Categories
Kerjaya Temuduga

Kenapa Nama Calon Temuduga Disenarai Hitam Oleh Syarikat? Berikut Adalah 3 Kesalahan Utama Yang Dilakukan Calon

Pernah terfikir tak sedikit tindakan anda yang anda fikirkan tiada apa-apa itu boleh menyebabkan nama anda kena blacklist terus oleh majikan? Akibatnya, selepas ini jika anda mohon kerja di syarikat yang sama lagi mereka sudah tidak pandang resume anda.

Ingat, setiap tindakan calon temuduga pasti akan dikenang oleh penemuduga dan majikan. Sebab itulah penting untuk calon jaga tingkah laku walaupun belum diterima kerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kesalahan yang boleh menyebabkan nama anda kena blacklist oleh majikan.

3 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN NAMA KENA BLACKLIST

1 Tidak Hadir Temuduga Tanpa Makluman

Tidak hadir apabila mendapat tawaran temuduga tanpa memaklumkan kepada pihak syarikat boleh menyebabkan anda akan disenaraihitam oleh syarikat serta bakal majikan anda. Sangat penting untuk anda maklumkan ketidakhadiran anda ke temuduga secara profesional.

Syarikat boleh bertolak ansur dan mereka mungkin akan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda hadir temuduga semua. Jika anda memang dah tak mahu hadir kerana sudah dapat tawaran kerja, anda boleh tolak tawaran dengan betul.

Baca: Cara Menolak Tawaran Temuduga Secara Profesional Dan Contoh Email LengkapĀ 

2 Tidak Membuat/ Menjawab Panggilan

Calon diam, senyap sunyi tanpa sebarang jawapan setelah menerima panggilan temuduga. Pihak syarikat sama sekali tidak tahu sama ada calon berminat untuk hadir temuduga atau tidak. Ada segelintir calon yang semangat setuju hadir temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan, tetapi tidak menghubungi semua wakil syarikat apabila lewat tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Anda digalakkan untuk buat persediaan lebih awal untuk hadir ke temuduga. Jika anda jangka akan mengalami kelewatan:

  • Hubungi wakil syarikat
  • Sebutkan nama anda
  • Jawatan yang dipohon
  • Masa temuduga
  • Nyatakan kelewatan anda 30 minit atau sebagainya

3 Lambat Memberi Respon

Mungkin ada sesetengah calon merasakan tidak mengapa jika respon lambat sedikit daripada tarikh yang ditetapkan. Majikan tidak menunggu anda untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikatnya.

Anda perlu maklumkan kepada syarikat setelah terima syarat/ emel panggilan temuduga. Jika boleh, dalam masa 3 hari anda perlu maklumkan kepada mereka bahawa anda dapat hadir atau tidak supaya pihak syarikat tidak membuang masa untuk mengatur sesi temuduga anda.

Jangan pula dah 5 minit nak mula temuduga baru anda nak maklumkan bahawa anda tidak dapat hadir. Percayalah, anda akan terus ditolak!

Bila dah tahu kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan anda kena blacklist ini, pastikan anda elakkan daripada berlaku.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

Cara Menolak Tawaran Temuduga Secara Profesional & Contoh Email Lengkap

Sekiranya anda terima tawaran temuduga atau kerja tetapi anda nak tolak atas alasan tertentu, jangan diam sahaja. Balas email tersebut dan tolak tawaran secara profesional.

Kenapa perlu tolak tawaran temuduga atau kerja secara profesional?

Ini adalah bagi menjaga nama baik anda sendiri. Jadi selepas ini kalau tiba-tiba anda nak mohon kerja di syarikat yang sama lagi, mereka pun lebih senang hati nak beri tawaran kerana sebelum ini anda pernah berurusan dengan mereka secara profesional.

TIPS TOLAK TAWARAN TEMUDUGA / KERJA

1 Greeting

Pertama sekali dalam menulis email menolak tawaran kerja, pastikan anda greeting HR syarikat dengan sopan sepertimana saat anda memohon kerja. Gunakan nama dan jawatan orang yang email tawaran kepada anda (boleh lihat di bahagian signature).

