Ultimate magazine theme for WordPress.

Sample Soalan Temuduga Jururawat PSL/U29 & Jururawat Masyarakat

0 29
Berikut merupakan contoh soalan temuduga jururawat khas untuk persediaan temuduga jururawat & temuduga latihan jururawat. Calon temuduga jururawat PSL (Perlantikan Secara Latihan) juga boleh menggunakan contoh soalan jururawat ini.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA JURURAWAT PSL/U29/MASYARAKAT

Kerjaya jururawat juga merupakan salah satu kerjaya popular di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika ribuan permohonan diterima sebaik sahaja diumumkan pengambilan bagi jawatan ini. Untuk bergelar Jururawat, pemohon perlu melalui beberapa fasa tapisan sebelum layak untuk dipilih bagi menjawat jawatan Jururawat. Salah satu fasa yang sukar adalah temuduga. Ramai calon yang terkandas pada fasa ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa temuduga Jururawat agak sukar buat calon namun ini tidak bermaksud anda tidak boleh melakukannya. Tips untuk berjaya dalam temuduga Jururawat mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat persediaan yang rapi dan salah satu cara persediaan yang boleh anda lakukan adalah meneliti contoh-contoh soalan temuduga jururawat. Hal ini akan menyebabkan anda terbiasa dengan bentuk soalan di samping dapat menyediakan jawapan yang terbaik bagi soalan-soalan yang ditanya. Dalam artikel ini akan dikongsikan beberapa Contoh Soalan Temuduga Jururawat. Anda perlulah meneliti setiap daripada soalan ini kerana tidak mustahil beberapa soalan dalam artikel ini akan ditanya ketika temuduga kelak.

PEMBAHAGIAN SOALAN TEMUDUGA JURURAWAT

Soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga Jururawat nanti akan dipecah kepada beberapa bahagian seperti pengetahuan tentang jururawat, isu semasa berkaitan dengan Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Berikut merupakan pembahagian tersebut:
  • Latar belakang dan kelayakan calon.
  • Pengetahuan tentang dunia kejururawatan
  • Isu Semasa Berkaitan Kejururawatan
  • Dasar Kerajaan Berkaitan Kejururawatan

CONTOH SOALAN TENTANG LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan latar belakang serta kelayakan calon.
  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Mengapakah anda ingin memilih jururawat sebagai kerjaya?
  3. Adakah anda fikir anda layak untuk menjadi jururawat?
  4. Sejauh mana pengetahuan anda tentang bidang kejururawatan?
  5. Adakah anda betul-betul ingin menjadi jururawat?
  6. Apakah kelebihan yang ada pada diri anda sehingga menyebabkan kami harus memilih anda untuk menjadi jururawat?
  7. Mengapakah anda memilih pekerjaan sebagai jururawat sedangkan diri anda lelaki. Anda tahu bukan kerjaya ini sinonim dengan kaum wanita? (Untuk calon lelaki)
  8. Apakah pengalaman yang anda alami yang anda merasakan anda boleh untuk menjadi seorang jururawat?

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN TENTANG DUNIA KEJURURAWATAN

Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan dunia kejururawatan
  1. Berapakah kolej kejururawatan yang terdapat di Malaysia?
  2. Siapakah itu metron? Apakah tugasnya?
  3. Terangkan kepada saya tugas-tugas seorang jururawat.
  4. Apakah perbezaan antara klinik dan hospital?
  5. Apakah fungsi organ-organ dalam badan?
  6. Apakah itu penyakit kardiovaskular?
  7. Apakah penyakit terkini yang sedang popular?
  8. Bolehkah anda jelaskan kepada saya tentang 3 jenis tulang?
  9. Terangkan nama saintifik bagi jantung
  10. Bagaimanakah masa bekerja seorang jururawat?
  11. Apakah motto Kementerian Kesihatan Malaysia?

CONTOH SOALAN TENTANG ISU SEMASA BERKAITAN KEJURURAWATAN

Berikut merupakan contoh-contoh soalan tentang isu semasa berkaitan kejururawatan.
  1. Siapakah Menteri Kesihatan yang baharu?
  2. Siapakah nama Timbalan Menteri Kesihatan yang baharu?
  3. Apakah pandangan anda tentang isu terkini iaitu saranan Menteri tentang pemilikan insurans bagi hospital kerajaan?
  4. Apakah penyakit yang sedang popular ketika ini?
  5. Terangkan kepada saya apakah itu penyakit HFMD?
  6. Unifom rasmi jururawat di Malaysia telah menjadi isu yang hangat sebelum ini. Adakah anda bersetuju dengan unifom jururawat sekarang?

CONTOH SOALAN TENTANG DASAR KERAJAAN BERKAITAN KEJURURAWATAN

Berikut merupakan contoh-contoh soalan tentang dasar kerajaan berkaitan kejururawatan
  1. Sebutkan inisiatif yang diberikan kerajaan kepada rakyat yang berkaitan dengan kesihatan.
  2. Terangkan tentang dasar kesihatan negara.
  3. Adakah anda bersetuju jika Klinik 1 Malaysia dikekalkan di bawah pemerintahan kerajaan baharu hari ini?
  4. Adakah yang anda faham tentang dasar imunisasi melalui vaksin yang dijalankan oleh kerajaan?
  5. Pada pendapat anda, adakah dasar imunisasi melalui vaksin ini wajar diteruskan?
Diharapkan semoga dengan perkongsian contoh-contoh soalan temuduga kejururawatan ini dapatlah memberi anda manfaat terutama buat anda yang akan dipanggil temuduga untuk jawatan jururawat. Kami mendoakan kejayaan anda.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga kerja kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga jawatan kerajaan terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Leave A Reply

Your email address will not be published.