Portal Jawatan Kosong Terkini

Program Skim Latihan Kerja Untuk Graduan Anak Pahang

0 768

Berita baik buat graduan anak kelahiran Negeri Pahang yang masih mencari pekerjaan. Yayasan Pahang kini membuka tawaran Program Skim Latihan Graduan Anak Pahang kepada graduan yang masih belum bekerja.

Graduan anak Pahang berpeluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui skim latihan yang ditawarkan.

Sekiranya anda berminat dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mohon sekarang.

SYARAT KELAYAKAN

Graduan yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Graduan Anak Negeri Pahang Darul Makmur (Ditakrifkan sebagai salah seorang dilahirkan di Negeri Pahang sama ada Graduan/ Ibu/ Bapa)
  • Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur
  • Telah tamat pengajian dan masih belum bekerja
  • Mencapai CGPA 2.5 ke atas
  • Pengajian dalam bidang:
    – Pegawai Perunding Latihan: Ijazah Sarjana Mudah Bidang Pengurusan Perniagaan/ Sumber Manusia/ Kewangan/ Komunikasi Korporat atau kelulusan yang setara
    – Arkitek Lanskap: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap
    – Penganalisa Data: Ijazah Sarjana Muda Bidang Matematik/ Statistik/ Ekonomi/ Pemasaran

CARA MEMOHON SKIM LATIHAN

Sekiranya anda merupakan graduan yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk sertai skim latihan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat).

Hantarkan resume kepada pegawai Yayasan Pahang bertugas melalui alamat email berikut:

Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sebarang pertanyaan hendaklah melalui email sahaja melalui alamat email di atas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ikut perkembangan di laman Facebook Yayasan Pahang.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.