2 Penghargaan

Berikan sedikit ayat penghargaan untuk menunjukkan anda hargai masa yang mereka ambil atau habiskan untuk semak resume anda dan panggil anda temuduga. Bagi yang mendapat tawaran kerja selepas temuduga, anda boleh katakan penghargaan atas masa yang mereka luangkan untuk sesi temuduga yang lepas.

3 Jangan Terus Cakap Tak Berminat

Jangan terus cakap ‘NO’ atau ‘SAYA TAK BERMINAT’ apabila mendapat tawaran tetapi anda tidak berminat. Bagitahu dulu dengan cara paling baik yang anda nak tarik balik permohonan tempoh hari. Tambah sikit ayat yang menunjukkan anda kecewa terpaksa tolak tawaran mereka untuk jaga hati mereka.

4 Letak Alasan Jika Ada

Jika anda ada alasan munasabah, anda boleh letak alasan. Contohnya cakap sekarang anda dah terima tawaran kerja di syarikat lain yang beri tawaran lebih awal. Jika anda tiada alasan yang baik, lebih baik jangan beri alasan langsung. Cukup sekadar anda nyatakan anda tolak tawaran.

Jangan bagi alasan anda tidak berminat nak bekerja di situ atau tidak berminat dengan tawaran gaji yang terlalu sedikit.

CONTOH EMAIL TOLAK TAWARAN

Assalamualaikum and Good Afternoon,

Der Puan Alya,

Thank you for considering me for the ________ position and i greatly appreciated the opportunity to interview for the position and learn more about your company.

However, at this time i regret that i must withdraw my application and decline for this opportunity because i have accepted a job offered by _______ after an interview session with them yesterday morning.

I sincerely appreciate your taking the time for review my application.

Again, thank you for your consideration. Hopefully the timing will be at some point in the future.

Best regard,

______________________.

Lebih baik jika anda hubungi terus syarikat tersebut untuk menyatakan anda menolak tawaran yang diberikan. Tidak semestinya dengan syarikat yang kita bekerja sahaja perlu menjaga adab. Sama-sama kita menjaga adab dengan orang yang berurusan dengan kita agar tidak menyusahkan pihak lain.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Kenapa ”Fresh Graduate” Perlu Memilih Khidmat Pelanggan Sebagai Kerjaya? Ini Antara 6 Sebab Utama

Anda seorang fresh graduate atau graduan yang masih mencari pekerjaan? Pasti anda pernah ternampak iklan jawatan kosong sebagai Khidmat Pelanggan atau Customer Service. Namun tak semua graduan berminat dengan kerja bidang tersebut atas beberapa sebab.

Mungkin ada graduan yang menganggap kerja tersebut telah lari dari bidang pengajian. Ada juga yang merasakan gaji yang ditawarkan tidak berbaloi dengan kelayakan yang ada.

Tanggapan anda sebenarnya salah. Sebenarnya graduan patut merebut peluang bekerja sebagai khidmat pelanggan sementara tunggu kerja idaman memanggil.

Ketahui 6 sebab fresh graduate patut pilih khidmat pelanggan sebagai kerjaya pertama.

6 SEBAB FRESH GRADUATEĀ  PATUT PILIH KHIDMAT PELANGGAN

1 Gaji Yang Lumayan

Majoriti jawatan sebagai Customer Service Agent, Customer Service Representive, Customer Care Speaciaist dan seangkatannya menawarkan gaji asas antara RM2,000 ke RM3,000 kepada para lepasan ijazah, Ini belum masuk elaun shift, elaun pengangkutan, elaun makanan dan elaun cuti umum.

2 Peluang Sertai Pelbagai Industri

Syarat utama untuk mendapatkan jawatan ini hanyalah memerlukan ijazah, fasih berbahasa Inggeris dan boleh mengira Matematik dengan baik. Anda boleh menyertai pelbagai industri termasuk perbankan, hotel & travel, pendidikan, kourier, penyiaran dan banyak lagi walaupun ijazah anda tidak berkaitan dengan industri tersebut. Belajar kulinari tapi bekerja di syarikat pengangkutan antarabangsa? Itu perkara biasa.

