Portal Jawatan Kosong Terkini

Confirm Anda Akan Menjadi Rebutan Para Majikan Jika Mempunyai 7 Soft Skill Ini

0 725

Masukkan 7 Soft Skill Ini Dalam Resume Anda

Soft skill yang bagaimanakah sesuai dan sangat penting dimasukkan ke dalam resume supaya dapat menarik perhatian majikan ya? Terdapat pelbagai jenis kemahiran yang diperlukan oleh majikan masa kini dan anda boleh masukkan ke dalam resume anda selagi ianya benar-benar sesuai dengan permintaan pasa masa kini.

Ingat, skill yang diperlukan bukan sekadar diatas kertas sahaja, tetapi anda perlu benar-benar menguasai dan faham semua fungsi berkaitan skill tersebut dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

Untuk memasukkan kemahiran ini juga, pentingnya disini untuk anda tahu cara yang betul untuk memasukkan KEYWORDS yang betul ke dalam resume serta cover letter anda supaya ia memenuhi kehendak majikan.

Tidak tahu cara untuk memasukkan keywords dengan cara yang betul? Klik sini dan ketahui cara yang betul untuk memasukkan keywords ke dalam resume dan cover letter anda agar sepadan dengan kehendak majikan.

7 Soft Skill Rebutan Majikan

Antara 7 soft skill yang menjadi rebutan majikan pada masa ini ialah :

1. Mahir Menyelesaikan Masalah

Anda bukan sekadar boleh mendengar masalah yang diajukan, tetapi anda perlu mempunyai skill daripada segi menyelesaikan masalah, plan untuk selesaikan masalah serta rumusan setelah masalah diselesaikan. Malah anda juga tahu cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa akan datang.

2. Pemikiran Yang Kritikal

Ini adalah satu bonus yang besar kepada majikan sekiranya anda mempunyai kemahiran ini. Skill ini sangat penting kerana ia memerlukan pemikiran yang sangat pantas untuk mengenalpasti sesuatu masalah dan peluang besar yang ada dihadapan mata. Pemikiran yang kritikal ini juga sangat baik untuk menangani sesuatu masalah dengan memberikan best solution serta manfaat untuk semua orang.

3. Kreatif

Sekiranya sesuatu syarikat berada dalam keadaan yang sama sahaja pastinya ia membangkitkan suasana yang bosan kepada semua pekerja. Seorang pekerja yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan gembira hasil daripada idea yang baru untuk disumbangkan kepada syarikat. Jadi, seorang yang kreatif sangat diperlukan oleh majikan untuk menghasilkan perkara baru seiring dengan pembangunan dari semasa ke semasa.

4. Deligasi / Smart Work

Bagaimankah seorang yang mempunyai skill ini bekerja? Mereka bijak dalam pengurusan kerja akan membahagikan tugasan yang banyak dengan cara yang betul dan baik serta tugasan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta hasilnya adalah terbaik.

5. Emosi Yang Cerdas

Pentingnya seorang pekerja yang cerdas emosinya kerana masing-masing perlu bekerja dengan profesional. Ini kerana pekerjaan tersebut tidak melibatkan 1 pihak sahaja, malahan terdapat banyak cabang urusan seperti berurusan dengan pelanggan, vendor, pelabur dan sebagainya. Malahan, setiap urusan pastinya adalah dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jika tidak bekerja dengan profesional, khuatir networking yang dibina akan berakhir dengan sia-sia.

6. Mahir Membuat Keputusan

Kebanyakan pekerja yang cepat mendapat kenaikan pangkat adalah mereka yang mahir dan bijak membuat sesuatu keputusan berkaitan tugasan yang diberikan. Inilah ciri yang dicari oleh setiap majikan supaya segala urusan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Ini adalah kerana setaip keputusan pastinya melibatkan syarikat tersebut serta organisasi lain yang berkaitan.

7. Mahir Membuat Rundingan

Skill mahir membuat rundingan yang betul mampu menjana bisnes jangka masa panjang kepada sesuatu syarikat. Tambahan lagi jika anda sudah biasa dan berpengalaman membuat rundingan dengan pihak luar serta menjana kelebihan kepada syarikat.

 

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.