Tips Baru Dan Mudah Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview
Mungkin anda mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di hadapan penemuduga. Tetapi anda perlu mempunyai cara yang unik serta lain daripada orang lain agar menarik minat penemuduga untuk mendengar jawapan anda.
Malahan, anda perlu memperkenalkan diri dengan cara yang teratur agar jawapan yang diberikan tidak berulang-ulang atau ada yang tertinggal ketika menjawabnya.
5 Tips Mudah Memperkenalkan Diri
Untuk memperkenalkan diri anda dihadapan penemuduga, anda boleh ikuti 5 tips yang dikongsikan ini seperti :
1. Nyatakan Nama, Umur, Status Diri
Untuk pertama sekali, sebutkan nama penuh anda serta nama panggilan, umur dan status diri anda. Status ini ialah sama ada anda masih bujang atau sudah berkahwin.
2. Latar Belakang Pendidikan
Pada bahagian ini, ceritakan dimana anda belajar. Tetapi ingat, jangan pula anda ceritakan tempat anda sambung belajar dari zaman tadika pula. Ringkaskan dengan pendidikan menengah dan pendidikan terakhir anda. Sebutkan nama institusi, tahun bergraduan dan jenis kelulusan.
3. Pengalaman Kerja
Mengapa perlu ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja anda? Ini kerana jawapan anda berkaitan pengalaman kerja ini terdapat 3 faktor utama untuk menarik perhatian majikan seperti :
- Majikan dapat menyemak kelayakan anda sepadan dengan kehendak mereka.
- Adakah anda mempunyai pengalaman yang dikehendaki majikan?
- Adakah kemahiran dan pengalaman anda sesuai dengan kehendak majikan?
Jadi, pastikan pengalaman anda sepadan dengan jawatan yang dipohon agar ia memenuhi kehendak majikan kerana mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.
4. Pencapaian Yang Diperoleh
Jika anda pernah terlibat dengan projek yang diberikan oleh majikan sebelum ini walaupun tugasan yang anda lakukan adalah sekecil-kecil tugas, sila ceritakan serba ringkas kepada penemuduga.
Tidak pernah terlibat dengan sebarang projek besar dalam syarikat? Jika tiada, ceritakan tugasan harian yang paling penting dan paling utama anda lakukan sehingga membantu kelancaran syarikat.
5. Kesesuaian Dengan Jawatan Yang Dipohon
Pada bahagian ini, cakap dengan yakin bahawa anda adalah seorang yang boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan anda. Tetapi tidak perlu over confident dan melebih-lebih sehingga merosakkan pandangan penemuduga kepada anda.
Cara Untuk Mudah Menjawab Soalan Temuduga
Untuk memudahkan anda menajwab soalan-soalan penemuduga, apa yang perlu anda lakukan ialah :
- Sentiasa membuat latihan menyoal dan menjawab soalan-soalan yang kemungkinan akan ditanya ketika temuduga nanti. Ingin tahu contoh-contoh soalan temuduga? Klik sini dan buat latihan untuk membina keyakinan diri anda.
- Ketika menjawab soalan ini, cuba ringkaskan dan padatkan jawapan anda sebaik mungkin. Seeloknya jawab soalan ini tidak melebihi 10 minit. Anda juga boleh rujuk sini untuk ketahui cara memperkenalkan diri.