Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Terbakar Bila Baca. Kami Senaraikan 5 Untuk Panduan Anda
Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Rasa Terbakar Bila Baca
Tiada siapa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Tetapi sebolehnya elakkan daripada membuat beberapa kesilapan kecil dalam resume anda. Ini kerana dengan hanya kesilapan yang kecil, boleh buatkan majikan anda rasa terbakar bila membaca resume anda.
Ingin tahu apakah kesilapan kecil tersebut? Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui 5 kesilapan yang perlu anda elakkan.
5 Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Rasa Terbakar Bila Baca
1. Ayat atau Resume Yang Panjang
Hadkan resume anda dalam 1 atau 2 muka surat sahaja. Pastikan resume anda tepat, padat dan ringkas. majikan tidak akan membaca resume anda satu persatu sebaliknya akan mengimbas resume anda berdasarkan keywords yang sepadan dengan jawatan yang ditawarkan.
Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang berjela untuk menerangkan semua point-point anda.
2. Resume Yang Tidak Sesuai
Jangan berikan resume yang tangkap muat dan tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon. Kemungkinan anda memasukkan senarai pengalaman yang tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang ditawarkan. Spesifikkan resume anda mengikut jawatan.
3. Tidak Fokus Pada Kelebihan Diri
Untuk memenuhkan ruang pada resume, anda telah menyenaraikan seberapa banyak pengalaman yang tidak relevan dan tidak fokus pada manfaat dan kelebihan diri anda. Majikan mahu anda memberi tawaran yang paling terbaik untuk membantu syarikat sekiranya anda diterima masuk bekerja di syarikat baru. Oleh itu, tonjolkan kelebihan diri anda supaya majikan merasakan andalah calon paling sesuai untuk bekerja di syarikatnya.
4. Banyak Salah Ejaan, Tatabahasa & Format
Tidak membuat proofreading atau baca semula, tidak membuat semakan resume dan terus hantar kepada majikan. Jadi, secara tidak langsung anda tidak tahu bahawa terdapat kesalahan ejaan pada resume anda. Ini menyebabkan point yang ingin disampaikan pada majikan tidak sampai dan tidak difahami oleh majikan. Silap-silap resume anda dimasukkan ke dalam bakul sampah kerana kesalahan ini sahaja.
Untuk tahu format resume yang betul, klik sini dan dapatkan format resume yang betul.
5. Objektif Yang Tidak Tepat
Resume adalah satu ringkasan tentang diri calon. Jadi sudah pasti majikan akan membaca sekali imbas resume anda sekurangnya 5 minit sahaja. Antara perkara yang diambil berat oleh majikan ialah bahagian objektif.
Sekiranya didapati objektif yang diletakkan tidak menepati kriteria jawatan, ia menyebabkan permohonan anda ditolak begitu sahaja oleh majikan. Pastinya majikan merasakan bahawa anda seorang yang tidak fokus, tidak bersungguh untuk bekerja di syarikat tersebut dan boleh membawa kerugian pada syarikat.
Jadi, elakkan kesilapan-kesilapan kecil ini ketika anda menghantar resume untuk memohon pekerjaan. Walaupun kecil, kesannya amat besar dikemudian hari. Belajar buat resume dengan betul dan berikan yang terbaik untuk bakal majikan.