta nilai yang anda akan berikan kepada syarikat sekiranya anda bekerja di syarikat tersebut.

Tip :  Anda juga boleh bertanya dan berbincang tentang gaji anda berdasarkan lokasi, industri dan  pengalaman kerja yang lalu.

3. Membaca Semula Huraian Pekerjaan

Cetak dan baca serta fahami kemahiran khusus yang diperlukan atau dikehendaki oleh syarikat. Fikirkan contoh kerja yang berkaitan dengan kerja yang pernah anda lakukan sebelum dan sekarang ini.

4. Gunakan Kaedah STAR Dalam Menjawab Soalan

Bersedia dengan soalan mengenai pengalaman kerja yang lalu. Gunakan kaedah STAR untuk bercerita dengan jelas iaitu Situasi (Situation), Tugas ((Task), Tindakan (Action) dan Hasil (Result).

5. Berlatih Menjawab Soalan Bersama Rakan

Berlatih menjawab soalan dengan baik dan jelas adalah cara persediaan yang sangat berkesan. Minta rakan anda untuk menjawab soalan dan berikan jawapan. Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan ketika temuduga nanti.

6. Sediakan Senarai Rujukan

Kemungkinan penemuduga akan meminta anda memberikan senarai rujukan sebelum atau selepas temuduga anda. Dengan menyiapkan senarai rujukan dengan lebih awal, ia membantu anda pergi ke langkah yang seterusnya untuk diambil bekerja.

7. Bersedia Dengan Contoh Kerja Anda

Anda juga mungkin akan ditanya mengenai pekerjaan yang telah anda lakukan sebelum ini. Berikan contoh pekerjaan yang berkaitan serta kejayaan yang telah anda kecapi.

8. Sediakan Soalan Untuk Penemuduga Anda

Temuduga adalah komunikasi dua hala. Majikan juga mengharapkan anda bertanyakan soalan kerana mereka ingin tahu berapa seriuskah anda ingin bekerja di syarikat mereka. Berikut adalah beberapa soalan yang sesuai untuk anda tanyakan kepada penemuduga :

  • Bolehkah anda menerangkan tugasan ini secara terperinci?
  • Bagaimana anda menggambarkan ciri-ciri seseorang yang akan berjaya dalam jawatan ini?
  • Sekiranya saya menjawat jawatan ini, bagaimana prestasi saya dinilai? Berapa kerap ianya dinilai?
  • Kebiasannya, bahagian manakah yang boleh bekerja sebagai satu pasukan?
  • Bagaimanakah caranya mereka bekerjasama?
  • Bagaimanakah bentuk proses tersebut?
  • Apakah cabaran yang anda hadapi dalam pekerjaan anda?