Portal Jawatan Kosong Terkini

Jangan Over Friendly Masa Interview Sehingga Kantoikan 6 Perkara Ini Kepada Penemuduga

0 298

Jangan Terlebih Ramah Ketika Temuduga Sehingga Terbongkar 6 Perkara Ini Pada Penemuduga

Anda mungkin terlalu yakin dan terlalu ramah sehingga terlupa bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak perlu di nyatakan ketika menjawab soalan temuduga anda.

Sebelum itu. ketahui beberapa tips yang sesuai untuk anda amalkan sebelum. semasa dan selepas temuduga dengan klik disini sahaja.

Jangan Bongkar 6 Perkara Ini Pada Penemuduga

Berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada penemuduga anda dan jangan bongkarkan 6 perkara ini kepada mereka :

1. Soal Gaji

Walaupun soal gaji sangat penting bagi seseorang pekerja, namun anda jangan sesekali menyebutnya ketika menjawab soalan penemuduga. Ingat, majikan lebih tahu berapakah gaji yang sesuai untuk anda terima dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri mengenai gaji anda.

2. Bercerita Mengenai Masalah Kewangan Anda

Setiap majikan tidak peduli tentang masalah kewangan anda. mungkin benar anda mempunyai masalah kewangan ketika itu, tetapi jangan terlalu jujur sehingga nampak anda seolah-olah mendesak mereka untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda. Akibatnya, majikan melihat anda sebagai seorang pekerja yang hanya bekerja kerana duit dan akan berhenti pada bila-bila masa setelah semua masalah selesai.

3. Mohon Banyak Pekerjaan

Tidak salah sekiranya anda memohon pelbagai jenis pekerjaan. Tetapi elakkan daripada bercerita perkara ini kepada penemuduga. Diingatkan juga supaya tidak menceritakan kepada penemuduga bahawa anda ada memohon atau menunggu pekerjaan lain dalam pada masa yang sama. Mungkin kejujuran anda akan menyebabkan majikan memandang negatif terhadap jawapan anda.

4. Anda Sering Diburu Oleh Majikan Lain

Tahulah bahawa anda mempunyai kemahiran yang tidak ada pada orang lain. Tetapi tidak perlu anda ceritakannya pada penemuduga. ini menyebabkan majikan risau untuk menawarkan anda untuk mengisi kekosongan jawatan kerana anda terlalu ramai ‘peminat’ dan bakal tidak kekal bekerja di syarikat tersebut.

5. Banyak Menolak Tawaran Lain

Sekiranya anda disoal mengenai, “Adakah anda ditawarkan pekerjaan di syarikat lain?’, jawab dengan berhati-hati. Tidak perlu terlalu jujur dengan menyatakan. “Ya, saya menolak banyak tawaran kerja yang lain semata-mata untuk bekerja disini”. Tahukah anda, jawapan ini akan menyebabkan majikan menganggap anda tidak serius dalam sesuatu pekerjaan mungkin anda juga akan menolak tawaran daripada mereka.

6. Membezakan Pekerjaan

Anda tidak perlu membeza-bezakan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain serta syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut kerana setiap syarikat atau pekerjaan itu sendiri mempunyai caranya yang tersendiri. Berhenti untuk membuat perbandingan kerana anda sedang memohon pekerjaan di syarikat tersebut.

Ingin dapatkan pekerjaan sebelum konvo? Amalkan 3 cara mudah ini dan anda terus mendapat pekerjaan sebelum tamat belajar. Selamat mencuba.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.