Categories
Temuduga

Sample Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 – Rujukan SPA, JPA, KKM & SPP

Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Pembantu Tadbir N19 dari pihak SPA.

Temuduga Pembantu Tadbir N19 khas untuk beberapa jawatan akan berlangsung sepanjang tahun ini. Tahniah sekiranya anda di panggil menghadiri temuduga tersebut.

Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Pembantu Tadbir N19 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga. Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.

Kita mulakan dengan tugas-tugas Pembantu Tadbir N19 terlebih dahulu.

APAKAH TUGAS PEMBANTU TADBIR N19?

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir N19:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Tadbir:

Aspek Perkeranian:

a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
– perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
– perkhidmatan, latihan dan kerjaya
– gaji, elaun dan kemudahan
– faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Ringkasnya di atas merupakan antara tugas yang dijalankan oleh seorang Pembantu Tadbir.

JADI APA NAK PREPARE UNTUK TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR?

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N19 ni? Sedikit tips mudah untuk anda.

1) Buat persediaan awal. Kaji tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas.

Contoh skop kerja:

# urus punch kad staff di jabatan/unit
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting. Kata mudahnya, tiada Pembantu Tadbir maka akan terganggulah operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam.

Ini merupakan tips utama dan berguna semasa temuduga. Kami seringkali dimaklumkan ramai juga calon di tanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tak perlu anda hafal semua. Cukup perkara asas yang perlu anda tahu sahaja.

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja.

Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan pembantu tadbir ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.

Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”

Maksud tersiratnya “kenapa awak sesuai untuk jawatan N19” ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah.

Jawapannya mungkin “Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dan lain-lain.

Baca je akhbar. Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan “1 MALAYSIA”.

Begitulah serba-sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh calon temuduga pembantu tadbir N19.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN PEMBANTU TADBIR

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Klik pautan di bawah dan buat tempahan segera.

Panduan Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Categories
Resume

Template Resume Simple, Ringkas Tetapi Padat Untuk Anda Rujuk

Apabila bercakap sahaja tentang resume, sudah pasti anda akan memikirkan butiran-butiran maklumat tentang diri sendiri. Betul! Itulah yang dimaksudkan dengan resume. Namun, satu perkara lagi yang perlu anda ingat tentang resume adalah ianya haruslah ringkas tetapi padat.

Resume tidak perlu panjang, cukuplah sekadar satu muka surat tetapi segala maklumat diri anda yang berkaitan tercatat dalam resume tersebut.

Untuk makluman anda juga, resume terdapat dalam pelbagai bentuk dan corak. Terdapat resume yang dicorakkan dengan kreatif dengan campuran warna-warni malah ada juga resume yang hanya berlatarkan warna putih kertas tersebut.

Sebenarnya, tidak semua majikan yang suka akan resume fancy serta berwarna-warni. Mereka lebih selesa jika resume ini dibuat dalam bentuk yang simple. Anda perlulah peka dengan perkara ini. Pastikan anda tahu kesesuaian design resume dengan majikan anda.

BILAKAH RESUME SIMPLE SESUAI DIGUNAKAN

Resume yang mempunyai design simple sebenarnya sesuai digunakan dalam hampir setiap situasi tidak kiralah jika resume anda itu adalah resume kerja, resume akademik, resume biasiswa dan lain-lain.

Majikan sebenarnya lebih gemar dengan corak simple ini. Hal ini kerana mereka tidak akan menilai anda berdasarkan corak yang anda hasilkan pada resume itu tetapi apa yang mereka ingin lihat hanyalah butiran maklumat diri anda yang terkandung dalam resume tersebut.

Anda sebenarnya telah membuat kesilapan besar jika memuatkan terlalu banyak corak serta gabungan warna yang kontra kerana ini bakal memeningkan majikan. Majikan juga mungkin akan terlepas pandang maklumat diri anda kerana terganggu dengan corak tersebut. Perkara ini pastinya akan merugikan diri anda sendiri.

BILAKAH RESUME SIMPLE TIDAK SESUAI DIGUNAKAN?

Tidak dapat dinafikan, ada juga jenis pekerjaan yang anda tidak boleh gunakan design simple untuk membuat resume. Contoh bidang kerjaya tersebut adalah seperti Computer Designer, Seni Visual dan lain-lain yang melibatkan seni.

Bagi bidang-bidang ini, corak yang dihasilkan pada resume itu sebenarnya telah memaparkan kreativiti anda kepada majikan. Namun, ini tidak bermakna anda boleh mencorakkan resume sesuka hati anda. Pastikan pemilihan corak dan kombinasi warna sesuai dan tidak memeningkan majikan.

CONTOH TEMPLATE RESUME SIMPLE

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa contoh template resume simple sebagai panduan untuk anda. Berikut merupakan contoh-contohnya.

1.) Contoh Template Resume Simple 1

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Simple 2

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Simple 3

Berikut merupakan Contoh Template Resume Simple yang ketiga.

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan buat anda dalam menulis artikel yang simple. Selamat menulis!

Categories
Temuduga

Ceritakan Tentang Latar Belakang Pendidikan Anda

Latar Belakang Pendidikan

Bagi sesuatu jawatan atau pekerjaan, latar belakang pendidikan merupakan satu syarat yang penting untuk diberi perhatian sebelum anda memohon.

Ini adalah kerana terdapat bidang pendidikan yang sesuai atau khusus dengan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon.

Baca: Cek Resume Anda: Ini Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Resume Beserta Contoh

Kebanyakan majikan bertanyakan soalan berkaitan latar pendidikan anda adalah untuk mengetahui tahap persiapan anda untuk pekerjaan yang dipohon.

Sekiranya latar belakang akademik anda tidak memenuhi syarat jawatan, anda boleh menjelaskan bagaimana pendidikan yang anda miliki mempunyai kaitan dengan jawatan tersebut.

Contoh Senarai Soalan

Terdapat pelbagai jenis soalan berkaitan latar belakang pendidikan yang mungkin ditanya oleh majikan. Antara contoh soalan yang mungkin ditanya oleh majikan ialah :

  • Ceritakan latar belakang pendidikan anda.
  • Bagaimanakah bidang yang anda belajar mempunyai hubungkait dengan pekerjaan ini?
  • Apakah yang mempengaruhi pilihan jurusan pengajian anda?
  • Dimanakah lagi anda melanjutkan pelajaran?
  • Siapakah yang menolong anda menentukan institusi untuk menyambung pelajaran?
  • Apakah aktiviti luar yang anda sertai?
  • Adakah anda mempunyai matlamat pendidikan jangka panjang?
  • Ceritakan bagaimana projek atau kursus tertentu membantu anda berjaya dalam projek yang diberikan?
  • Mengapa anda tidak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana?
  • Jurusan anda sama sekali tidak berkaitan dengan pekerjaan ini. Adakah anda masih menganggap kerja kursus anda membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan ini?
  • Mengapa anda tidak menamatkan pengajian di institusi pengajian anda?

Tips Menjawab Soalan Mengenai Pendidikan Anda

Kaitkan pendidikan anda dengan pekerjaan

Apa pun soalan yang diberikan, kaitkan latar belakang pendidikan dengan kelayakan pekerjaan yang dipohon. Sebelum temuduga, buat senarai kemahiran dan pengalaman kerja yang diperlukan.

Juga senaraikan kursus yang diambil dan projek yang telah disiapkan untuk membantu anda mengembangkan kemahiran yang sedia ada.

Ceritakan aktiviti luar anda

Masukkan aktiviti luar yang membantu anda untuk mengembangkan kemahiran atau kebolehan khusus yang diperlukan oleh jawatan tersebut.

Ceritakan kemahiran ‘Soft Skill’ anda

Sekiranya subjek yang diambil tidak mempunyai kaitan dengan jwatan yang dipohon, masukkan kemahiran ‘soft skil’ yang sesuai. Contohnya,anda mengambil jurusan Bahasa Inggeris tetapi memohon pekerjaan dalam bidang perundingan. Ceritakan bagaimana semua tugasan esei membantu anda mempertingkatkan kemahiran komunikasi yang diperlukan untuk bekerja dengan pelanggan.

