Categories
Kerjaya

Daftar Kursus Microsoft Office SIP PERKESO Percuma (Sijil & Elaun Disediakan Buat Individu Hilang Kerja)

Di bawah Sistem Insurans Pekerja (SIP) Perkeso, mereka yang kehilangan kerja boleh mengikuti Kursus Mircrosoft Office yang dibiayai yuran sepenuhnya.

Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran aplikasi Microsoft Office dan kebolehpasaran mereka yang kehilangan kerja untuk mendapatkan pekerjaan baru kelak.

Kursus selama 5 hari ini akan diakan secara online menggunakan platform ZOOM. Peserta akan menerima sijil penyertaan serta elaun latihan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan dan panduan membuat pendaftaran.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama kursus: Kursus Microsoft Office
  • Penyedia Latihan: ArmelsAcademy Sdn Bhd
  • Platform kursus: ZOOM
  • Modul kursus:
    – Microsoft Excel
    – Microsoft Word
    – Microsoft Powerpoint

SYARAT KELAYAKAN

Kursus di bawah SIP (Skim Insurans Pekerja) adalah layak bagi semua warganegara Malaysia yang telah mencarum dengan PERKESO mengikut kriteria berikut:

  • Kehilangan kerja disebabkan syarikat ditutup
  • Diberhentikan kerja oleh majikan
  • VSS/MSS
  • Ugutan atau gangguan seksual
  • Kontrak ditamatkan lebih awal dari perjanjian asal

KECUALI bagi mereka yang hilang pekerjaan akibat berikut:

  • Salah laku mereka sendiri – Tidak Layak
  • Bersara – Tidak Layak
  • Perletakan Jawatan atau berhenti secara sukarela – Tidak layak

KELEBIHAN KURSUS LATIHAN SIP

Antara kelebihan mengikuti kursus latihan di bawah SOP PERKESO adalah:

  • Kursus DIBIAYAI SEPENUHNYA (PERCUMA)
  • Sijil penyertaan disediakan
  • Elaun latihan diberikan

CARA DAFTAR

Individu yang kehilangan kerja atau bakal hilang kerja boleh serta kursus yang ditawarkan untuk tingkatkan kebolehpasaran kerja. Pendaftaran bagi individu yang berminat boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pengurus Pusat Latihan Armels Academy Sdn Bhd melalui talian 013 705 9232 (Nik).

Categories
Jawatan Kosong Kerajaan Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor SPA9 Terengganu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Berikut merupakan info penuh iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan kerja ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Hub hanya menyiarkan kembali iklan kekosongan untuk memudahkan permohonan anda. 

Pencari kerja yang berkelayakan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Lokasi Kerja: Seluruh Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan: 04 Julai 2021

MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

SYARAT MEMOHON:

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MOHON:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Categories
Kerjaya

Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan RM300 (Graduan, Lepasan Sekolah & Pencari Kerja)

Memahami masalah rakyat yang mengalami kesusahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerkana (PKP), Kerajaan telah mengambil langkah menyediakan bantuan buat semua golongan di bawah pakej PEMULIH.

Pelbagai bantuan telah diumumkan dan antara yang mendapat perhatian ramai adalah pengeluaran RM5,000 di bawah iCitra KWSP, Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan.

Selain itu, kerajaan juga akan membantu golongan yang sedang mencari kerja dengan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO.

Berikut merupakan petikan dari teks ucapan Perdana Menteri,

Seterusnya, Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit.

Mahiaddin bin Md Yasin Perdana Menteri

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut golongan yang layak dan cara daftar untuk mendapatkan Elaun Mencari Pekerjaan.

GOLONGAN YANG LAYAK

Elaun Mencari Pekerjaan diperluas kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya:

  • Graduan baharu
  • Lepasan sekolah
  • Pekerja Sektor Tidak Formal

KADAR ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

RM300

CARA MOHON ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Pencari kerja yang ingin dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan perluluah daftar di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFutureJobs:

  1. Layari portal MYFutureJobs 
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register
  4. Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register
  5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
  6. Lengkapkan Profil anda dengan maklumat terkini anda selengkap mungkin.

LOG MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS

Setelah mendaftar, ikut langkah berikut untuk log masuk ke portal:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

Sekarang anda boleh mula mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan anda di MyFutrureJobs.

INISIATIF PLACE & TRAIN JANAPRENEUR

Selain daripada Elaun Mencari Pekerjaan, kerajaan akan memperuntukkan 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig

Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini akan menyusul.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas Mencari Pekerjaan RM300 melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/

Categories
Jawatan Universiti Johor

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Berikut merupakan info penuh iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan kerja ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Hub hanya menyiarkan kembali iklan kekosongan untuk memudahkan permohonan anda. 

Pencari kerja yang berkelayakan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Lokasi Kerja: Johor
  • Tarikh Tutup Permohonan: Rujuk Iklan 

MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)
  • Penolong Pegawai Senibina (Gred J29)
  • Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N19)
  • Pemandu Kenderaan (Gred H11)

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

SYARAT MEMOHON:

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MOHON:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Categories
Kerjaya

Download Contoh Surat Tangguh Lapor Diri/Tugas

Syukur kerana anda telah berjaya untuk menjawat jawatan yang diidamkan. Tetapi anda mempunyai beberapa masalah yang memerlukan anda untuk tangguh dahulu tarikh lapor diri / bertugas di tempat baru.

Sekiranya anda perlu menunda tarikh lapor diri / bertugas, anda perlu membuat surat permohonan penangguhan lapor diri secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Cara Memohon Penangguhan Lapor Diri / Bertugas

Untuk memohon penangguhan, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Telefon dahulu Bahagian Sumber Manusia dan nyatakan tujuan anda.
  • Minta khidmat nasihat Pengurus Bahagian Sumber Manusia mengenai penangguhan lapor diri anda.
  • Membuat surat permohonan penangguhan dengan format yang betul. Jika ada sebarang dokumen sokongan, sertakan bersama.
  • Emel kepada Pengurus, Bahagian Sumber Manusia atau yang berkaitan.
  • Pastikan anda menerima maklumbalas daripada wakil syarikat baru.

Contoh Surat Permohonan Penangguhan Lapor Diri / Bertugas

Berikut adalah contoh surat permohonan penangguhan lapor diri / bertugas yang boleh dijadikan contoh :

Sekiranya anda mempunyai sebab serta alasan yang lain daripada contoh diatas, nyatakan sahaja ke dalam surat permohonan anda.

Jika anda diminta untuk melapor diri dahulu sebelum bertugas, dinasihatkan untuk melapor diri dahulu dengan membawa bersama surat penangguhan bertugas anda dan minta jasa baik Pengurus Bahagian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan permohonan anda.

Anda juga boleh meminta jasa baik pihak majikan syarikat terdahulu untuk membolehkan anda berhenti lebih awal daripada notis yang diberikan.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan penangguhan dengan lancar dan tanpa sebarang kesulitan.

Tahniah dan semoga berjaya ditempat baru.