Portal Jawatan Kosong Terkini

Bolehkah Majikan Berhentikan Pekerja Serta Merta? Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Melalui Info Yang Kami Kongsikan

0 615

Pekerja dipecat tanpa sebab kukuh ini merupakan isu yang sangat penting kerana melibatkan hak pekerja ketika bekerja. Bagaimana rasanya jika anda baru bekerja hari ini, tiba-tiba esok majikan panggil ke pejabat dan menyatakan bahawa anda dipecat? Apa yang telah anda lakukan dalam sehari bekerja sehingga boleh diberhentikan?

Jika majikan itu sendiri tidak boleh beri alasan kenapa anda diberhentikan, sudah terang lagi bersuluh majikan itu memberhentikan anda dengan sengaja. Anda kena ingat, walaupun majikan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada kita, majikan tidak boleh sesuka hati memecat pekerja dengan sengaja atau tanpa alasan munasabah.

Ingat, kita hidup dalam negara yang ada undang-undang.

MAJIKAN TIDAK BOLEH BERHENTIKAN PEKERJA SERTA MERTA

Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja secara serta merta jika syarikat menghadapi masalah. Majikan juga tidak boleh memberhentikan pekerja tempatan untuk membolehkan pengambilan pekerja asing kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing. Ini bermaksud jika majikan mahu membuat pemberhentian pekerja, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan.

Kerajaan pasti akan bela pekerja tempatan. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000.

HAK PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN

Menurut Akta Kerja 1955 (Akta 265), pekerja juga boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan. Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya,

  • Majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.
  • Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara.
  • Pekerja yang diberhentikan majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.

Majikan tak semestinya sentiasa betul. Pekerja perlu berani mempersoalkan. Selagi anda merupakan seorang pekerja yang mengikuti undang-undang kat Malaysia ni, anda boleh membuat tuntutan termasuk jugalah warga asing yang bekerja di negara ini.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.