Portal Jawatan Kosong Terkini

Kenapa Nama Calon Temuduga Disenarai Hitam Oleh Syarikat? Berikut Adalah 3 Kesalahan Utama Yang Dilakukan Calon

Pernah terfikir tak sedikit tindakan anda yang anda fikirkan tiada apa-apa itu boleh menyebabkan nama anda kena blacklist terus oleh majikan? Akibatnya, selepas ini jika anda mohon kerja di syarikat yang sama lagi mereka sudah tidak pandang resume anda.

Ingat, setiap tindakan calon temuduga pasti akan dikenang oleh penemuduga dan majikan. Sebab itulah penting untuk calon jaga tingkah laku walaupun belum diterima kerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kesalahan yang boleh menyebabkan nama anda kena blacklist oleh majikan.

3 KESALAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN NAMA KENA BLACKLIST

1 Tidak Hadir Temuduga Tanpa Makluman

Tidak hadir apabila mendapat tawaran temuduga tanpa memaklumkan kepada pihak syarikat boleh menyebabkan anda akan disenaraihitam oleh syarikat serta bakal majikan anda. Sangat penting untuk anda maklumkan ketidakhadiran anda ke temuduga secara profesional.

Syarikat boleh bertolak ansur dan mereka mungkin akan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda hadir temuduga semua. Jika anda memang dah tak mahu hadir kerana sudah dapat tawaran kerja, anda boleh tolak tawaran dengan betul.

Baca: Cara Menolak Tawaran Temuduga Secara Profesional Dan Contoh Email Lengkap 

2 Tidak Membuat/ Menjawab Panggilan

Calon diam, senyap sunyi tanpa sebarang jawapan setelah menerima panggilan temuduga. Pihak syarikat sama sekali tidak tahu sama ada calon berminat untuk hadir temuduga atau tidak. Ada segelintir calon yang semangat setuju hadir temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan, tetapi tidak menghubungi semua wakil syarikat apabila lewat tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Anda digalakkan untuk buat persediaan lebih awal untuk hadir ke temuduga. Jika anda jangka akan mengalami kelewatan:

  • Hubungi wakil syarikat
  • Sebutkan nama anda
  • Jawatan yang dipohon
  • Masa temuduga
  • Nyatakan kelewatan anda 30 minit atau sebagainya

3 Lambat Memberi Respon

Mungkin ada sesetengah calon merasakan tidak mengapa jika respon lambat sedikit daripada tarikh yang ditetapkan. Majikan tidak menunggu anda untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikatnya.

Anda perlu maklumkan kepada syarikat setelah terima syarat/ emel panggilan temuduga. Jika boleh, dalam masa 3 hari anda perlu maklumkan kepada mereka bahawa anda dapat hadir atau tidak supaya pihak syarikat tidak membuang masa untuk mengatur sesi temuduga anda.

Jangan pula dah 5 minit nak mula temuduga baru anda nak maklumkan bahawa anda tidak dapat hadir. Percayalah, anda akan terus ditolak!

Bila dah tahu kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan anda kena blacklist ini, pastikan anda elakkan daripada berlaku.

Semoga bermanfaat!