Tidak membuat ulangan

Penemuduga pastinya mengetahui beberapa maklumat pendidikan anda seperti sekolah, kolej, universiti serta pencapaian yang ada di dalam resume. Jangan ulang maklumat yang sedia ada di dalam resume. Ceritakan maklumat yang tiada di dalam resume dan pastikan perkara tersebut mempunyai kaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

Jangan merendah diri

Inilah masanya untuk anda menceritakan tentang pencapaian terbaik anda. Sekiranya ia tidak dinyatakan di dalam resume, ceritakan pencapaian terbaik anda dengan jujur.

Jujur

Ceritakan dengan jujur tahap pencapaian dan pendidikan anda kepada majikan. Pastikan anda dapat menjawab soalan berkaitan pendidikan sambil menyatakan kesesuaian anda dengan pekerjaan tersebut.

Baca: Cara Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter. Ini Caranya

Tarik perhatian majikan dengan menceritakan pengalaman kerja anda walaupun anda tidak menamatkan pengajian anda.

Contoh Jawapan untuk Soalan Mengenai Pendidikan Anda

Berikut adalah contoh jawapan untuk pertanyaan, “Ceritakan latar belakang pendidikan anda.”

  • Walaupun saya tidak menamatkan pengajian saya, tetapi saya mempunyai pengalaman yang luas berkaitan bidang pengurusan. Pelbagai tugasan dan juga jabatan yang menggunakan khidmat saya sepanjang saya bekerja. Saya juga berjaya dinaikkan pangkat berdasarkan hasil kerja, kursus yang saya ikuti dan komitmen saya terhadap kerjaya saya.
  • Aktiviti luar yang saya ikuti juga memberikan banyak pengalaman buat saya. Saya menjadi presiden persatuan sukarelawan dan menjadi ketua untuk setiap projek yang diaturkan. Setiap projek yang dicadangkan, saya dan ahli kumpulan berjaya dilakukan mengikut jadual. Saya juga mencari dana supaya setiap keperluan dipenuhi oleh organisasi sukarelawan yang saya uruskan.
  • Saya tidak menyambung pengajian ke peringkat Master kerana saya berminat untuk bekerja dan mengutip pengalaman berkatan bidang yang saya minat terlebih dahulu. Melalui kursus yang ditawarkan oleh jabatan, saya berjaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang saya minati. Selain daripada itu, saya juga telah menyambung pelajaran melalui kursus online atau secara PJJ untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran saya.

Pastikan anda menceritakan latar belakang pendidikan anda dengan jujur semasa ditemuduga. Ikuti tips yang diberikan dan pastikan jawapan yang diberikan dikaitkan dengan jawatan yang dipohon.

Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Sample Soalan Temuduga Separa Perubatan Semenanjung, Sabah & Sarawak

Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Semenanjung, Sabah & Sarawak. Berikut Merupakan Contoh Soalan Sebenar Temuduga Separa Diploma & SPM Calon Terdahulu. Anda Boleh Jadikan Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan Di Bawah Sebagai Rujukan Awal.

Nak download 40 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Terkini? Nak tahu apa soalan lazim Temuduga Latihan Separa Perubatan? Apa soalan bakal di tanya panel penemuduga Separa Perubatan? dan, Apa kriteria penilaiannya?

Kami ada jawapan bagi persoalan calon temuduga Separa Perubatan dan anda boleh download kesemua 40 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan Terkini di bawah. Namun sebelum anda download Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan tersebut pastikan anda membaca beberapa fakta dan statistik berangka di bawah untuk pengetahuan anda.

Untuk makluman anda juga, pihak kami telah pun menghebahkan jualan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan versi update yang pihak kami keluarkan untuk persediaan anda.

Pastikan anda dapatkan panduan di bawah sekiranya anda terlibat dengan sesi temuduga Separa Perubatan minggu ini. Pastikan anda daftar sebagai pembaca laman ini untuk tidak terlepas hebahan terkini berkaitan temuduga.

INFO RINGKAS KERJAYA SEPARA PERUBATAN

Kerjaya Separa Perubatan kini menjadi antara kerjaya pilihan lepasan SPM dan Diploma selain dari kerja sektor awam yang lain.

40, 000 calon Separa Perubatan telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2014. Jumlah ini termasuk ribuan calon Separa Perubatan di Sabah dan Sarawak.

Manakala pada tahun ini seramai 8759 calon menduduki peperiksaan online yang diadakan. Ramai lagi calon yang lulus cemerlang peperiksaan seperti anda.

Dari jumlah itu, sebahagian besar di panggil menghadiri temuduga Separa Perubatan pada tahun 2016/2017. Bayangkan betapa sengitnya persaingan menjawat jawatan ini.

Dari jumlah itu calon-calon akan di temuduga untuk melayakkan mendapat tempat untuk 10 Latihan Separa Perubatan taraf Diploma dan 3 Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil di bawah.

10 LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Tahukah anda terdapat 10 Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan kepada calon peringkat Diploma. Kesemua jawatan di bawah memerlukan pengisian segera. Berikut merupakan Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

3 LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

Tahukah anda terdapat 3 Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil? Di bawah merupakan antara jawatan kerajaan paling popular yang menjadi pilihan calon lepasan SPM.

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

KERJAYA SEPARA PERUBATAN DI MALAYSIA

Saban tahun ribuan peluang kerja dalam bidang Separa Perubatan telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesemua jawatan Separa Perubatan memerlukan pengisian segera.

Seperti kebiasaan kesemua urusan pengisian kekosongan jawatan Separa Perubatan Malaysia akan dilakukan oleh pihak SPA Malaysia bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.

42,876 CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN 2014

Tahukah anda tahun 2014 sahaja, 42,876 calon menduduki peperiksaan Separa Perubatan dengan jayanya termasuk 30 calon yang berada di 16 negara, antaranya Singapura, United Kingdom, Ireland dan Australia.  Bayangkan persaingan calon menjawat jawatan ini.

Berdasarkan dari statistik tersebut, jumlah Separa Perubatan akan di tambah dari masa ke semasa yang akan membuka peluang kerja kepada calon yang layak selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, dengan jumlah calon seramai itu sudah tentu persaingan mendapatkan tempat akan lebih sengit. Hanya calon Separa Perubatan terbaik yang akan terpilih dan sebahagian dari jumlah tersebut akan gagal temuduga.

RAMAI CALON SEPARA PERUBATAN GAGAL TEMUDUGA

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon melepasi proses temuduga Separa Perubatan. Antara yang paling utama ialah tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan dan bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga.

Ramai calon gagal menjawab dengan baik semasa sesi temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Separa Perubatan yang akan di tanya panel temuduga.

Faktor di atas telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kegagalan calon. Ini termasuk kegagalan calon “mengambil hati” penemuduga, penampilan selekeh dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang.

Selain itu, faktor kegagalan mempersembahkan resume Separa Perubatan yang “memikat” kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon menjawat jawatan ini.

40 CONTOH SOALAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Berikut ialah soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang ingin kami kongsikan sebagai persediaan untuk anda menghadapi temuduga tersebut.

Anda boleh download contoh soalan temuduga Separa Perubatan ini di bawah untuk memudahkan pembacaan anda.

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
  3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
  4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
  5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
  6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
  7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
  8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
  9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
  10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
  11. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
  12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
  13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
  14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
  15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
  16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
  17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
  18. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
  19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
  20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
  22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
  23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
  24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
  25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
  26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
  27. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
  28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
  29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
  30. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.
  31. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
  32. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
  33. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
  34. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
  35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
  36. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
  37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
  38. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
  39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?
  40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Anda bakal menduduki Temuduga Separa Perubatan? Anda Perlukan Rujukan di bawah…

PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA/SIJIL

Perhatian calon temuduga Separa Perubatan!!! Sekiranya anda ingin membuat persediaan rapi maka anda perlu dapatkan panduan temuduga Separa Perubatan yang kami keluarkan di bawah.

Untuk makluman anda, Panduan Temuduga Kerjaya Separa Perubatan ini merupakan sebahagian dari komponen rujukan pantas khas yang telah dipakejkan sekali dengan panduan Temuduga Kerja Kerajaan untuk membantu calon lulus cemerlang temuduga.

Terdapat beberapa modul utama dalam panduan temuduga Kerja Kerajaan tersebut termasuk Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah. Sila pilih pakej Temuduga Separa Perubatan di laman tempahan di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Separa Perubatan ini.

