Graduan Pointer Biasa
Jika anda merupakan seorang graduan yang tamat pelajaran dengan CGPA atau pointer yang rendah atau biasa-biasa, jangan merendah diri ketika menghadapi sesi temuduga anda. Sentiasa tonjolkan yang terbaik dalam diri anda serta tunjukkan keyakinan diri yang tinggi dihadapan penemuduga.
Lihat perkongsian ini untuk mengetahui tips temuduga yang boleh anda praktikkan ketika sesi temuduga nanti.
Tips Temuduga
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan majikan akan lihat dan fokus kepada kemahiran anda berbanding pointer anda. Majikan juga pernah mengalami pengalaman mengambil staf yang mempunyai pointer tinggi tetapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh syarikat.
Antara karektor yang di cari oleh majikan adalah :
1. Kemahiran Komunikasi
Ini adalah kemahiran yang memang dicari oleh para majikan masa kini. Kemahiran komunikasi yang diperlukan adalah kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis. Anda perlu menonjolkan kelebihan anda berkomunikasi ketika temuduga dengan bercakap secara yakin dan menggunakan fakta yang tepat.
Ambil masa untuk menjawab soalan yang ditanya dan fokuskan kepada kemahiran anda dan kaitkan dengan keperluan syarikat.
Jadi, ambil sedikit masa untuk dapatkan maklumat syarikat serta senarai tugasan jawatan anda supaya anda boleh kaitkan dengan kemahiran anda.
2. Berpengetahuan
Sebelum temuduga, pastikan anda tahu tentang info semasa dan terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Anda juga perlu mengambil tahu tentang teknologi terkini serta mengenai skop tugasan jawatan yang anda pohon. Semuanya akan dikaitkan dalam beberapa soalan yang akan ditanya kepada anda.
Ketika inilah majikan akan membuat penilaian terhadap anda dan dapat mengetahui adakah anda ada membuat kajian dan persediaan sebelum hadir temuduga.
3. Yakin
Ini adalah salah satu kelebihan yang dicari oleh majikan. Mungkin majikan tahu bahawa anda tidak membuat persediaan sebelum hadir temuduga dan menjawab soalan tanpa gagal walaupun tidak menggunakan fakta yang betul.
Namun, disebabkan kerana anda mempunyai teknik meyakinkan orang lain, majikan akan terus bertanya soalan yang seterusnya dan meneruskan sesi temuduga sehingga peringkat yang terakhir.
4. Berhujah
Ada beberapa jenis majikan yang suka mengorek perangai negatif dengan mengajak calon untuk berhujah berdasarkan beberapa topik yang boleh menyebabkan calon terus tidak bersetuju dan menyuarakan rasa tidak puas hati dihadapan penemuduga.
Jadi, elakkan untuk mengeluarkan cerita yang negatif kepada penemuduga walaupun di provokasi dengan soalan atau topik yang tidak sepatutnya.
Atau anda boleh berhujah dengan isi yang lebih positif serta berikan jalan penyelesaian terhadap topik tersebut.
5. Berikan Senyuman Dan Ucap Terima Kasih
Sentiasa berikan senyuman ketika anda berhadapan dengan penemuduga. Tetapi jangan asyik tersenyum sehingga tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga.
Walaupun anda diprovokasi dan ditekan dengan soalan yang mencabar, senyum dan ucap terima kasih selepas tamat temuduga anda. Jaga adab sopan anda ketika temuduga dijalankan.
Jangan jadikan pointer anda sebagai satu ukuran kejayaan temuduga anda. Gunakan tips yang dikongsikan ini untuk menghadapi temuduga. Semoga berjaya.