Portal Jawatan Kosong Terkini

Bila Calon Akan Dipanggil Untuk Temuduga Selepas Mohon Jawatan Dalam SPA9?

0 938

Bekerja dalam Perkhidmatan Awam sememangnya impian setiap orang. Namun nak dapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengikuti ujian dan temuduga bukan satu perkara yang mudah dan bukan semua orang berpeluang untuk mendapat tawaran ini.

Persoalan yang sering ditanya oleh calon adalah berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temuduga selepas proses pendaftaran jawatan di sistem SPA9?

Maklumlah, setiap calon pasti sentiasa tertunggu-tunggu keputusan panggilan. Dapatkan jawapannya di perkongsian bawah.

MASA DIAMBIL UNTUK PANGGILAN TEMUDUGA SELEPAS MOHON JAWATAN

Untuk makluman anda,

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan

Hanya pemohon yang melepasi tapisan semasa sahaja akan dipanggil oleh SPA bagi menghadiri ujian/ temuduga berdasarkan jawatan yang dipohon.

Secara ringkasnya, calon hanya akan dipanggil temuduga jika terdapat kekosongan jawatan sahaja pada masa-masa tertentu dan memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon.

DAH LAMA MENDAFTAR, TETAPI TIDAK DIPANGGIL TEMUDUGA?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temuduga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti:

  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA

Semua permohonan yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temuduga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.

Namun, calon perlu pastikan permohonan jawatan adalah tidak melepasi tarikh luput iaitu setahun daripada tarikh permohonan.

Semoga bermanfaat!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.