SERTAI CHANEL TELEGRAM SEPARA PERUBATAN

Calon juga boleh join chanel Telegram rasmi Separa Perubatan melalui pautan di bawah.

TELEGRAM SEPARA

Categories
Temuduga

Sample Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 (Struktur Temuduga N41)

Skrip Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41.

Bakal hadiri temuduga Pegawai Tadbir N41? atau, sedang cari Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 untuk persiapan temuduga kerja anda?

Bagi calon Pegawai Tadbir N41 yang layak menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga Pegawai Tadbir N41 merupakan antara proses temuduga kemasukan jawatan kerajaan yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA.

Salah satu tips yang boleh kami kongsikan dengan anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Tadbir N41 dan jawatan kerajaan yang lain adalah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

Sekiranya anda telah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya, anda semestinya boleh membuat persediaan yang rapi bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Ini bakal membantu anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Tadbir N41 nanti.

Jangan risau, kami sedia membantu anda. Dalam artikel ini, telah disediakan buat anda Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41. Sila teliti setiap daripada soalan-soalan ini untuk mengetahui struktur soalan yang bakal disoal kepada anda nanti.

Namun, sebelum meneliti contoh-contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41, ada baiknya jika anda ambil tahu serba sedikit maklumat tentang jawatan ini terlebih dahulu.

TUGAS PEGAWAI TADBIR N41

Pertama, anda perlulah mengetahui bidang tugas bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 sebelum anda memohon jawatan ini.

Untuk makluman anda, Pegawai Tadbir N41 bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pelaksanaan dasar-dasar awam dan lain-lain. Berikut merupakan tugas-tugas Pegawai Tadbir N41.

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Selain itu, seorang Pegawai Tadbir N41 juga mempunyai tugas seperti di bawah;

Bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.

SKOP KERJA PEGAWAI TADBIR N41

Seterusnya, anda perlulah juga mengetahui skop kerja Pegawai Tadbir N41. Hal ini penting kerana anda wajiblah tahu apakah skop kerja jawatan yang anda pohon itu.

Antara skop kerja Pegawai Tadbir N41 adalah seperti berikut:

  1. Dasar-dasar awam yang melibatkan pengurusan organisasi serta sumber tenaga manusia.
  2. Ekonomi
  3. Perancangan dan juga pentadbiran sosial.
  4. Pentadbiran serta pembangunan wilayah, daerah dan lain-lain.
  5. Pengurusan teknologi maklumat

BAGAIMANAKAH PENILAIAN TEMUDUGA DIJALANKAN?

Selain daripada mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pegawai Tadbir N41, anda juga perlulah mengetahui apakah ciri-ciri penilaian calon dalam temuduga SPA.

Dalam temuduga bagi jawatan ini, anda akan dinilai oleh penemuduga dalam beberapa kriteria untuk diberikan markah.

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana penilaian terhadap calon temuduga dijalankan. Hal ini kerana dengan mengetahui cara penilaiannya, anda bolehlah mempraktikan segala kriteria yang diinginkan oleh penemuduga itu.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang akan dinilai oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan:

  1. Kemahiran Berkomunikasi
  2. Gaya non-verbal
  3. Isi jawapan anda
  4. Penampilan
  5. Tingkah laku
  6. Keyakinan

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR N41

Seterusnya, anda perlu mengetahui bentuk soalan serta contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan ini. Untuk makluman, soalan-soalan temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Berikut merupakan pembahagian soalan temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir N41.

  • Latar Belakang Dan Kelayakan Calon
  • Pengetahuan Am
  • Isu Semasa Berkaitan Negara
  • Soalan Berkaitan Jawatan Pegawai Tadbir N41

Anda haruslah membuat bacaan sebelum menghadiri temuduga ini terutama sekali untuk soalan-soalan yang ditanya pada bahagian pengetahuan am, isu semasa berkaitan negara serta dasar kerajaan.

Antara contoh soalan temuduga pegawai tadbir N41 adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 dalam bahagian Latar Belakang Dan Kelayakan Calon.

1.) Sila perkenalkan diri anda.
2.) Kelayakan apakah yang anda miliki?
3.) Adakah anda fikir anda layak untuk menyandang jawatan ini? Berikan alasan.
4.) Sejauh mana pengetahuan anda tentang jawatan yang anda pohon ini?
5.) Adakah anda betul-betul ingin menjawat jawatan ini atau sekadar terpaksa?
6.) Apakah kelebihan yang ada pada diri anda sehingga menyebabkan kami harus memilih anda dan bukannya orang lain?
7.) Mengapakah anda berhasrat untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir?
8.) Ceritakan serba sedikit tentang pengalaman yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Tadbir?
9.) Mengapakah anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang?
10.) Bagaimanakah untuk anda menyesuaikan latar belakang anda dengan jawatan ini?
11.) Berikan contoh kerja kebajikan yang pernah anda lakukan.

PENGETAHUAN AM

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Pengetahuan Am.

1.) Apakah yang anda faham tentang SST?
2.) Terangkan pelaksanaan SST?
3.) Pada pendapat anda, adakah SST membebankan rakyat?
4.) Sebutkan nama Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
5.) Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia (bagi yang memohon jawatan Pegawai Tadbir di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia)
6.) Sebutkan Rukun Negara.
7.) Berapakah jumlah Jemaah Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan?
8.) Malaysian Qualification Agencies (MQA) merupakan satu agensi yang sangat berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir. Apakah yang anda faham tentang MQA?
9.) Apakah tugas yang dijalankan oleh MQA?
10.) Berikan pendapat anda tentang Komitmen Kerja Kedua.
11.) Apakah objektif utama Dasar Sosial Negara?
12.) Apakah panggilan yang diberikan kepada individu yang menjadi ahli dalam Dewan Negara?
13.) Sebutkan komponen yang terlibat dalam Badan Perundangan di Malaysia?

ISU SEMASA BERKAITAN NEGARA

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Isu Semasa Berkaitan Negara.

1.) Berikan pendapat anda tentang pelancaran Tabung Harapan Malaysia.
2.) Pada pandangan anda, patutkah peminjam PTPTN membayar semula pinjaman mereka?
3.) Bagaimana pandangan anda tentang UEC?
4.) Jelaskan penglibatan Malaysia dalam membantu negara-negara bergolak seperti Palestin dan sebagainya?
5.) Apakah itu penyakit HFMD? (Untuk pemohon jawatan pegawai Tadbir N41 di bawah Kementerian Kesihatan)
6.) Bagaimanakah usaha kerajaan menangani penyakit ini?
7.) Terangkan serba sedikit tentang hasil lawatan Perdana Menteri ke Jepun?
8.) Apakah usaha terkini yang kerajaan laksanakan dalam usaha memupuk perpaduan?
9.) Adakah anda rasa Projek ECRL perlu dihentikan atau diteruskan?
10.) Bagaimanakah kadar Ringgit Malaysia ketika ini?

SOALAN BERKAITAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR N41

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Jawatan Pegawai Tadbir N41

1.) Apakah bidang tugas jawatan Pegawai Tadbir N41?
2.) Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikan contoh kementerian atau jabatan lain yang turut menggunakan khidmat Pegawai Tadbir N41 di bawah kementerian/jabatan mereka.
3.) Apakah persamaan tugas Pegawai Tadbir N41 dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik?
4.) Mengapakah jawatan Pegawai Tadbir N41 ini diwujudkan?

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR N41

Sedikit tips dan nasihat yang boleh kami berikan kepada anda adalah sila pastikan anda membuat persediaan yang cukup rapi terlebih dahulu. Teliti soalan-soalan contoh serta bersedia dengan jawapan-jawapan yang baik kepada soalan itu.

Selain persediaan, apa yang penting adalah penampilan anda semasa hari temuduga tersebut. Tunjukkan keyakinan anda dan jangan sesekali menampakkan diri anda tidak bersedia atau masih ragu-ragu.

Pihak kami berharap semoga dengan perkongsian artikel contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk menghadapi temuduga bagi jawatan ini. Selamat berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN PEGAWAI SAINS C41

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 SPA Lengkap

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Categories
Temuduga

Sample Soalan Temuduga Pegawai Sains C41 SPA

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41.

