Portal Jawatan Kosong Terkini

Soalan Temuduga Yang Mencabar Dan Anda Perlu Berhati-hati Ketika Menjawab. Kami Senaraikan 5 Soalan Sebagai Panduan Anda

Setiap calon yang akan menghadiri temuduga pasti akan membuat persiapan dari segi persediaan jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga. Untuk peringatan semua, jangan terlalu berharap soalan yang anda hafal akan sepenuhnya ditanya nanti.

Tak salah nak hafal jawapan, tetapi jangan terlalu hafal sehinggakan tak tahu nak jawab soalan lain. Sebenarnya ada beberapa soalan temuduga mencabar yang kerap ditanya semasa temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 7 soalan temuduga mencabar yang sering ditanya.

5 SOALAN TEMUDUGA MENCABAR

1 Mengapa anda tidak bekerja dalam tempoh ini?

Setiap penemuduga pasti akan membaca sekali impas resume yang anda hantar sebelum saat temuduga sebenar tiba. Perkara yang paling diambil perhatian adalah pada bahagian pengalaman kerja. Sekiranya mereka mendapati terdapat kekosongan pada tahun tertentu, pasti mereka ingin tahu apa yang anda lakukan pada tempoh tersebut.

Jangan tersalah langkah, jangan pula anda cakap anda tidak melalukan apa-apa. Jawapan ini hanya akan menampakkan diri anda sebagai seorang yang pemalas dan tiada usaha untuk bekerja atau melakukan sesuatu.

Contoh jawapan

“Untuk pengetahuan tuan, pada tempoh kekosongan tersebut, saya tidak bekerja kerana menyambung pengajian di universiti. Sepanjang tempoh pengajian, saya memperolehi banyak pengalaman dan mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran”

2 Apa yang anda suka dan tidak suka dengan kerja sebelum ini?

Jika ditanya soalan begini, pastikan anda jaga intonasi suara anda. Sama ada anda suka atau tidak pada pekerjaan lama, jangan sesekali  berbicara hal negatif tentang syarikat lama. Kadang-kadang penemuduga saja nak “pancing” anda dengan memulakan perbualan mengenai soalan negatif. Jangan sesekali terpedaya, walau apa pun jenis soalan pastikan anda fokus kepada benda-benda positif sahaja.

Contoh Jawapan

“Banyak kelebihan dan pengalaman yang saya peroleh ketika bekerja di syarikat lama. Majikan merupakan seorang yang sentiasa bertolak ansur dan memberi tunjuk ajar kepada saya sekiranya saya diberikan tugasan yang tidak pernah dilakukan. Secara tidak langsung, pelbagai ilmu dan kemahiran baru yang saya peroleh di syarikat tersebut.”

3 Siapakan staf yang terbaik dan tidak di syarikat lama

Anda ada simpan dendam dengan staf lama? Jangan terus menjawab dengan penuh emosi dan jangan jadikan temuduga tempat anda luah perasaan. Soalan ini ditanya kerana penemuduga nak lihat personaliti anda sama ada anda seorang yang mudah bekerja dengan orang ataupun tidak.

Contoh Jawapan

“Saya sangat berterima kasih kepada rakan sekerja dan pengurus saya kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh melakukan pelbagai tugasan dengan baik. Rakan sekerja sentiasa memberi semangat untuk saya hadir bekerja. Semua rakan sekerja saya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memberi semangat.”

4 Apakah yang kamu harapkan daripada majikan anda?

Penemuduga ingin tahu apakah anda harapkan daripada seorang majikan apabila bekerja. Nyatakan perkara yang positif sahaja berbanding hal-hal negatif. Namun, jangan pula anda menyatakan anda mengharapkan  majikan anda naik gaji atau sebagainya.

Contoh Jawapan

“Apa yang saya harapkan adalah majikan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya agak prestasi kerja saya semakin baik dan berada pada landasan yang betul. Ini kerana saya sangat minat cara kerja majikan saya yang sentiasa up to date dan seiring dengan cara kerja pada masa kini.”

5 Berapakan anggaran gaji yang anda harapkan?

Nampak mudah kan soalan ni? Tersilap langkah, gagal lah temuduga anda! Jangan main jawab sahaja bab gaji ini. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu. Bagi anggaran gaji yang logik. Tidak salah nak meminta gaji lebih daripada yang ditawarkan sekiranya anda mempunyai kepakaran atau pengalaman yang tidak ada pada orang lain.Yang penting sekali yakinkan penemuduga bahawa berbaloi jika ambil anda bekerja.

Contoh Jawapan

“Berdasarkan pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dalam bidang ini, saya mohon gaji sebanyak RM4,500 sebulan kerana kepakaran yang saya ada diiktiraf oleh agensi yang berkaitan dan saya bersedia untuk berunding mengenai hal ini.”

Jika anda merupakan fresh graduate, jangan sesekali demand gaji anda! Terima sahaja gaji yang ditawarkan memandangkan anda masih tiada pengalaman dalam bekerja. Ingat, setiap orang yang berjaya pasti bermula dari bawah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Kerja Bagus, Tapi Pengalaman Kurang! Cuba Praktikkan Tips Ini