Portal Jawatan Kosong Terkini

Download Contoh Surat Tangguh Lapor Diri/Tugas

0 19,030

Syukur kerana anda telah berjaya untuk menjawat jawatan yang diidamkan. Tetapi anda mempunyai beberapa masalah yang memerlukan anda untuk tangguh dahulu tarikh lapor diri / bertugas di tempat baru.

Sekiranya anda perlu menunda tarikh lapor diri / bertugas, anda perlu membuat surat permohonan penangguhan lapor diri secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Cara Memohon Penangguhan Lapor Diri / Bertugas

Untuk memohon penangguhan, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Telefon dahulu Bahagian Sumber Manusia dan nyatakan tujuan anda.
  • Minta khidmat nasihat Pengurus Bahagian Sumber Manusia mengenai penangguhan lapor diri anda.
  • Membuat surat permohonan penangguhan dengan format yang betul. Jika ada sebarang dokumen sokongan, sertakan bersama.
  • Emel kepada Pengurus, Bahagian Sumber Manusia atau yang berkaitan.
  • Pastikan anda menerima maklumbalas daripada wakil syarikat baru.

Contoh Surat Permohonan Penangguhan Lapor Diri / Bertugas

Berikut adalah contoh surat permohonan penangguhan lapor diri / bertugas yang boleh dijadikan contoh :

Sekiranya anda mempunyai sebab serta alasan yang lain daripada contoh diatas, nyatakan sahaja ke dalam surat permohonan anda.

Jika anda diminta untuk melapor diri dahulu sebelum bertugas, dinasihatkan untuk melapor diri dahulu dengan membawa bersama surat penangguhan bertugas anda dan minta jasa baik Pengurus Bahagian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan permohonan anda.

Anda juga boleh meminta jasa baik pihak majikan syarikat terdahulu untuk membolehkan anda berhenti lebih awal daripada notis yang diberikan.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan penangguhan dengan lancar dan tanpa sebarang kesulitan.

Tahniah dan semoga berjaya ditempat baru.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.