Bakal hadiri temuduga Pegawai Sains C41? atau, sedang cari Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41 untuk persiapan temuduga kerja anda?

Bagi calon Pegawai Sains C41 yang layak menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga Pegawai Sains C41 merupakan antara proses temuduga kemasukan jawatan kerajaan yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA.

Salah satu tips yang boleh kami kongsikan dengan anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Sains C41 dan jawatan kerajaan yang lain adalah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Sekiranya anda telah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya, anda semestinya boleh membuat persediaan yang rapi bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Ini bakal membantu anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Sains C41 nanti.

Jangan risau, kami sedia membantu anda. Dalam artikel ini, telah disediakan buat anda Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41. Sila teliti setiap daripada soalan-soalan ini untuk mengetahui struktur soalan yang bakal disoal kepada anda nanti.

Namun, sebelum meneliti contoh-contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41, ada baiknya jika anda ambil tahu serba sedikit maklumat tentang jawatan ini terlebih dahulu.

TUGAS PEGAWAI SAINS C41

Pertama, anda perlulah mengetahui bidang tugas bagi jawatan Pegawai Sains C41 sebelum anda memohon jawatan ini.

Berikut merupakan tugas-tugas Pegawai Sains C41.

Bertanggungjawab dalam pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan dalam skop perolehan. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar tahun akhir berjalan dengan lancar. Mengurus pengoperasian kerja lapangan kakitangan bawah seliaan mengikut prosedur. Memastikan pengurusan kawalan kualiti dilaksanakan. Merancang pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi.

Selain itu, seorang Pegawai Sains C41 juga mempunyai tugas seperti di bawah;

Merancang dan mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia

BAGAIMANAKAH PENILAIAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS C41 DIJALANKAN?

Selain daripada mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pegawai Sains C41, anda juga perlulah mengetahui apakah ciri-ciri penilaian calon dalam temuduga SPA.

Dalam temuduga bagi jawatan ini, anda akan dinilai oleh penemuduga dalam beberapa kriteria untuk diberikan markah.

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana penilaian terhadap calon temuduga dijalankan. Hal ini kerana dengan mengetahui cara penilaiannya, anda bolehlah mempraktikan segala kriteria yang diinginkan oleh penemuduga itu.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang akan dinilai oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan:

  1. Kemahiran Berkomunikasi
  2. Gaya non-verbal
  3. Isi jawapan anda
  4. Penampilan
  5. Tingkah laku
  6. Keyakinan

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS C41

Seterusnya, anda perlu mengetahui bentuk soalan serta contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan ini. Untuk makluman, soalan-soalan temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Berikut merupakan pembahagian soalan temuduga bagi jawatan Pegawai Sains C41.

  • Latar Belakang Dan Kelayakan Calon
  • Pengetahuan Am
  • Isu Semasa Berkaitan Negara
  • Soalan Berkaitan Jawatan Pegawai Sains C41

Anda haruslah membuat bacaan sebelum menghadiri temuduga ini terutama sekali untuk soalan-soalan yang ditanya pada bahagian pengetahuan am, isu semasa berkaitan negara serta dasar kerajaan.

Antara contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 dalam bahagian Latar Belakang Dan Kelayakan Calon.

1.) Sila perkenalkan diri anda.
2.) Kelayakan apakah yang anda miliki?
3.) Adakah anda fikir anda layak untuk menyandang jawatan ini? Berikan alasan.
4.) Sejauh mana pengetahuan anda tentang jawatan yang anda pohon ini?
5.) Adakah anda betul-betul ingin menjawat jawatan ini atau sekadar terpaksa?
6.) Apakah kelebihan yang ada pada diri anda sehingga menyebabkan kami harus memilih anda dan bukannya orang lain?
7.) Mengapakah anda berhasrat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Sains?
8.) Ceritakan serba sedikit tentang pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon sekarang?
9.) Mengapakah anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang?
10.) Bagaimanakah untuk anda menyesuaikan latar belakang anda dengan jawatan ini?
11.) Berikan contoh kerja kebajikan yang pernah anda lakukan.

PENGETAHUAN AM

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 bagi bahagian Pengetahuan Am.

1.) Apakah yang anda faham tentang SST?
2.) Terangkan pelaksanaan SST?
3.) Pada pendapat anda, adakah SST membebankan rakyat?
4.) Sebutkan nama Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
5.) Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia (bagi yang memohon jawatan Pegawai Tadbir di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia)
6.) Sebutkan Rukun Negara.
7.) Berapakah jumlah Jemaah Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan?
8.) Malaysian Qualification Agencies (MQA) merupakan satu agensi yang sangat berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir. Apakah yang anda faham tentang MQA?
9.) Apakah tugas yang dijalankan oleh MQA?
10.) Berikan pendapat anda tentang Komitmen Kerja Kedua.
11.) Apakah objektif utama Dasar Sosial Negara?
12.) Apakah panggilan yang diberikan kepada individu yang menjadi ahli dalam Dewan Negara?
13.) Sebutkan komponen yang terlibat dalam Badan Perundangan di Malaysia?

ISU SEMASA BERKAITAN NEGARA

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 bagi bahagian Isu Semasa Berkaitan Negara.

1.) Berikan pendapat anda tentang pelancaran Tabung Harapan Malaysia.
2.) Pada pandangan anda, patutkah peminjam PTPTN membayar semula pinjaman mereka?
3.) Bagaimana pandangan anda tentang UEC?
4.) Jelaskan penglibatan Malaysia dalam membantu negara-negara bergolak seperti Palestin dan sebagainya?
5.) Apakah itu penyakit HFMD? (Untuk pemohon jawatan Pegawai Sains C41 di bawah Kementerian Kesihatan)
6.) Bagaimanakah usaha kerajaan menangani penyakit ini?
7.) Terangkan serba sedikit tentang hasil lawatan Perdana Menteri ke Jepun?
8.) Apakah usaha terkini yang kerajaan laksanakan dalam usaha memupuk perpaduan?
9.) Adakah anda rasa Projek ECRL perlu dihentikan atau diteruskan?
10.) Bagaimanakah kadar Ringgit Malaysia ketika ini?

SOALAN BERKAITAN JAWATAN PEGAWAI SAINS C41

Berikut merupakan contoh soalan temuduga berkaitan bidang tugas Jawatan Pegawai Sains C41

1.) Apakah bidang tugas jawatan Pegawai Sains C41?
2.) Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikan contoh kementerian atau jabatan lain yang turut menggunakan khidmat Pegawai Sains C41 di bawah kementerian/jabatan mereka.
3.) Apakah persamaan tugas Pegawai Sains C41 dengan jawatan Pegawai Kesihatan?
4.) Mengapakah jawatan Pegawai Sains C41 ini diwujudkan?

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA PEGAWAI SAINS C41

Sedikit tips dan nasihat yang boleh kami berikan kepada anda adalah sila pastikan anda membuat persediaan yang cukup rapi terlebih dahulu. Teliti soalan-soalan contoh serta bersedia dengan jawapan-jawapan yang baik kepada soalan itu.

Selain persediaan, apa yang penting adalah penampilan anda semasa hari temuduga tersebut. Tunjukkan keyakinan anda dan jangan sesekali menampakkan diri anda tidak bersedia atau masih ragu-ragu.

Pihak kami berharap semoga dengan perkongsian artikel contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk menghadapi temuduga bagi jawatan ini. Selamat berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN PEGAWAI SAINS C41

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41 SPA

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Categories
Temuduga

Himpunan 100 Soalan Temuduga SPA Kerajaan & Swasta Paling Popular

Bagi anda yang akan menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga merupakan salah satu proses yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA kerajaan & swasta. Salah satu tips yang boleh kami kongsikan dengan anda untuk menghadapi temuduga SPA Kerajaan & Swasta adalah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Sekiranya anda telah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya, anda semestinya boleh membuat persediaan yang rapi bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghadapi temuduga.