3 Latihan Diberikan

Jangan risau jika anda tidak berapa arif tentang industri yang anda sertai tersebut kerana latihan berbayar 2 minggu hingga 3 bulan pasti diberikan. Gaji asas dapat walaupun belum mula bekerja. Namun majoriti syarikat menyediakan latihan untuk tempoh 1 bulan sahaja.

4 Jadual Kerja Lebih Fleksibel

Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, walaupun anda perlu bekerja shift 24 jam tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan syarikat mengizinkan anda bertukar jadual dengan rakan sekerja anda. Jika anda adalah individu yang sukar untuk bangun tidur di waktu pagi, anda boleh bertukar jadual suka sama suka dengan rakan sekerja anda setiap kali anda mendapat shift pagi.

5 Value Added Untuk Kerjaya Baru

Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, bayangkan anda bekerja dengan pegawai bank dan tiba-tiba ada pelanggan datang dan meminta anda membantu masalah perbankan internetnya, sudah pasti anda akan ada masalah jika hal itu memerlukan navigation, troubleshoot dan beberapa hal yang perbankan internet memang suka buat hal.

Tetapi jika anda pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, hal ini seperti mudah sahaja. Malah ilmu disebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk anda mendapatkan jawatan idaman anda.

6 Menambahbaik Kemahiran Multi-tasking

Jika anda adalah individu yang tidak mampu buat dua perkara dalam satu masa, percayalah anda mampu melakukan hampir empat perkara dalam satu masa selepas bekerja 6 bulan ke 1 tahun dalam bidang ini.

Adalah perkara biasa untuk seorang pegawai khidmat pelanggan berbual dan mendengar persoalan pelanggan sambil membaca buku manual dan menaip laporan di komputer serta berinteraksi dengan team leader atau rakan-rakan sekerja tentang sesuatu isu.

Sekarang anda pilihlah, nak teruskan kerjaya di luar bidang atau teruskan menganggur menunggu kerja idaman?

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Hilang Kerja Akibat Covid-19? Ikut 9 Tips Ini Untuk Tingkatkan Kebolehpasaran Kerja Anda

Dalam tahun ini, kita dapat lihat beribu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja akibat daripada Covid-19 kerana banyak syarikat terpaksa gulung tikar. Hal ini adalah kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian.

Sekiranya anda salah seorang daripada individu yang kehilangan kerja akibat Covid-19, jangan putus asa. Hilang kerja tidak bermakna perjalanan anda terhenti. Mungkin juga anda berpeluang mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus selepas ini.

Masih banyak syarikat yang mengambil pekerja saat pandemik ini. Pekerja yang kehilangan kerja, apa yang perlu anda lakukan adalah tingkatkan kebolehpasaran kerja bagi mendapatkan kerja baharu.

9 STRATEGI JIKA KEHILANGAN KERJA

1 Buru Kerja “Job Hunting

Kebarangkalian besar pengangguran akan memberi kesan negatif kepada anda dan keluarga anda dari segi ekonomi dan sosial. Adalah penting untuk setiap individu terkesan untuk kekal berfikiran positifĀ  dan secepat mungkin membina pelan tindakan untuk kembali ke alam pekerjaan.

Atasi sikap bertangguh dan terus mulakan proses pencarian kerja anda. Elakkan sikap terlalu memilih dan sentiasa fleksibel terhadap jenis pekerjaan dan lokasi.

2 Kemaskini Resume/ CV Anda

Resume/CV yang ditulis dengan efektif boleh menjadi pemisah samada anda akan berjaya mendapatkan pekerjaan anda atau kecundang awal. Jika anda perlukan bantuan, dapatkan buku-buku rujukan, rujuk sumber internet atau dapatkan bantuan daripada penulis resume profesional.

