Portal Jawatan Kosong Terkini

Lebih 36 Ribu Mohon Jawatan Guru One Off, Temuduga Bermula Hujung Ogos

1 4,188

Khas buat semua yang memohon kekosongan jawatan Guru One Off MySPP berikut merupakan hebahan umum terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Untuk makluman semua pemohon Guru SPP, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menerima permohonan melebihi dua (2) kali ganda cadangan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘One Off’ melalui portal mySPP sehingga tarikh tutup pada 21 Julai 2021.

Buat masa ini, SPP sedang dalam proses menyemak permohonan yang diterima, di mana daripada jumlah keseluruhan tersebut terdapat lebih 36 ribu adalah permohonan daripada graduan dan bakal graduan yang memiliki Ijazah atau Diploma dalam bidang Pendidikan.

Berdasarkan hebahan terkini SPP, pelaksanaan temu duga bagi urusan pengambilan ini dijangka bermula pada hujung bulan Ogos 2021.

Jadi di minta semua calon Guru One Off untuk ikuti perkembangan pengambilan yang bakal dikemaskini dari masa ke semasa melalui portal SPP.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
1 Comment
  1. Azra Farhanah binti Zahini says

    Macam mana ye nak mohon untuk kekosongan guru ni

Leave A Reply

Your email address will not be published.