Ultimate magazine theme for WordPress.

16 Perkara Yang Harus Dielakkan Jika Anda Tidak Mahu Gagal Temuduga

0 93

Nak GAGAL temuduga senang sahaja! Tapi nak LULUS temuduga memang susah. Sebab itulah calon perlu buat persiapan dari pelbagai aspek sebelum hadir temuduga. Antara persiapan yang boleh calon lakukan adalah bersedia dengan Soalan Yang Wajib Ditanya Ketika Temuduga, persediaan dari segi Pemakaian Yang Betul,  beberapa etika yang perlu dijaga ketika temuduga.

Ada beberapa perkara yang calon tak sedar dan sering disebut yang boleh menyebabkan mereka GAGAL temuduga. Walaupun ada perkara itu nampak remeh sahaja, tetapi kesannya adalah kepada penilaian penemuduga terhadap calon.

Berikut adalah 16 perkara dilarang sebut ketika temuduga yang boleh menyebabkan calon gagal.

16 PERKARA YANG DILARANG SEBUT SEMASA TEMUDUGA

“Saya benci pekerjaan saya”

Apabila anda berkata sedemikian, ianya membawa perpepsi bahawa anda bakal benci dengan pekerjaan baru anda juga.

“Saya telah merancang percutian dalam beberapa minggu lagi”

Anda seharusnya menunggu sehingga mendapat tawaran kerja dari bakal majikan sebelum memaklumkan tentang rancangan percutian anda.

“Bos saya adalah seorang majikan yang teruk”

Adakah anda akan berkata sedemikian dengan bos baru juga sekiranya berlaku sebarang permasalahan di kemudian hari?

“Tempat kerja saya yang sekarang tidak seronok”

Bakal majikan akan berpendapat bahawa anda akan berasa tidak seronok juga dengan persekitaran baru kelak. Elakkan daripada mengadu perkara yang tiada kaitan.

“Berapakah gaji yang akan saya terima untuk jawatan ini?”

Kebanyakan iklan jawatan kosong akan disertakan sekali dengan amaun gaji. Tetapi, ada juga yang tidak disertakan. Oleh itu anda seharusnya membiarkan bakal majikan yang bertanyakan soal gaji, bukan anda.

“Bila atau berapa jumlah cuti yang akan saya terima?”

Elakkan daripada bertanya akan faedah kerja sehingga mendapat tawaran daripada bakal majikan anda.

“Saya hendak menjawab panggilan telefon sebentar”

Sebelum sesi temuduga, sila matikan telefon bimbit anda. Jangan sesekali jawab panggilan atau berbalas mesej ketika temuduga berjalan.

“Saya betul-betul perlukan kerja ini”

Elakkan daripada kelihatan seperti anda sangat terdesak dan seolah-olah memaksa bakal majikan untuk terima anda bekerja.

“Saya tidak mempunyai pengalaman yang seperti anda harapnya, tetapi saya adalah seorang yang cepat belajar.”

Biarkan penemuduga yang menentukan tahap kebolehan anda. Anda hanya fokus dengan menjual kemahiran yang anda ada untuk jawatan yang dipohon.

“Saya tidak tahu”

Jangan panik jika anda tidak tahu akan jawapan terhadap soalan yang ditanya. Ambil masa yang anda perlu dan seeloknya tanyakan kepada penemuduga jika anda perlukan penjelasan.

“Semuanya ada di dalam resume saya”

Jika penemuduga bertanyakan soalan, jangan balas dengan perkataan tersebut. Memang betul semua maklumat ada di dalam resume, tetapi mereka mahu dengar jawapan dari mulut anda sendiri bagi menilai cara anda berkomunikasi.

“Saya ada temujanji sebentar lagi. Bilakah temuduga ini akan selesai?”

Anda seharusnya merancang sekurang-kurangnya sejam setengah untuk ditemuduga dan turut bersiap sedia untuk ditemuduga lebih lama dari yang anda sangkakan.

“Maaf, saya terlambat”

Jangan sesekali lambat hadir ke sesi temuduga anda, kecuali jika mempunyai hal kecemasan. Ianya tidak mencerminkan prinsip keperibadian diri yang bagus.

Berkata kasar atau memaki hamun

Sebagai pencari kerja, anda seharusnya tampil profesional dan sopan. Elakkan berkomunikasi dengan penemuduga seperti bersembang dengan kenalan rapat.

“Bolehkah saya bekerja dari rumah?”

Elakkan berbincang tentang situasi kerja alternatif sebelum menerima tawaran kerja dari pihak bakal majikan.

“Adakah saya telah diterima bekerja?”

Di akhir sesi temuduga, elakkan daripada bertanya soalan sedemikian. Anda seharusnya memberikan bakal majikan sedikit masa untuk membuat keputusan. Jikalau anda merupakan calon terbaik sekalipun, ianya adalah hak mereka untuk bertanyakan soalan tersebut kepada anda. Bukan sebaliknya.

Semoga bermanfaat!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Leave A Reply

Your email address will not be published.