KOLEKSI 100 SOALAN TEMUDUGA SPA KERAJAAN & SWASTA

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan koleksi 100 soalan temuduga SPA Kerajaan & Swasta paling popular yang selalu ditanya oleh penemuduga. Anda bolehlah mencari jawapan dan membuat persediaan untuk menjawab soalan-soalan ini. Adakah kesemua 100 soalan ini bakal ditanya semasa temuduga? Tidak! Penemuduga tidak bertanyakan soalan sebanyak ini kerana faktor masa. Namun, beberapa soalan daripada 100 soalan SPA Kerajaan & Swasta ini sudah pasti akan ditanya oleh penemuduga. Senarai 100 soalan SPA Kerajaan & Swasta ini bukanlah soalan yang sengaja direka tetapi berdasarkan pemerhatian kami terhadap soalan-soalan yang sering ditanya oleh penemuduga. Pihak kami telah pecahkan senarai 100 soalan SPA Kerajaan & Swasta ini berdasarkan aspek soalan seperti di bawah.

SOALAN ASAS TEMUDUGA SPA KERAJAAN & SWASTA

1.) Ceritakan tentang diri anda. 2.) Apakah kelebihan diri anda? (strength) 3.) Apakah kekurangan diri anda? (weakness) 4.) Mengapa anda inginkan kerja ini? 5.) Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang? 6.) Apakah jenis syarikat yang ideal untuk anda bekerja? 7.) Mengapakah anda tertarik dengan syarikat ini? 8.) Mengapakah anda rasa kami patut mengambil anda bekerja? 9.) Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini? 10.) Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini? 11.) Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain? 12.) Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini? 13.) Mengapakah anda meninggalkan kerja lama? 14.) Sejauh mana pengetahuan anda tentang industri ini? 15.) Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami? 16.) Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja? 17.) Anda ada apa-apa soalan untuk saya?

SOALAN BERKAITAN SIKAP CALON TEMUDUGA

18.) Apakah projek terakhir yang anda jalankan di tempat kerja lama. Bagaimana pencapaian projek tersebut? 19.) Berikan contoh masa selain waktu kerja yang boleh anda hadir untuk bekerja 20.) Bilakah hasil kerja anda boleh dikritik? 21.) Adakah anda pernah berada di dalam kumpulan kerja yang mempunyai ahli lelap? Jika ya, bagaimana anda mengendalikannya? 22.) Bilakah anda berasa sukar untuk memberi maklumbalas? Terangkan bagaimana anda mengendalikannya. 23.) Apakah kegagalan terbesar anda dan apakah yang dapat anda pelajari daripadanya? 24.) Bagaimanakah cara untuk anda bekerja dengan orang yang tidak menyenangkan anda? 25.) Jika saya merupakan supervisor anda dan saya mengarahkan anda melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apakah tindakan anda? 26.) Apakah perkara paling sukar dalam hidup anda dan bagaimanakah anda mengendalikannya? 27.) Berikan saya satu contoh kesilapan yang mungkin anda lakukan dan bagaimana anda mengendalikannya? 28.) Kongsikan dengan kami konflik yang anda pernah hadapi di tempat kerja dan bagaimana anda mengendalikannya? 29.) Jika syarikat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, apakah tindakan anda? 30.) Jika anda sedang berada dalam jamuan tengah hari dan memesan menu yang jarang dipesan, apakah tindakan anda? 31.) Tugasan apakah yang paling susah buat anda dan bagaimana anda mengendalikannya? 32.) Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda ambil dalam masa 2 tahun lepas dan bagaimana anda mengendalikannya? 33.) Bagaimana anda ingin menyelesaikan tugas yang banyak dan mustahil untuk anda selesaikan sebelum pulang kerja?

SOALAN BERKAITAN GAJI

34.) Berapakah gaji yang anda cari? 35.) Berapakah gaji anda dalam pekerjaan lama? 36.) Jika saya beri anda gaji yang anda minta, mampukah anda memberi perkhidmatan terbaik? 37.) Jika kualiti kerja menurun, sanggupkah anda dipotong gaji?

SOALAN BERKAITAN PERKEMBANGAN KARIER CALON TEMUDUGA

38.) Apakah target anda dalam perkembangan karier? 39.) Bagaimanakah anda boleh meningkatkan produktiviti kerja dalam untuk tahun berikutnya? 40.) Apakah matlamat anda dalam kerjaya ini sekiranya anda diterima bekerja? 41.) Jika kami memohon supervisor tempat kerja lama anda memberi latihan tambahan, apakah cadangannya?

SOALAN ASPEK PERMULAAN

42.) Bagaimana cara anda membina kredibiliti untuk bekerjasama dalam kumpulan dengan pantas? 43.) Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan yang signifikan? 44.) Apakah target anda dalam masa 30 hari anda bekerja? 45.) Terangkan strategi anda dalam masa 90 hari jika anda diterima bekerja dalam tempat ini.

SOALAN TAMBAHAN TENTANG DIRI ANDA

46.) Bagaimanakah cara anda menerangkan cara kerja anda? 47.) Persekitaran kerja bagaimana yang sesuai dengan anda? 48.) Apakah teknik anda untuk memastikan kerja anda terurus? 49.) Adakah “big-picture person” ataupun “detail-oriented person” yang bakal anda pilih sekiranya diberikan peluang untuk membuat pilihan? 50.) Apakah pencapaian tertinggi anda yang boleh dibanggakan? 51.) Nyatakan strategi anda dalam perancangan kerja. 52.) Nyatakan pengurus yang paling anda gemari dan mengapa? 53.) Berikan pendapat anda tentang pengurus anda yang lama. 54.) Adakah terdapat seseorang individu yang berjaya mengubah anda dalam karier? 55.) Apakah personaliti orang lain yang anda selesa bekerja bersama dan mengapa? 56.) Apakah perkara yang membanggakan anda? 57.) Apakah perkara kegemaran anda yang sering anda lakukan? 58.) Apakah impian yang menjadi idaman sepanjang hidup anda? 59.) Apakah cita-cita anda yang paling anda impikan? 60.) Apakah misi peribadi anda? 61.) Nyatakan 3 perkara positif yang majikan dahulu katakan tentang anda. 62.) Nyatakan perkara negatif yang majikan terdahulu katakan tentang anda. 63.) Nyatakan 3 personaliti yang rakan anda terangkan tentang anda. 64.) Apakah 3 perkara positif yang anda tidak miliki? 65.) Apakah daya tarikan yang anda lihat kepada seseorang sekiranya anda menemuduga seseorang itu. 66.) Berikan 5 perkataan yang menerangkan diri anda. 67.) Siapakah yang memberikan impak terbesar buat anda dalam karier dan bagaimana? 68.) Apakah perkara yang paling anda takuti? 69.) Apakah perkara yang paling anda sesali dan mengapa? 70.) Nyatakan perkara paling penting yang anda pelajari di sekolah. 71.) Mengapakah anda memilih subjek major anda? 72.) Nyatakan perkara yang anda terlepas dalam karier anda. 73.) Apakah pencapaian anda yang terbaik di luar skop kerja? 74.) Apakah kualiti yang ada pada pemimpin yang bagus dan yang tidak bagus? 75.) Adakah pemimpin perlu ditakuti atau disukai? 76.) Apakah perasaan anda berkata tidak untuk menjawab? 77.) Apakah perasaan anda apabila bekerja dengan orang yang kurang pengetahuan dari anda? 78.) Bagaimanakah saya bolehkategorikan anda sebagai penemuduga? 79.) Beritahu satu perkara tentang diri anda yang anda tidak mahu saya tahu. 80.) Jelaskan perbezaan antara bagus dan luar biasa. 81.) Apakah jenis kereta anda? 82.) Tiada jawapan benar atau salah tetapi jika anda diberi peluang untuk berada di mana-mana sahaja di atas dunia ketika ini. di manakah anda akan berada? 83.) Apakah tajuk buku terakhir yang anda baca? 84.) Adakah anda melanggan majalah? Jika ya, nyatakan nama majalah tersebut. 85.) Nyatakan filem yang anda tonton di wayang tahun lepas. 86.) Jika anda memenangi wang tunai dalam pertandingan, apakah yang bakal anda lakukan dengan duit tersebut? 87.) Siapakah orang yang anda anggap sebagai hero? 88.) Apakah perkara yang akan anda lakukan untuk berseronok? 89.) Apakah yang sering anda lakukan semasa masa terluang? 90.) Apakah memori yang paling anda suka semasa kanak-kanak?

