Portal Jawatan Kosong Terkini

Cara Mohon 2196 Kekosongan Pembantu Tadbir N19 Buat Lepasan SPM Melalui SPA

0 865

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian kesihatan Malaysia (Semenanjung) kini membuka peluang kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) khas buat lepasan SPM/SKM dan setaraf.

Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan info lanjut jawatan yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: JPA & KKM
  • Jawatan: Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N19
  • Lokasi Kekosongan: Semenanjung Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Januari 2021 (Ahad)
  • Bilangan Kekosongan: 2196

SYARAT LANTIKAN

Calon lepasan SPM yang memenuhi syarat lantikan berikut adalah dialu alukan untuk memohon jawatan:

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

 

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/Setaraf . Pilih jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi Gred N19) di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN

Rujuk iklan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operani Gred N19) seperti yang ditawarkan:

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.