Portal Jawatan Kosong Terkini

Ceritakan Tentang Latar Belakang Pendidikan Anda

0 1,821

Latar Belakang Pendidikan

Bagi sesuatu jawatan atau pekerjaan, latar belakang pendidikan merupakan satu syarat yang penting untuk diberi perhatian sebelum anda memohon.

Ini adalah kerana terdapat bidang pendidikan yang sesuai atau khusus dengan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon.

Baca: Cek Resume Anda: Ini Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Resume Beserta Contoh

Kebanyakan majikan bertanyakan soalan berkaitan latar pendidikan anda adalah untuk mengetahui tahap persiapan anda untuk pekerjaan yang dipohon.

Sekiranya latar belakang akademik anda tidak memenuhi syarat jawatan, anda boleh menjelaskan bagaimana pendidikan yang anda miliki mempunyai kaitan dengan jawatan tersebut.

Contoh Senarai Soalan

Terdapat pelbagai jenis soalan berkaitan latar belakang pendidikan yang mungkin ditanya oleh majikan. Antara contoh soalan yang mungkin ditanya oleh majikan ialah :

  • Ceritakan latar belakang pendidikan anda.
  • Bagaimanakah bidang yang anda belajar mempunyai hubungkait dengan pekerjaan ini?
  • Apakah yang mempengaruhi pilihan jurusan pengajian anda?
  • Dimanakah lagi anda melanjutkan pelajaran?
  • Siapakah yang menolong anda menentukan institusi untuk menyambung pelajaran?
  • Apakah aktiviti luar yang anda sertai?
  • Adakah anda mempunyai matlamat pendidikan jangka panjang?
  • Ceritakan bagaimana projek atau kursus tertentu membantu anda berjaya dalam projek yang diberikan?
  • Mengapa anda tidak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana?
  • Jurusan anda sama sekali tidak berkaitan dengan pekerjaan ini. Adakah anda masih menganggap kerja kursus anda membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan ini?
  • Mengapa anda tidak menamatkan pengajian di institusi pengajian anda?

Tips Menjawab Soalan Mengenai Pendidikan Anda

Kaitkan pendidikan anda dengan pekerjaan

Apa pun soalan yang diberikan, kaitkan latar belakang pendidikan dengan kelayakan pekerjaan yang dipohon. Sebelum temuduga, buat senarai kemahiran dan pengalaman kerja yang diperlukan.

Juga senaraikan kursus yang diambil dan projek yang telah disiapkan untuk membantu anda mengembangkan kemahiran yang sedia ada.

Ceritakan aktiviti luar anda

Masukkan aktiviti luar yang membantu anda untuk mengembangkan kemahiran atau kebolehan khusus yang diperlukan oleh jawatan tersebut.

Ceritakan kemahiran ‘Soft Skill’ anda

Sekiranya subjek yang diambil tidak mempunyai kaitan dengan jwatan yang dipohon, masukkan kemahiran ‘soft skil’ yang sesuai. Contohnya,anda mengambil jurusan Bahasa Inggeris tetapi memohon pekerjaan dalam bidang perundingan. Ceritakan bagaimana semua tugasan esei membantu anda mempertingkatkan kemahiran komunikasi yang diperlukan untuk bekerja dengan pelanggan.

Tidak membuat ulangan

Penemuduga pastinya mengetahui beberapa maklumat pendidikan anda seperti sekolah, kolej, universiti serta pencapaian yang ada di dalam resume. Jangan ulang maklumat yang sedia ada di dalam resume. Ceritakan maklumat yang tiada di dalam resume dan pastikan perkara tersebut mempunyai kaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

Jangan merendah diri

Inilah masanya untuk anda menceritakan tentang pencapaian terbaik anda. Sekiranya ia tidak dinyatakan di dalam resume, ceritakan pencapaian terbaik anda dengan jujur.

Jujur

Ceritakan dengan jujur tahap pencapaian dan pendidikan anda kepada majikan. Pastikan anda dapat menjawab soalan berkaitan pendidikan sambil menyatakan kesesuaian anda dengan pekerjaan tersebut.

Baca: Cara Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter. Ini Caranya

Tarik perhatian majikan dengan menceritakan pengalaman kerja anda walaupun anda tidak menamatkan pengajian anda.

Contoh Jawapan untuk Soalan Mengenai Pendidikan Anda

Berikut adalah contoh jawapan untuk pertanyaan, “Ceritakan latar belakang pendidikan anda.”

  • Walaupun saya tidak menamatkan pengajian saya, tetapi saya mempunyai pengalaman yang luas berkaitan bidang pengurusan. Pelbagai tugasan dan juga jabatan yang menggunakan khidmat saya sepanjang saya bekerja. Saya juga berjaya dinaikkan pangkat berdasarkan hasil kerja, kursus yang saya ikuti dan komitmen saya terhadap kerjaya saya.
  • Aktiviti luar yang saya ikuti juga memberikan banyak pengalaman buat saya. Saya menjadi presiden persatuan sukarelawan dan menjadi ketua untuk setiap projek yang diaturkan. Setiap projek yang dicadangkan, saya dan ahli kumpulan berjaya dilakukan mengikut jadual. Saya juga mencari dana supaya setiap keperluan dipenuhi oleh organisasi sukarelawan yang saya uruskan.
  • Saya tidak menyambung pengajian ke peringkat Master kerana saya berminat untuk bekerja dan mengutip pengalaman berkatan bidang yang saya minat terlebih dahulu. Melalui kursus yang ditawarkan oleh jabatan, saya berjaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang saya minati. Selain daripada itu, saya juga telah menyambung pelajaran melalui kursus online atau secara PJJ untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran saya.

Pastikan anda menceritakan latar belakang pendidikan anda dengan jujur semasa ditemuduga. Ikuti tips yang diberikan dan pastikan jawapan yang diberikan dikaitkan dengan jawatan yang dipohon.

Semoga berjaya.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.