SOALAN BERKAITAN UJI MINDA CALON TEMUDUGA

91.) Berapa kali jarum jam bergerak dalam masa 24 jam? 92.) Apakah 10 cara lain menggunakan pen selain menulis? 93.) Jual kepada saya pen ini. 94.) Sekiranya anda berpeluang menjadi menteri, menteri apakah yang anda ingin jadi? Mengapa? 95.) Di manakah terletak bulu halus bola tenis? 96.) Jika anda berpeluang memilih watak seorang hero, hero manakah yang akan anda pilih? Mengapa? 97.) Jika anda boleh membuang sebuah negara daripada dunia ini? Negara manakah yang bakal anda buang? 98.) Bagaimanakah anda boleh mengikat kasut sekiranya mata anda tertutup? 99.) Bagaimana untuk anda hadapi jalan raya yang sesak untuk pergi ke tempat kerja? 100.) Mengapakah anda tetap menggunakan jalan raya yang sesak walaupun anda sudah mengetahuinya? Kini, anda sudah mengetahui 100 soalan SPA Kerajaan & Swasta yang paling popular ditanya oleh penemuduga. Jadi, anda bolehlah membuat persediaan bagi menjawab soalan-soalan ini kerana beberapa soalan daripada keseluruhan soalan ini pasti akan ditanya. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda yang bakal menghadiri temuduga.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Panduan Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Categories
Temuduga

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41 Lengkap

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM WK41.

Contoh-contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 di bawah merupakan perkongsian sebenar dari salah seorang calon Penguasa Kastam WK41 yang hadir dan lulus temuduga Penguasa Kastam WK41 sesi terdahulu.

Kepada calon layak temuduga, SILA AMBIL PERHATIAN dengan perkongsian di bawah. Ia merupakan perkongsian dari pengalaman calon yang layak temuduga seperti mana anda.

Lebih penting, ini merupakan perkongsian dari calon yang telah BERJAYA SERTA LULUS dan MENJAWAT jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41.

PANDUAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM

Untuk mendapat lebih kefahaman dan membiasakan diri dengan temuduga nanti, calon boleh mendapatkan Panduan Temuduga Penguasa Kastam WK41 yang dikeluarkan khas untuk membantu calon temuduga kerja kerajaan lulus cemerlang.

Kepada calon yang sedang mencari contoh soalan temuduga Penguasa Kastam pastikan anda dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.

Untuk makluman juga, hebahan jualan hanya akan dilakukan terus kepada calon yang mendaftar dalam sistem tempahan kami. Anda boleh daftar ke dalam sistem tempahan melalui pautan yang disediakan.

Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA WK41 YANG BAKAL DI TANYA

Tahukah anda, kebiasaanya temuduga dijalankan oleh panel temuduga dari SPA dan Kastam. Sebagai seorang calon pastikan anda berjaya menambat hati panel penemuduga pada hari temuduga dijalankan.

Dan berikut merupakan soalan yang bakal anda hadapi dalam temuduga nanti;

  1. Adakah anda pernah menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
  2. Jika YA, apakah faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya dalam sesi temuduga tersebut?
  3. Apakah pekerjaan anda sekarang?
  4. Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain?
  5. Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
  6. Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Penguasa Kastam WK41 ?
  7. Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan ?
  8. Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan ?
  9. Jika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan, adakah anda sanggup ?
  10. Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh?
  11. Anda boleh berbahasa Inggeris. Jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ?
  12. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  13. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ?
  14. Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai ?
  15. Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
  16. Apa itu GST?
  17. Berapa Kadar Cukai GST?
  18. Apa itu SST (Sales and Service Tax)
  19. Bila GST dilancarkan?
  20. Apa tugas Penguasa Kastam WK41?
  21. Jenis Cukai di Pungut Kastam?
  22. Visi, Misi dan Fungsi Kastam?
  23. Etika Kastam (Soalan Wajib)
  24. Cobbolt?
  25. Kemerdekaan Negara?
  26. Isu Semasa Lain

Soalan yang disenaraikan di atas adalah jangkaan soalan untuk seisi temuduga jawatan Penguasa Kastam Gred WK41. Ianya berkisar kepada skop dan bidang tugas jawatan.

Calon temuduga Penguasa Kastam WK41 juga dinasihatkan agar membaca info & maklumat berkaitan di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk lebih maklumat mengenai skop dan bidang tugas jawatan.

SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA DI BAWAH

Apa yang dikongsikan oleh calon lulus tersebut ialah tentang betapa pentingnya calon WK41 mempunyai nilai di bawah semasa di temuduga;

[+] Menjaga Kelakuan (ATTITUDE)
[+] Menjaga Cara Percakapan
[+] Sekiranya Tidak Pasti Dengan Soalan – Sila Sokong Pendapat Panel 100%
[+] Sekiranya Tahu Tentang Soalan Diajukan – Sila Sokong Pendapat Panel dan Tambah Fakta Sendiri
[+] Sekiranya Tidak Setuju – Sila Beri Hujah Menggapa Anda Tidak Setuju
[+] Jika Tidak Boleh Menjawab – Sila Beritahu Anda Tidak Tahu Dengan Ikhlas dan Mohon Maaf
[+] PENTING – Jangan MENIPU

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN DI DALAM BILIK TEMUDUGA

[+] Wajah Mesti Tegas,
[+] Jangan Selalu Tersenyum
[+] Duduk Dalam Posisi Tegak
[+] Handbag Letak di atas Meja Yang disediakan
[+] Tangan di atas Peha
[+] Bila Masuk – Tegakkan Badan Sebelum Ucap Salam
[+] Jangan Ucap Salam Semasa Berjalan
[+] Yg penting Behave

PANDUAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM WK41

Pastikan anda dapatkan panduan di bawah untuk lebih perincian menghadapi temuduga kerja kerajaan nanti. Terus buat tempahan melalui pautan disediakan.

Untuk makluman tempahan bakal di buka dalam masa terdekat. Jadi pastikan anda alert dengan setiap email dan makluman yang di hantar kepada anda.

Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH

Categories
Temuduga

Cara Jawab Soalan Apa Kelebihan Dan Kekurangan Anda Semasa Temuduga Guru IPG, PISMP Atau Interim

Kebanyakan menganggap soalan berkaitan kelemahan dan kekurangan semasa ditemuduga itu adalah sangat biasa. Namun adakah benar ianya soalan biasa sahaja? Bagaimana pula jika soalan ini ditanya semasa temuduga Guru? Adakah biasa juga?

Baca juga: Apa Nak Buat Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga.

Sebenarnya apabila soalan ini disoal dalam temuduga Guru maka jawapan yang perlu diberikan haruslah berkait rapat dengan kemampuan dan kemahiran mengajar anda. Barulah anda akan mendapat markah temuduga yang baik.

Di bawah merupakan perkongsian untuk menjawab soalan kelebihan dan kekurangan anda sekiranya anda disoal dalam temuduga Guru nanti. Semoga bermanfaat.

Mengapa Penemuduga Bertanya Mengenai Kelebihan Dan Kekurangan

Umumnya individu yang tahu kelebihan diri sendiri lebih cenderung untuk memanfaatkan kelebihan yang dimiliki. Sementara itu, mereka yang mengetahui kekurangan diri sendiri mungkin mengambil langkah untuk memperbaikinya.

Oleh sebab itu soalan-soalan berkaitan kelebihan dan kekurangan ini di tanya.

Bagi guru, pentingya memahami kelebihan yang mereka ada. Seseorang yang mempunyai kelebihan diri lebih layak untuk membantu pelajar mereka untuk melakukan perkara yang sama.

Tanyakan pada diri anda apakah aspek pengajaran yang paling anda gemari. Kaji penilaian prestasi dan tulis kelebihan anda yang paling anda suka. Tanya juga kepada rakan karib, ahli keluarga atau rakan sekerja untuk membantu anda memperbaikinya.

Bagi guru, sangat penting bagi mereka untuk mengenal pasti kelemahan dan mencipta penyelesaian.

Menggunakan Teknik Respons Temuduga STAR

STAR bermaksud Situasi (Situation), Tugas (Task), Tindakan (Action) dan Hasil (Result). Teknik tindak balas temuduga STAR adalah dengan menggunakan cerita dan pengalaman peribadi untuk dikaitkan dengan jawatan yang ditemuduga.

