Portal Jawatan Kosong Terkini

Elak Guna 8 Jenis Gambar Ini Di Profile LinkedIn Anda

0 669

Jika anda berhasrat untuk mencari kerja melalui LinkedIn, first impression bakal majikan terhadap profil LinkedIn anda sangatlah penting. Bagi yang memiliki kerjaya profesional, anda perlu memastikan profil LinkedIn anda pada tahap yang bagus dan gambar adalah perkara penting yang wajib anda tahu jaganya. Jangan main letak sahaja!

Untuk pengetahuan anda, LinkedIn tidak akan mempamerkan gambar anda jika ada meletakkan gambar yang tidak profesional. Dalam memuat naik gambar dalam profil LinkedIn juga ada syaratnya. Contohnya gambar yang tidak menampakkan bahagian muka, LinkedIn tidak akan mempamerkannya.

Ingat, LinkedIn bukan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ya! Berikut adalah 8 jenis gambar yang perlu anda elakkan daripada letak di profil LinkedIn anda.

8 JENIS GAMBAR YANG PERLU DIELAKKAN LETAK DI LINKEDIN

1. Gambar Penuh

Anda tidak perlu pun meletakkan gambar penuh dari kepala hingga ke kaki. Cukuplah sekadar menampakkan muka sehingga atas dada sedikit seperti mana gambar passport anda. Elakkan juga gambar yang mempamerkan profile yang tidak senonoh.

2. Gambar Separuh Badan/Muka

Jangan sesekali crop bahagian muka anda untuk gambar profil tersebut. Pastikan muka anda penuh di dalam gambar tersebut. Ini akan menujukkan bahawa anda seorang yang serius dan sebahagian dari pengguna LinkedIn yang profesional.

3. Gambar Selfie Di Hadapan Cermin

Gambar seperti ini hanya sesuai untuk media sosial sahaja bukan di LinkedIn. Ini akan membuatkan anda nampak sangat amatur dan tidak matang dalam LinkedIn, tak kiralah kalau anda memakai baju jenama Hugo Boss atau apa apa pun yang anda rasa hebat. Jangan salah platform!

4. Gambar Dengan Filter Yang Melampau

Kalau anda kurang berkeyakinan tanpa filter, ambillah filter yang biasa dan tidak terlalu ketara sahaja. Kalau boleh tak perlu gunakan apa apa filter pun, sekiranya untuk LinkedIn. Bakal majikan dan klien anda ingin melihat wajah anda yang sebenar, bukannya kerana filter.

5. Gambar Yang Menunjukkan Anda Tertekan

Jangan sesekali muat naik gambar profil anda dengan menunjukkan muka anda yang anda sedang tertekan atau emosional. Lagi baik jika anda muat naik gambar yang menunjukkan anda gembira dan senyum. Apa yang anda perlukan cumalah senyuman untuk pesaing anda untuk menampakkan anda yakin dan bersemangat kuat. Itu yang penting.

Jangan pula gambar anda gembira seperti menang cabutan bertuah!

6. Gambar Yang Blur

Jika anda hanya ada gambar yang blur sebagai pilihan, anda boleh edit gambar anda dengan menggunakan ‘Sharpening’ di Photoshop. Sekiranya gambar itu masih tidak bagus dan tidak jelas, lebih baik disarankan untuk tukar sahaja dengan gambar yang lebih baik.

7. Gambar Bersama Haiwan

Peringatan penting! Jangan sesekali muat naik gambar anda dengan haiwan peliharaan anda, melainkan anda seorang veterinar. Tak kiralah macam mana anda suka dan sayang haiwan anda, LinkedIn bukanlah tempat yang sesuai. Cuma gambar anda yang penting.

8. Gambar Tanpa Muka/Gambar Bayang-bayang

Gambar seperti ini membuatkan kita nampak pelik dan kurang keyakinan dalam diri sendiri kerana kelihatan bersembunyi disebalik nama sendiri.

Anda akan rugi kerana tidak meletakkan gambar anda. LinkedIn sendiri pernah mengatakan bahawa sekiranya anda meletakkan gambar anda sendiri, pengguna lain akan 7 kali lebih tertarik dengan profil anda. Jadi tak perlulah gunakan gambar default LinkedIn (bayang bayang sahaja) sebagai gambar profil anda.

Sekian sahaja 8 jenis gambar yang anda tidak patut muat naik di profil LinkedIn anda. Jika anda dapati anda melakukan salah satu kesalahan seperti di atas, tukarlah dengan segera. Semoga tips ini mampu membantu anda menjadikan profil anda kelihatan lebih profesional. Selamat maju jaya!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.