Temuduga Setiausaha Pejabat N29
Bagi anda yang mendapat temuduga bagi jawatan Setiausaha Pejabat N29, tahniah diucapkan. Anda boleh membuat persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mendapatkan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan ini.Deskripsi Tugas Setiausaha Pejabat N29
Antara deskripsi tugas Setiausaha Pejabat N29 ialah :- Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
- Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
Contoh Soalan Temuduga Setiausaha Pejabat N29
Anda boleh teliti soalan yang dikongsikan ini dan boleh membuat persediaan mendapatkan jawapan yang sesuai dan relevan untuk menghadapi temuduga : Soalan Umum- Ceritakan tentang diri anda.
- Apakah tugas seorang Setiausaha Pejabat N19?
- Senaraikan 5 rukun negara mengikut susunan yang betul.
- Siapakah Yang Dipertuan Agong yang terkini?
- Siapakah Ketua Setiausaha Negara terkini?
- Terangkan perbezaan antara Setiausaha Pejabat dengan Pegawai Tadbir.
- Apakah keistimewaan anda untuk dilantik menjawat jawatan Setiausaha Pejabat berbanding calon yang lain?
- Adakah anda boleh bekerja lebih masa sekiranya diminta oleh majikan?
- Terangkan maksud PENJANA dan 3 inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat.
- Ceritakan mengenai isu terkini yang melibatkan negara Malaysia serta pencapaian yang membanggakan anda.
- Mengapa anda memilih jawatan Setiausaha Pejabat sebagai karier anda dan adakah ianya berkaitan dengan bidang pengajian anda?
- Siapakah Perdana Menteri sekarang dan sebutkan namanya dengan betul.
- Mengapakah integriti sangat penting dalam budaya kerja sesuatu organisasi?
- Siapakah Setiausaha Kerajaan Negeri ini?
- Siapakah Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri ini?
- Berapakah DUN dan Perlimen negeri ini?
- Namakan ADUN yang akan disebutkan ini.
- Senaraikan isu terkini negeri ini.
- Apakah tarikan negeri ini berbanding negeri-negeri lain?
- Jika anda menjadi salah seorang orang yang terpenting dalam kerajaan Negeri ini, apakah penambahbaikan yang akan anda lakukan?