Portal Jawatan Kosong Terkini

Rujukan Permohonan Kerja Anda, Siapakah Yang Sesuai? Jom Semak Disini

0 501

Jumlah Senarai Rujukan

Perlukah anda meletakkan nama senarai rujukan ke dalam resume? Sebenarnya tidak perlu untuk anda letakkan nama senarai rujukan ke dalam resume anda. Anda digalakkan untuk meletakkan senarai rujukan secara berasingan ke dalam dokumen yang lain. Anda hanya perlu berikan senarai rujukan ini sekiranya diminta oleh majikan sahaja.

Berapa pula jumlah nama rujukan yang boleh diletakkan ke dalam dokumen senarai rujukan tersebut? Anda boleh letakkan seberapa banyak jumlah yang anda mahu tetapi seeloknya masukkan 3-5 nama senarai rujukan sahaja dan pastikan senarai tersebut boleh memberi kerjasama kepada anda serta respon yang positif ketika ditemuramah oleh bakal majikan.

Siapa Boleh Menjadi Senarai Rujukan Kerja?

Antara individu yang boleh menjadi senarai rujukan kerja adalah :

  • Pensyarah (graduan)
  • Guru (lepasan sekolah/graduan)
  • Rakan sekerja
  • Kenalan perniagaan anda
  • Pengerusi persatuan
  • Pelanggan syarikat anda
  • Bekas majikan
  • Majikan
  • Supervisor
  • Jurulatih/ Ketua Sukarelawan

Pastikan senarai rujukan ini telah bersedia dan tahu serba sedikit tentang temuduga pekerjaan yang akan anda hadiri. Berikan serba sedikit maklumat berkaitan temuduga dan pekerjaan yang anda pohon.

Anda juga perlu pastikan senarai rujukan ini mengenali anda dengan baik supaya mereka boleh menceritakan perkara yang positif ketika bakal majikan baru menelefon mereka.

Anda juga boleh memberikan mereka salinan resume agar mereka lebih fokus kepada bahagian kemahiran agar mereka mudah menceritakan kepada bakal majikan anda nanti.

Jangan lupa untuk follow up senarai rujukan anda supaya mereka tidak lupa mengenai temuduga anda. Selepas tamat temuduga juga anda perlu membuat follow up dengan ucapkan terima kasih serta memberitahu keputusan temuduga anda. Ada banyak kebaikan sekiranya anda sentiasa berhubung dengan senarai rujukan anda kerana mereka mempunyai networking yang luas dan boleh menawarkan anda untuk bekerja di syarikat lain yang mempunyai kekosongan jawatan.

Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan cara yang betul untuk memasukkan kemahiran multitask ke dalam resume anda dengan klik disini sahaja.

Senarai Rujukan Profesional Atau Peribadi

Jika anda tidak ingin bekas majikan atau bekas rakan sekerja menceritakan perihal yang tidak baik tentang diri anda, anda boleh sahaja dapatkan orang lain untuk menjadi senarai rujukan.

Jadi, anda boleh dapatkan senarai rujukan yang lebih profesional dan cenderung untuk menceritakan tentang kelebihan dan kemahiran anda yang diketahuinya.

Bagi senarai rujukan yang berbentuk peribadi pula, mereka cenderung untuk menceritakan tentang watak anda secara peribadi serta mampu menyelitkan kelebihan dan kemahiran kerja anda yang mereka tahu.

Cara Membuat Senarai Rujukan

Untuk membuat dokumen senarai rujukan yang berasingan, anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti berikut :

  • Tajuk dokumen : SENARAI RUJUKAN
  • Nama rujukan beserta pangkat (jika ada)
  • Jawatan senarai rujukan
  • Syarikat senarai rujukan
  • Nombor telefon dan emel senarai rujukan

Pastikan anda meletakkan maklumat yang telah disenaraikan seperti diatas supaya memudahkan bakal majikan menghubungi senarai rujukan yang telah anda berikan.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.