Chibu
IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI JABATAN TNC (HEP), UTM JOHOR BAHRU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) memerlukan individu yang dinamik, kreatif, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara.
3. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Nama Jawatan: Jurupulih Perubatan (Gred U29)
Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Tarikh Mula Iklan: 5 Julai 2023 (Rabu)
Tarikh Tutup Iklan: 23 Julai 2023 (Ahad)
4. Mohon untuk muat turun Borang Permohonan Jawatan UTM dipautan https://studentaffairs.utm.my/muat-turun-borang/ dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap ke emel [email protected].
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia seperti di lampiran.
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN HEP
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
5 JULAI 2023 | 16 ZULHIJJAH 1444H