Portal Jawatan Kosong Terkini

Ketahui 6 Tanda Awal Anda Bakal Gagal Temuduga

Saat selesai temuduga adalah antara saat yang paling melegakan oleh setiap calon. Jangan terlalu yakin dan gembira kerana beranggapan sesi temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan majikan akan panggil untuk melapor diri nanti.

Anda kena ingat, banyak aspek yang dinilai semasa temuduga. Walaupun penemuduga nampak macam tiada masalah dengan anda semasa temuduga, tidak mustahil anda gagal.

Oleh itu, ketahui 6 tanda-tanda awal anda gagal temuduga ini.

6 TANDA ANDA GAGAL TEMUDUGA

1 Soalan Yang Ditanya Sangat Senang

Nampak macam majikan tanya soalan yang sangat senang dan tidak mencabar? Jangan seronok dahulu. Ramai calon yang salah anggap dengan perkara ini. Soalan yang senang dan dapat berikan jawapan bukan penentu anda bakal lulus temuduga.

Mungkin juga penemuduga tidak tertarik dengan calon, sebab itu soalan diberikan terlalu mudah. Majikan yang betul-betul berminat dengan seseorang calon akan menanyakan soalan-soalan yang mencabar untuk calon berfikir.

2 Masa Temuduga Sangat Singkat

Bagi calon mesti seronok kan bila proses temuduga dijalankan sangat singkat? Tak sampai 5 minit, temuduga dah tamat! Itu tanda-tanda awal anda gagal temuduga. Sesi temuduga yang baik akan memakan masa yang panjang kerana penemuduga berminat untuk ambil tahu lebih mendalam tentang diri calon.

Bila dah pelbagai soalan ditanya mengenai diri calon dan sesi temuduga melebihi 15 minit, peluang anda diambil kerja adalah lebih cerah.

3 Calon Tidak Dapat Menjawab Banyak Soalan

Setiap soalan yang ditanya oleh majikan, pastikan anda dapat jawab dengan yakin. Walaupun jawapannya anda tidak pasti, tetapi cuba tackle soalan tersebut dengan yakin. Kadang-kala soalan yang terlalu susah yang menyebabkan calon tak mampu jawab ini dapat cover dengan keyakinan menjawab.

Sebab itulah penting untuk anda praktis dan buat persediaan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga sebenar.

4 Penemuduga Tidak Menceritakan Tentang Skop Kerja

Nak tahu macam mana kita nak tahu kemungkinan lulus atau tidak? Bila majikan sudah mula menceritakan tentang skop kerja, tunjukkan ruang kerja, kenalkan dengan pekerja lain dan sebagainya, itu bermakna majikan berminat untuk ambil anda bekerja.

Jika skop kerja pun tidak diterangkan semasa temuduga, peluang untuk anda lulus temuduga adalah tipis.

5 Penemuduga Tidak Fokus Ketika Calon Bercakap

Ketika kita bercakap kita akan tahu sama ada pendengar fokus atau tidak dengan setiap penjelasan kita. Jadi, semasa bercakap di temuduga, cuba anda perhatikan penemuduga anda. Adalah mereka kelihatan tertarik atau tidak dengan cerita anda, atau sebaliknya.

Apabila penemuduga sudah tidak menunjukkan minat terhadap seseorang calon, mereka akan mula tidak fokus apabila calon bercakap.

6 Mendengar Keluhan Penemuduga

Memang tidak mustahil jika anda akan mendengar keluhan daripada penemuduga! Selalunya penemuduga akan mula mengeluh jika calon tidak dapat menjawab soalan ataupun gagap sepanjang sesi temuduga berjalan. Jangan tunjukkan sikap yang boleh menyebabkan penemuduga berasa bosan semasa sesi temuduga.

Bila dah tahu tanda-tanda gagal temuduga ini, anda diingatkan untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi selepas sesi temuduga. Jangan berhenti berusaha untuk mencari kerja. Sekali gagal tidak bermakna anda akan gagal pada cubaan berikutnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah perbaiki diri dari masa ke semasa.

Semoga bermanfaat!