Jadikan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan anda boleh masukkan dalam resume. Pastikan kemaskini resume sesuai dengan kelayakan semasa.

3 Kemaskini Profil Di Internet

Penting untuk mempunyai online presence bagi menonjolkan bakat atau pengalaman profesional anda. Mungkin ada individu yang boleh membantu dalam misi pencarian kerja anda.

Kemaskini profil media sosial, LinkedIn dan portal pencarian kerja sejajar dengan maklumat pekerjaan di dalam resume/cv yang terbaru anda.

Rangkaian atau network merupakan elemen penting untuk perjalanan kerjaya profesional anda. “Follow” individu-inividu profesional, libatkan diri, sentiasa berhemah dan proaktif dalam setiap komunikasi yang anda lakukan. Dengan membina rangkaian seawal mungkin, anda mempunyai tiket untuk mengembangkan karier anda dengan lebih luas.

4 Bina Pengalaman Kerja Anda

Pertimbangkan untuk melakukan kerja sukarela untuk memperkasakan resume/cv anda. Kajian menunjukkan individu yang melakukan “voluntari work” mempunyai kebolehpasaran yang lebih tinggi.

Graduan juga boleh menawarkan diri untuk menjalani latihan praktikal atau internship lanjutan selepas mendapatkan ijazah. Manfaatkan peluang ketika menjalani latihan praktikal untuk menunjukkan bakat kerja anda kepada majikan.

5 Perkasakan Pengetahuan Anda

Pertimbangkan untuk menyertai pelbagai kursus percuma dalam talian atau online courses yang terdapat di internet untuk memperkembangkan pengetahuan anda.

Terdapat juga kursus-kursus yang menawarkan “certification” yang boleh meningkatkan lagi kebolehpasaran kerja anda. Kemaskini pengetahuan anda berhubung isu-isu semasa.

6 Serlahkan Soft Skills Anda

Terma yang lebih tepat untuk kemahiran insaniah adalah “Essential Skills” berdasarkan kepentingan yang diberikan oleh majikan dalam proses pemilihan pekerja.

Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan lebih 50% majikan meletakkan “Essential Skill” sebagai keperluan asas dalam proses pemilihan pekerja.

Essential Skill” atau kemahiran insaniah ini merangkumi pelbagai domain kemahiran dari aspek keperibadian, kepimpinan, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan sebagainya.

7 Urus Kewangan Ketika Krisis

Walaupun kerajaan menyediakan pelbagai insentif serta bantuan kewangan kepada individu yang terkesan, namun berhadapan situasi yang sukar diramal ini, anda sendiri hakikatnya perlu bijak mengatur dan merancana kewangan anda.

Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak dihimpit masalah kewangan, apatah lagi jika ‘putus belanja’ (langsung tiada duit), salah berbelanja untuk tujuan yang tidak sepatutnya serta risiko beban hutang serta menjejaskan simpanan masa hadapan.

8 Manfaatkan Bantuan Kerajaan

Pelbagai program pembangunan dan peningkatan kebolehpasaran pekerjaan dianjurkan oleh kerajaan.

 

9 Tingkatkan Kemahiran Digital

Transformasi digital kita bermula dari pemahaman asas tentang perkasaan komputer, perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi digital merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) akan mewujudkan pelbagai pekerjaan baru yang boleh dipelopori sekiranya kita mempunyai penguasaan digital yang tinggi contohnya di sektor pembuatan pintar, keselamatan siber, kejuruteraan berbantu, kembar digital, analitik data raya dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Categories
Jawatan Swasta Kuala Lumpur

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Berikut merupakan info penuh iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan kerja ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Hub hanya menyiarkan kembali iklan kekosongan untuk memudahkan permohonan anda.Ā 

Pencari kerja yang berkelayakan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan:Ā Keratapi Tanah Melayu Berhad
  • Lokasi Kerja:Ā Kuala Lumpur
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14Ā  Disember 2020

MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Marketing Manager (Intercity Service)

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

SYARAT MEMOHON:

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, ā€œAā€ Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MOHON:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.