Baca: Bagaimana Jawab Soalan Temuduga Perkenalkan Diri Anda?

Semasa temuduga guru, penemuduga mungkin bertanyakan soalan bagaimana anda menguruskan situasi tertentu  seperti “Apakah sesuatu perkara yang sangat anda banggakan?” atau “Beritahu saya ketika manakah anda melakukan kesalahan.” 

Soalan pertama ini dapat menggambarkan kekuatan (seperti kreativiti atau empati) dan yang kedua dapat menunjukkan bagaimana anda mengatasi kelemahan dan belajar dari kesalahan tersebut. Semasa menjawab soalan, cuba gunakan kaedah STAR dengan menerangkan situasi di mana anda menunjukkan kekuatan atau mengatasi kelemahan.

Contoh Jawapan “Apa Kekuatan Terbesar Anda” Untuk Temuduga

Terangkan kelebihan anda kepada penemuduga dengan menamakan kekuatan, kemudian ceritakan pengalaman peribadi atau contoh ringkas untuk menunjukkan bagaimana anda menggunakannya untuk mengajar dengan berkesan.

Contoh Kelebihan Guru

Lihat contoh jawapan berikut :

Contoh Kelebihan Guru : Bekerjasama

“Saya adalah seorang yang hebat dan bertenaga. Dua tahun yang lalu, seluruh pasukan mengajar tingkatan lima sekolah saya adalah orang baru. Untuk memupuk semangat berpasukan, saya mencadangkan kami memilih tema dan membuat aktiviti hiasan dan membina pasukan antara pelajar setiap pagi.”

Contoh Kelebihan Guru: Empati

“Saya sering diberitahu oleh ibu bapa pelajar saya bahawa anak-anak mereka merasa disayangi dan dijaga di kelas saya. Saya cendurung untuk mengambil berat hal pelajar saya mungkin orang susah, berlapar kerana tiada makanan di rumah dan sangat memerlukan bantuan. Semasa saya mula mengajar, seorang pelajar menarik perhatian saya kerana bersikap agresif dan bergaduh di dalam kelas. Saya menahannya 1 jam selepas kelas tamat dengan memintanya memintanya membantu saya membersihkan kelas dan menyiapkan pelajaran untuk keesokan harinya. Tahun lepas, dia menjemput saya hadir ke hari gradusi sekolah menengah dan mengucapkan terima kasih atas sokongan saya selama ini. “

Contoh Kelebihan Guru : Susunan

“Saya yakin dapat memperoleh keputusan yang baik dan saya bangga dengan kenyataan bahawa kelas saya selalu mendapat markah yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Saya menyusun setiap kerja dengan jelas pada awal tahun persekolahan dan memastikan ibu bapa mengetahui tentang kedudukan pelajaran anak-anak mereka. Saya mempunyai poster di dinding yang menjelaskan strategi disiplin saya dan meminta ibu bapa menandatangani poster tersebut untuk menyatakan bahawa mereka telah membacanya dan menyokong usaha saya. “

Contoh Kelebihan Guru : Kemahiran Teknologi

“Saya sangat meminati teknologi dan saya adalah orang pertama yang memuat turun aplikasi baru dan memberi maklum balas kepada rakan sekerja mengenai alat dan teknologi mana yang paling sesuai digunakan di dalam kelas. Sebenarnya, baru-baru ini saya membuat satu blog dimana saya mengkaji perisian, program dan aplikasi pengajaran untuk kegunaan guru-guru dan telah mendapat banyak maklumbalas yang positif. Saya sangat menggalakkan pelajar saya mahir menggunakan teknologi untuk kegunaan mereka di masa akan datang.”

Contoh Kelebihan Guru : Kreativiti

“Semasa di universiti, saya mengambil jurusan penulisan kreatif dan pendidikan dan berkecimpung dalam bidang seni. Oleh itu, ketika menghias bilik darjah dan mengadakan aktiviti untuk murid kelas saya, saya rasa saya mempunyai kelebihan yang lain daripada orang lain. Saya juga pernah mengajar matematik melalui pertunjukan boneka: Pelajar saya mengukur dan membina pentas dan mengatur permainan boneka yang mereka cipta sendiri. Setiap hujung tahun saya mengadakan “Galeri Seni” untuk ibu bapa datang dan melihat pameran hasil kreativiti pelajar.”

Contoh Kekurangan Guru

Pilih kelemahan anda dan jelaskan bagaimana untuk menyesuaikan dengan pekerjaan anda secara jujur.

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana anda menerangkan kelemahan dan cara yang menunjukkan bahawa anda sedang memperbaikinya.

Contoh Kekurangan Guru : Kekurangan Kemahiran Teknologi

“Saya kurang mahir menggunakan komputer dan tidak suka membuka emael. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar menggunakan komputer serta teknologi yang terkini. Saya juga belajar untuk menggunakan aplikasi terkini untuk menjadikan kelas saya lebih menarik seperti membuat pengajaran menggunakan aplikasi seperti Youtube dan mengajak pelajar saya untuk membentang tugasan menggunakan Slide Powerpoint. Saya merancang untuk terus mengikuti sekurang-kurangnya dua kelas teknologi setahun untuk mengemas kini kemahiran saya. “

Contoh Kekurangan Guru : Takut Bercakap Di Khalayak Ramai

“Saya menjadi guru kerana saya suka anak-anak, tetapi saya sukar bercakap di hadapan orang yang lebih dewasa. Ini tidak menjadi masalah ketika saya mengajar sekolah rendah. Tetapi sekarang saya  mengajar di sekolah menengah dan saya perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan saya. Saya menyertai kelas pengucapan awam dan perlahan-lahan memperolehi keyakinan dan keberanian untuk bercakap di hadapan kumpulan besar. Saya merancang untuk terus aktif dengan kelas pengucapan awam setiap bulan.”

Contoh Kekurangan Guru : Perancangan Berlebihan

“Sebagai seorang guru, saya selalu merancang setiap pelajaran dengan teliti dan lebih awal. Pelajar saya tahu dengan tepat apa kerja rumah, kuiz dan ujian yang menanti mereka setiap hari. Namun, saya merasa terganggu dengan hal yang tidak dirancang seperti latihan kebakaran dan perkara lain yang tidak dijangka yang mengganggu waktu pengajaran. Dengan bantuan rakan sekerja, saya belajar untuk menjadi lebih spontan sehingga saya dapat menerima perubahan. “

Kelebihan Dan Kekurangan Yang Perlu Dipertimbangkan

Berikut adalah senarai kelebihan yang mungkin ada pada anda dan membantu anda merancang jawapan yang sesuai ketika temuduga :

  • Kemahiran teknikal
  • Kreativiti
  • Empati atau kebaikan
  • Disiplin
  • Kegigihan
  • Bekerjasama
  • Sabar

Pertimbangkan kelemahan ini sekiranya anda merancang untuk memberitahu kepada penemuduga :

  • Kekurangan pengetahuan teknologi
  • Bergantung pada rutin
  • Pemahaman yang tidak lengkap mengenai kemahiran tertentu
  • Dunia kerja-kehidupan yang tidak seimbang

Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semuanya terletak pada pilihan masing-masing bagaimanakan untuk manfaatkan kelebihan yang ada dan bagaimana untuk mengatasi kekurangan tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Categories
Temuduga

Penemuduga Lebih Muda Dari Anda, Apa Nak Buat?

Buat sesetengah individu, temuduga merupakan sesuatu yang sangat ditakuti. Hal ini kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai soalan yang akan ditanya oleh penemuduga. Tambahan pula jika penemuduga itu merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan cerewet dalam meminta jawapan daripada anda.

Namun, apa pula reaksi anda sekiranya penemuduga itu jauh lebih muda daripada anda? Sudah pasti rasa gementar dan gugup anda sedikit hilang sebaik sahaja melihat penemuduga itu kerana anda merasakan penemuduga itu perlu menghormati anda disebabkan faktor usia.

Jika anda ditemuduga oleh seorang penemuduga yang lebih muda, itu merupakan rezeki buat anda. Namun, harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika situasi ini berlaku.

Kebanyakan calon temuduga yang ditemuduga oleh penemuduga muda sering mengabaikan beberapa aspek dan yang paling utama adalah aspek hormat. Jadi jangan buat silap.

