Portal Jawatan Kosong Terkini

9 Point Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda

0 1,525

9 Point Penting Dalam Resume

Apakah perkara penting yang perlu ada dalam resume anda? Untuk pengetahuan anda, terdapat 9 point yang penting dan perlu ada dalam resume anda. Tetapi, anda perlu ringkaskan maklumat dalam 9 point tersebut agar dapat dibaca dan difahami dengan mudah oleh bakal majikan.

Fokus kepada kemahiran serta kebolehan unik anda dan pastikan ianya berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Diingatkan supaya anda sentiasa mengemaskini resume anda mengikut jawatan yang dipohon dan jangan jadikan resume anda sebagai resume yang diguna untuk semua jenis jawatan. Dikhuatiri pengalaman, kemahiran serta kebolehan anda tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Ingin menggunakan template untuk resume, klik sini.

9 Point Penting Perlu Ada Dalam Resume Anda

Antara 9 point penting tersebut ialah :

1.  Maklumat Diri Anda

Maklumat diri anda sangat penting supaya majikan atau bahagian pengambilan pekerja dapat menghubungi anda selepas mereka berpuas hati dan ingin menawarkan anda untuk mengisi jawatan tersebut.

Maklumat tersebut ialah :

  • Nama anda
  • Nombor telefon
  • Alamat
  • Emel

2. Objektif

Nyatakan ringkasan kerjaya anda secara ringkas dan padat. Pastikan ianya sesuai dengan jawatan yang dipohon dan letakkan angka untuk menunjukkan pencapaian terbaik anda.

Contoh : Ingin mencapai misi dan visi syarikat dengan pengalaman dalam bidang Teknologi serta pencapaian terbaik selama 5 tahun berturut.

3. Pengalaman Kerjaya

Pengalaman kerja anda sangat penting untuk dimasukkan ke dalam resume. Ini kerana kebanyakan majikan mementingkan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

Masukkan pengalaman kerja yang relevan sahaja ke dalam resume anda. Tidak perlu memasukkan pengalaman kerja yang tidak berkaitan semata-mata ingin memenuhkan resume anda.

4. Pencapaian Atau Anugerah 

Jika anda mendapat anugerah atau pencapaian yang berkaitan dengan kerjaya anda selama ini, sila masukkan ke dalam resume anda. Masukkan tahun, anugerah dan pencapaian anda.

Pastikan anda meletakkan tahun pencapaian yang terkini pada bahagian ini.

5. Tahap Pendidikan 

Elakkan daripada meletakkan tahap pendidikan yang tidak perlu seperti pendidikan tadika, sekolah rendah dan menengah rendah.

Tahukah anda bahawa majikan akan melihat tahap pendidikan anda yang tertinggi terlebih dahulu dan tidak akan membaca senarai pendidikan yang lain? Oleh itu, masukkan sahaja tahap pendidikan terkini ya.

6. Sijil Profesional

Ini adalah satu bonus buat anda sekiranya sijil profesional ini sangat berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Letakkan nama sijil beserta tahap pencapaian sijil tersebut seperti :

  • Sijil Profesional Jurutera Elektrik : Kursus Peringkat 3 Kemahiran Selenggara

7. Kemahiran / Kebolehan

Jika anda pasti bahawa anda mempunyai kemahiran / kebolehan yang unik serta lain daripada yang lain, ia sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Masukkan kemahiran ‘hard skill’ dan diikuti dengan kemahiran ‘soft skill’ supaya majikan tahu bahawa anda adalah seorang calon yang sangat sesuai untuk  jawatan tersebut.

8. Penguasaan bahasa

Ini merupakan satu bahagian atau point yang jarang-jarang dimasukkan ke dalam resume. Namun bagi sesetengah jawatan, penguasaan bahasa tertentu sangat penting dan diambil kira oleh majikan.

Pastikan anda benar-benar mahir menguasai bahasa tersebut barulah dimasukkan ke dalam resume. Ini kerana majikan akan menemuduga anda menggunakan bahasa yang anda mahir untuk menguji penguasaan bahasa anda.

9. Kokurikulum / Kegiatan Luar

Senaraikan jenis sukan, persatuan, NGO, kelab atau badan beruniform yang pernah anda sertai. Juga diingatkan supaya anda meletakkan kegiatan yang relavan dan terkini sahaja. Majikan akan menilai serta lebih mengenali diri anda berdasarkan kegiatan yang anda ikuti selama ini.

Bagaimana pula dengan senarai rujukan? Untuk pengetahuan anda, resume terkini tidak mewajibkan anda untuk memasukkan senarai rujukan. Sebaliknya anda perlu menyediakan dokumen senarai rujukan secara berasingan dan berikan kepada majikan sekiranya diminta.

 

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.