Ultimate magazine theme for WordPress.

Jenis-jenis Bidang Kejuruteraan Yang Ada Dan Peluang Kerjaya

0 13

Selain daripada kerjaya sebagai seorang doktor, jurutera juga merupakan antara kerjaya popular yang sering menjadi sebutan dan idaman pelajar-pelajar sekolah semasa mencari kerjaya yang sesuai buat mereka. Namun tak semua tahu jenis bidang-bidang dalam kejuruteraan yang ada dan peluang kerjaya dalam bidang ini.

Bukan sahaja pelajar sekolah, ada juga pelajar universiti yang masih keliru jenis bidang ini. Ada yang menganggap semua bidang dalam kejuruteraan ini sama sahaja. Sebenarnya salah, setiap bidang kejuruteraan adalah berbeza, peluang kerjaya juga berbeza!

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis bidang kejuruteraan yang ada dan peluang kerjaya dalam bidang ini, ikuti perkongsian di bawah.

APA ITU KEJURUTERAAN?

Kejuruteraan adalah satu perniagaan. Perniagaan wujud disebabkan ada permintaan. Semakin tinggi permintaan, sesebuah syarikat pun semakin banyak dapat projek dan untuk siapkan projek akan memerlukan pekerja dengan tugas dan kepakaran yang tersendiri.

Contohnya untuk projek membina rumah bandar baru, sudah tentu dalam bandar tersebut perlu dibina kemudahan seperti bangunan, jalanraya, sistem pengairan, sistem pengagihan elektrik, stesen minyak dan fasiliti lain-lain. Pembinaan semua itu memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan yang berbeza-beza

JENIS BIDANG KEJURUTERAAN & KERJAYA

Bidang kejuruteraan terbahagi kepada 4 cabang utama iaitu Civil Engineering, Electrical Engineering, Mechanical Engineering dan Chemical Engineering.

Kejuruteraan Sivil (Civil Engineering)

Civil Engineering atau Kejuruteraan Sivil Ini fokus kepada tugas berkaitan rekabentuk,  membina dan selenggara bangunan dan infrastruktur seperti jalanraya, lebuhraya, terowong, landasan keretapi, jambaran, jejantas, sistem pengairan, empangan dan lain-lain

Kerja dalam bidang ini berhadapan dengan faktor-faktor seperti cuaca, bentuk muka bumi, kekuatan tanah, pihak berkuasa tempatan dan orang awam. Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya seperti objek-objek yang jatih dari tempat tinggi, bahan atau peralatan yang tidak disimpan atau dikendalikan dengan betul.

Peluang Kerjaya Dalam Civil Enginnering:

  • Civil Engineer,
  • C&S Engineer,
  • Site Engineer,
  • Site Supervisor,
  • COW atau Clerk of Works,
  • Safety Officer,
  • Planners,
  • M&E Engineers,
  • General Workers
  • Dan sebagainya.

Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)

Kejuruteraan Elektrik pula focus kepada rekabentuk, membangunkan, menguji dan memantau kerja-kerja membuat atau menyelenggara sistem serta peralatan elektrikal. Antara perkara dalam kehidupan seharian berkaitan kejuruteraan elektrik adalah bekalan elektrik, sistem penghantaran elektrik, sistem pengagihan elektrik, control system, electronic devices, semiconductor dan computer.

Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah kepada renjatan elektrik yang mengancam nyawa.

Peluang Kerjaya Dalam Kejuruteraan Elektrik:

  • Electrical Engineer,
  • M&E Engineer,
  • Automation Engineer,
  • System Engineer,
  • Chargeman, Wireman,
  • Electrician
  • Dan sebagainya

Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)

Mechanical Engineering pula focus kepada rekabentuk, membangunkan, memasang, menguji dan selenggara sistem atau peralatan mekanikal.

Contoh dalam kehidupan seharian seperti enjin kenderaan, sistem paip, tangki, pump, compressors, blowers, pendingin hawa, sistem melawan kebakaran, mesin kilang, pembuatan besi dan lain-lain. Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah pada bahaya akibat kegagalan mesin, kecuaian dan kesilapan pada sistem mekanikal tersebut.

Peluang kerjaya Dalam Kejuruteraan Mekanikal:

  • Mechanical Engineer,
  • Automotive Engineer,
  • Maintenance Engineer,
  • Design Engineer,
  • Mechanical Supervisor,
  • Boilerman, Technician,
  • Fitter, Welder,
  • Foreman,
  • Inspector
  • Dan sebagainya

Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)

Chemical Engineering pula focus kepada rekabentuk, memasang, selenggara dan memantau sistem pengeluaran atau penghasilan produk-produk kimia. Lebih focus kepada pemprosesan contoh macam proses minyak mentah, gas asli, ammonia, acrylic monomers, alcohols, butanediol, acid, aroma ingredients dan sebagainya. Oil & Gas atau Petroleum juga termasuk bawah kategori Chemical Engineering ini.

Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah kepada bahaya bahan kimia yang bersifat menghakis, mudah terbakar, meletup, merosakkan sistem pernafasan dan lain-lain.

Peluang Kerjaya Dalam Chemical Engineering:

  • Chemical Engineer,
  • Process Engineer,
  • Production Engineer,
  • R&D Engineer
  • Dan sebagainya

KAITAN 4 BIDANG KEJURUTERAAN INI

Adakah keempat-empat bidang kejuruteraan ini ada kaitan antara satu sama lain? Jawapannya adalah, YA ada kaitan. Contohnya natural gas di Malaysia ini.

  1. Telaga minyak digali di tengah laut untuk keluarkan natural gas. Ini melibatkan kejuruteraan Petroleum.
  2. Kemudian natural gas tu akan mengalami proses separation, sweetening, dehydration, removal of heavy hydrocarbon, liquefaction sampai ke onshore terminal akan mengalami regasification pula. Ini melibatkan kejuruteraan kimia
  3. Komponen-komponen yang terlibat dengan penghasilan, proses dan penghantaran natural gas sehingga ke stesen janakuasa seperti piping, valves, compressors, pumps, storage tank, pipeline, turbine dan lain-lain melibatkan kejuruteraan mekanikal
  4. Bila natural gas sudah sampai di stesen janakuasa, pusingkan turbine, pusingkan generator hasilkan tenaga elektrik, kemudian tenaga elektrik dinaikkan voltan oleh step-up transformer lalu Sistem Grid Nasional, sistem agihan elektrik, pencawang dan lain-lain melibatkan kejuruteraan elektrikal
  5. Sepanjang nak hantar tenaga elektrik melalui Sistem Grid Nasional sampai kepada industri dan pengguna, memerlukan infrastruktur seperti Pylon atau kita panggil tiang elektrik tinggi besar itu melibatkan kejuruteraan awam

Nampak tak kaitan keempat-empat bidang tersebut? Semoga perkongsian ini dapat memberikan maklumat yang lengkap berkaitan bidang kejuruteraan yang ada beserta tugas-tugas setiap bidang ini. Bagi pelajar SPM yang berhasrat untuk sambung pengajian dalam bidang ini, pastikan anda yakin dengan diri anda untuk minat dengan bidang tugas ini.

Selamat maju jaya!

Sumber

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.