Portal Jawatan Kosong Terkini

[Cara Mohon] Iklan Jawatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

0 746
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk memohon pelbagai jawatan yang ditawarkan pada taraf kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service).

Permohonan boleh dibuat dengan minima kelayakan PMR/PT3. Graduan dan lepasan SPM juga dipelawa untuk mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya 30 Ogos 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara membuat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Jenis jawatan: Pelbagai
  • Taraf perkhidmatan: Kontrak untuk perkhidmatan
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2021

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan dan penempatan bagi setiap jawatan:

  • Eksekutif Pemasaran Kanan T41 – DBP Cawangan Sabah
  • Eksekutif Pemasaran T29 – DBP Hulu Kelang
  • Pembantu Eksekutif Pemasaran T22 – DBP Hulu Kelang
  • Pembantu Pemasaran Kanan T19
    – DBP Hulu Kelang dan
    – DBP Cawangan Sabah
  • Pembantu Eksekutif Kewangan TW19
    – DBP Cawangan Sabah dan
    – DBP Cawangan Sarawak
  • Pembantu Pemasaran T11
    – DBP Hulu Kelang dan
    – DBP Wilayah Timur

SYARAT LANTIKAN

Semak syarat lantikan dan kadar upah bagi setiap jawatan ditawarkan di bawah

CARA MOHON

Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut:

Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.

Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi nombor telefon atau emel berikut:

  • Tel: 03 21478331 (bantuan teknikal) / 03 21479346 (pertanyaan umum)
  • Emel: [email protected]
Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.