Jangan sesekali merasakan penemuduga itu perlu menghormati anda sebaliknya andalah yang perlu menghormati penemuduga itu terlebih dahulu kerana walaupun usianya muda tetapi tarafnya tetap sama iaitu seorang penemuduga serta keputusan untuk memilih anda bekerja terletak di tangannya.

Anda tidak perlu risau jika terpaksa berhadapan dengan penemuduga yang lebih muda daripada anda. Pihak kami akan kongsikan beberapa tips tentang apa yang anda perlu lakukan jika penemuduga lebih muda daripada anda dalam artikel ini. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh anda lakukan.

JANGAN RENDAHKAN TARAF PENEMUDUGA TERSEBUT

Penemuduga itu tetap mempunyai taraf serta hak yang sama sebagai seorang penemuduga walaupun umurnya lebih muda. Oleh yang demikian, anda haruslah sentiasa menghormatinya dan tetap menganggapnya sebagai seorang yang sangat penting dalam memberikan anda kerja.

Pertama, ucapkan salam hormat sebaik sahaja anda masuk ke dalam bilik temuduga. Jangan sesekali abaikan salam hormat ini untuk memastikan penemuduga itu memberikan reaksi positif kepada anda. Seperti mana anda menghormati penemuduga yang lebih tua daripada anda, begitu juga penemuduga tersebut memerlukan hormat daripada anda.

Tanamkan perkara ini dalam diri anda. Walaupun usia penemuduga itu muda namun beliau tetap penemuduga. Beliau akan tetap menyoal anda, menilai anda dan yang paling penting beliaulah yang akan membuat keputusan sama ada menerima anda bekerja atau tidak.

Terdapat banyak rungutan daripada penemuga sebelum ini yang memaklumkan bahawa mereka dilayan dengan tidak baik oleh calon temuduga yang lebih berusia berbanding mereka kerana mempunyai persepsi orang muda perlu menghormati orang tua. Tinggalkan persepsi tersebut seketika kerana anda sekarang sedang berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan periuk nasi anda.

TINGGALKAN KEPENTINGAN UMUR DI RUMAH

Jika anda benar-benar mahukan pekerjaan tersebut, pastikan anda memenangi hati penemuduga terlebih dahulu. Itu merupakan tip paling popular untuk individu yang ingin menghadiri temuduga.

Jadi, walaupun penemuduga itu muda, anda tetap perlu memenangi hatinya dengan kata-kata yang baik serta menunjukkan kebolehan anda. Penemuduga itu mungkin berumur beberapa tahun lebih muda daripada anda malah ada juga situasi di mana anda mungkin akan ditemuduga oleh seorang penemuduga yang umurnya sebaya anak-anak anda.

Di sinilah selalunya masalah akan timbul. Anda berkemungkinan akan melayan penemuduga tersebut sepertimana anda melayan anak-anak anda. Hal ini perlu dielakkan. Gunakan bahasa yang baik dengan penemuduga itu dan bukannya gunakan bahasa seperti anda gunakan dengan anak-anak anda. Tinggalkan seketika kepentingan umur anda.

ANDA BOLEH BERFIKIR TENTANG PERBEZAAN UMUR TETAPI JANGAN SEBUT DI HADAPAN PENEMUDUGA

Tidak dapat dinafikan sebenarnya penemuduga anda juga berasa sedikit kekok untuk menemuduga anda yang lebih tua daripadanya. Sudah menjadi lumrah buat seseorang yang lebih muda berasa kurang senang untuk menilai seseorang yang lebih tua daripadanya.

Anda mungkin akan terfikir perkara ini malah anda akan lihat sendiri semasa temuduga itu. Namun, jangan sesekali sebutkan tentang kejanggalan itu dan jangan juga sebutkannya di hadapan penemuduga tersebut. Sebagai contoh, jangan pernah berkata begini kepada penemuduga. “Encik jangan risau. Walaupun saya lebih tua namun saya tetap akan menghormati encik sebagai seorang penemuduga.”

Memanglah tujuan anda berkata begini untuk memaklumkan kepada penemuduga tersebut bahawa anda menghormatinya tetapi dengan kata-kata anda itu akan menyebabkan penemuduga tersebut lebih janggal dan mungkin akan terasa. Buruk padahnya jika penemuduga terasa hati!

FOKUS KEPADA PENGALAMAN KERJA ANDA

Ini merupakan kelebihan buat anda. Penemuduga anda mungkin tidak mempunyai pengalaman bekerja seluas anda kerana faktor usianya. Jadi anda perlulah memanfaatkan kelebihan ini dengan baik.

Sungguhpun kesemua pengalaman kerja anda telah tertulis dalam resume yang anda serahkan kepada penemuduga namun ada baiknya jika anda terangkan pengalaman anda kepadanya. Hal ini kerana penemuduga lebih gemar mendengar sendiri pengalaman anda berbanding membacanya di resume. Tambahan pula penemuduga itu kurang pengalaman berbanding anda, mestilah beliau lebih berminat untuk mendengarnya.

Penerangan anda tentang pengalaman kerja akan mendatangkan reaksi positif daripada penemuduga. Beliau semestinya akan berasa yakin dengan anda untuk bekerja di tempat kerja itu kerana anda suah mempunyai pengalaman bekerja. Namun, anda jangan sesekali menipu penemuduga tersebut. Katakan sahaja secara jujur tentang pencapaian anda sepanjang bekerja sebelum ini.

TANYA SOALAN DAN DENGAR JAWAPAN DENGAN BAIK

Untuk menghadiri temuduga, anda sebenarnya bukan sahaja perlu membuat persediaan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya oleh penemuduga malah anda juga perlu bersedia dengan soalan-aoalan yang unik serta menarik untuk ditanyakan kepada penemuduga.

Soalan yang ditanyakan mestilah berkaitan dengan bidang kerja yang anda mohon dan jangan sesekali menyimpang. Kebiasaannya, selepas bertanya soalan berkaitan kerja yang anda mohon, penemuduga akan menanyakan soalan ini pula. “Adakah anda ada soalan untuk saya?”

Jangan sesekali jawab “tidak ada”. Anda akan dilabel sebagai kurang berminat dengan pekerjaan itu. Calon pekerja yang baik perlu bersikap ingin tahu dan akan bertanya pelbagai soalan berkenaan dengan kerjaya yang dipohon itu. Setelah bertanya soalan, dengarlah jawapan yang diberikan oleh penemuduga itu dengan baik.

TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA DALAM PELBAGAI BIDANG

Kemahiran sangat penting dalam mencari kerja pada hari ini. Ini juga mungkin merupakan satu kelebihan buat anda kerana anda lebih berpengalaman daripada penemuduga. Lebih pengalaman bermakna lebih banyak kemahiran yang anda kuasai. Ketengahkan kemahiran yang anda telah kuasai itu semasa temuduga. Hal ini akan dapat menarik perhatian penemuduga.

Namun, salah satu bidang yang mungkin anda kurang penguasaan berbanding penemuduga adalah kemahiran mengendalikan komputer dan internet seperti penggunaan Google Drive kerana orang muda lebih berkemahiran dalam perkara ini. Jadi, sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda telah belajar tentang perkara ini dan kuasailah kemahiran ini.

KONGSI PENGALAMAN ANDA YANG PENEMUDUGA TIDAK ADA

Memandangkan anda lebih berpengalaman daripada penemuduga, adalah baik sekiranya anda berkongsi pengalaman anda dengan penemuduga itu. Ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memastikan penemuduga tahu sejauh mana kebolehan yang anda miliki.

Jadi, tunjukkan kebolehan yang anda ada berdasarkan pengalaman kerja anda. Nescaya penemuduga tersebut akan tertarik dengan anda kerana beliau tidak memiliki kebolehan begitu.

Sebagai kesimpulannya, anda tidak perlu terlalu ghairah jika terpaksa berhadapan dengan penemuduga yang lebih muda kerana banyak perkara yang perlu anda titikberatkan.

Perkara yang paling penting adalah tolong jaga tutur kata anda semasa temuduga walaupun penemuduga itu lebih muda. Sentiasa letakkan dalam diri anda bahawa taraf penemuduga tetap tinggi walaupun umur mereka muda daripada anda. Selamat berjaya kami ucapkan!