Portal Jawatan Kosong Terkini

Gred Hakiki Dengan Gred KUP Apakah Perbezaannya? Ramai Yang Keliru.

0 2,001

Walaupun sudah bertahun-tahun kerja sebagai penjawat awam, namun masih ramai yang sebenarnya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) dan apakah perbezaannya dengan jawatan hakiki.

Sedangkan penjawat awam yang menyandang jawatan tersebut sendiri pun tidak tahu, inikan pula orang awam! Jadi untuk menambahkan pengetahuan semua, ketahui perbezaan antara kedua jawatan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk keterangan lanjut perbezaan antara Jawatan KUP dan Jawatan Hakiki.

GRED KUP

KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu itu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawa juga gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Ini bermaksud jika Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP) berpindah ke mana-mana sekolah sekali pon jawatan sebagai Guru Cemerlang tetap akan kekal dengan gred DG48(KUP)

GRED HAKIKI

Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan. Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred Hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tersebut masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau mereka nak pindah juga, mereka kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.

Contoh jawatan lain yang guna Gred Hakiki adalah Guru Tingkatan 6, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan, Pengetua dan lain-lain jawatan yang lebih tinggi.

PERBEZAAN PENCEN ANTARA KUP DAN HAKIKI

Persoalan mengenai pencen juga sering menjadi tanda tanya. Antara soalannya adalah:

“Jika Guru Cemerlang DG48 (KUP) diberi jawatan Guru Kanan DG44 (Hakiki) akan terima gaji untuk yang mana satu?”

Untuk persoalan ini, jawapannya adalah gaji berdasarkan gred yang disandang pada gred DG48.. Pengisian pula tertakluk kepada kategori tempat yang diisi. Contohnya jika guru di sekolah Gred penyandang ialah 48 KUP tetapi isi untuk gred 41 dan sekolah adalah post sehingga 54, guru tersebut akan terima gaji mengikut 48 KUP.

Persoalan kedua adalah:

“Ada beza tak jika pencen dengan gaji Hakiki atau gaji KUP?”

Untuk makluman anda, pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji terakhir yang diterima. Tiada kaitan dengan gred KUP atau Hakiki. Istilah KUP ini merujuk kepada kaedah penempatan dan kenaikan pangkat,

Semoga perkongsian di dapat menjawab segala persoalan anda berkaitan gred jawatan KUP dan Hakiki.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.