Portal Jawatan Kosong Terkini

Amaran Buat Calon Temuduga, Hati-hati Dengan Soalan Psycho Atau Perangkap Dari Penemuduga Anda

0 3,536

Bila hadir temuduga, jangan terlalu letakkan harapan yang tinggi pada soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti. Walaupun ada beberapa soalan yang memang kerap diulang tanya kepada setiap calon, tetapi jika nasib anda kurang baik, soalan temuduga mungkin akan berubah dan menjadi semakin susah.

Ada juga panel yang suka psycho calon dengan memberi soalan-soalan perangkap untuk lihat respon calon. Apa yang calon perlu lakukan jika ditanya soalan jerat adalah BIJAK memberi jawapan.

SOALAN PSYCHO TEMUDUGA

Berikut adalah antara soalan-soalan psycho atau jerat yang mungkin ditanya oleh panel:

  1. Saya rasa awak ni tak layak, nanti cuba mohon untuk jawatan lain
  2. Saya tengok sijil kelulusan awam ni terlalu tinggi la, saya rasa awak tak layak untuk jawatan yang rendah ini
  3. Saya cadangkan awak pergi mohon jawatan lain, awak ni berpotensi untuk jawatan tinggi
  4. Kenapa anda nak kerja kerajaan sedangkan kerja swasta menawarkan gaji yang lebih tinggi?
  5. Apa awak akan buat kalau saya gagalkan temuduga awak ini
  6. Kenapa awak mesti diterima bekerja di sini

Mengikut pemerhatian, soalan-soalan ini memang ditanya kepada beberapa calon. Tujuan soalan sebegini ditanya bukanlah untuk memberi jawapan bahawa calon tidak lulus temuduga atau tidak sesuai dengan jawatan, tetapi sebaliknya untuk menguji calon.

Dengan jawapan yang betul diberikan oleh calon, tidak mustahil calon akan diterima kerja!

CARA JAWAB SOALAN PSYCHO

Macam mana nak jawab soalan pscho ni? Jika dilihat balik soalan-soalan itu nampak macam tidak ada harapan mendapat jawatan yang dipohon. Tapi sebenarnya anda masih mempunyai harapan yang cerah dengan sediakan jawapan yang terbaik!

Apa Yang Calon Perlu Lakukan?

Apa yang perlu calon lakukan jika dapat soalan psycho adalah jangan mengeluh atau putus harapan. Fikirkan jawapan yang sesuai. Jangan sesekali diam walaupun anda terkedu. Apa yang perlu anda lakukan adalah nyatakan bahawa anda tidak bersetuju atau tolak cadangan yang dinyatakan.

Nyatakan bahawa anda memang berminat dengan jawatan tersebut dan ceritakan pengalaman-pengalaman kerja yang ada kaitan dengan jawatan itu. Boleh juga anda nyatakan Sebab Anda Layak Dengan Jawatan Dipohon.

CONTOH JAWAPAN

Antara contoh jawapan bernas yang boleh anda gunakan untuk soalan psycho adalah seperti berikut.

Jika panel menyatakan mereka berasa anda tidak layak atau mencadangkan anda memohon jawatan lain, guna jawapan ini:

Saya betul-betul berminat dengan jawatan ini, sebab itu saya mohon, cuba belajar dan mendalami ilmu berkaitan jawatan ini. Semasa exam saya buat sehabis baik dan bila dapat temuduga kali ni saya memang berharap sangat saya diterima bekerja dalam KKM sebagai PPK.

Jika panel menyatakan bahawa kelulusan anda terlalu tinggi untuk jawatan dipohon, cuba guna jawapan ini:

Saya tak kisah pun jawatan ini lebih rendah dari kelulusan saya. Saya lebih suka belajar dari bawah untuk lebih faham tentang sesuatu dan banyak perkara yang boleh saya belajar.

Berikut adalah contoh jawapan yang telah dikongsikan oleh calon lepas yang ditanya soalan psycho dan berjaya lulus temuduga.

Untuk peringatan calon, jika panel menyatakan anda tiada harapan nak lulus tidak bermaksud anda betul-betul tiada harapan. Dengan usaha dan persediaan yang baik tidak mustahil anda akan diambil kerja. Jangan mudah putus harapan hanya disebabkan soalan yang diberikan oleh panel.

Walau apa pun jenis soalan yang ditanya, pastikan anda jawab dengan penuh yakin.

Semoga bermanfaat!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.