Portal Jawatan Kosong Terkini

Sample Soalan Temuduga Setiausaha Pejabat N29

0 1,103

Temuduga Setiausaha Pejabat N29

Bagi anda yang mendapat temuduga bagi jawatan Setiausaha Pejabat N29, tahniah diucapkan. Anda boleh membuat persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mendapatkan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan ini.

Deskripsi Tugas Setiausaha Pejabat N29

Antara deskripsi tugas Setiausaha Pejabat N29 ialah :
  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
  • Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Contoh Soalan Temuduga Setiausaha Pejabat N29

Anda boleh teliti soalan yang dikongsikan ini dan boleh membuat persediaan mendapatkan jawapan yang sesuai dan relevan untuk menghadapi temuduga : Soalan Umum
  1. Ceritakan tentang diri anda.
  2. Apakah tugas seorang Setiausaha Pejabat N19?
  3. Senaraikan 5 rukun negara mengikut susunan yang betul.
  4. Siapakah Yang Dipertuan Agong yang terkini?
  5. Siapakah Ketua Setiausaha Negara terkini?
  6. Terangkan perbezaan antara Setiausaha Pejabat dengan Pegawai Tadbir.
  7. Apakah keistimewaan anda untuk dilantik menjawat jawatan Setiausaha Pejabat berbanding calon yang lain?
  8. Adakah anda boleh bekerja lebih masa sekiranya diminta oleh majikan?
  9. Terangkan maksud PENJANA dan 3 inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat.
  10. Ceritakan mengenai isu terkini yang melibatkan negara Malaysia serta pencapaian yang membanggakan anda.
  11. Mengapa anda memilih jawatan Setiausaha Pejabat sebagai karier anda dan adakah ianya berkaitan dengan bidang pengajian anda?
  12. Siapakah Perdana Menteri sekarang dan sebutkan namanya dengan betul.
  13. Mengapakah integriti sangat penting dalam budaya kerja sesuatu organisasi?
Bagi anda yang dipanggil temuduga bagi jawatan Setiausaha Pejabat N29 peringkat negeri, contoh soalan temuduga yang akan ditanya ialah :
  • Siapakah Setiausaha Kerajaan Negeri ini?
  • Siapakah Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri ini?
  • Berapakah DUN dan Perlimen negeri ini?
  • Namakan ADUN yang akan disebutkan ini.
  • Senaraikan isu terkini negeri ini.
  • Apakah tarikan negeri ini berbanding negeri-negeri lain?
  • Jika anda menjadi salah seorang orang yang terpenting dalam kerajaan Negeri ini, apakah penambahbaikan yang akan anda lakukan?

Tips Mudah Lulus Temuduga

Untuk lulus temuduga dengan mudah, anda hanya perlu praktikkan beberapa persediaan seperti : 1. Dapatkan Sumber Rujukan Buat persediaan dengan mendapatkan sumber rujukan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 2. Sediakan Resume dan Sijil Sediakan resume dan sijil lebih awal sebelum anda hadir temuduga. Pastikan anda membuat salinan resume untuk diberikan kepada penemuduga. Pastikan sijil anda disusun dengan betul dan masukkan sijil yang penting sahaja ke dalam fail. 3. Buat Latihan Temuduga Berlatih membuat latihan temuduga dengan rakan anda supaya anda mendapat keyakinan untuk berhadapan dengan penemuduga. 4. Tepati Masa Sebagai seorang calon yang terbaik, pastikan anda hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan. Jangan hadir lewat dan hadir 10-30 minit awal untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika dalam perjalanan. 5. Penampilan Yang Menarik & Tidak Berlebihan Pastikan anda berpakaian dengan kemas kerana jawatan Setiausaha Pejabat N29 merupakan satu pekerjaan dimana anda akan berhadapan dengan ramai orang. Tampil bersih dan kemas . Pakai pakaian yang menepati kod etika pejabat dan pastikan tidak mejolok mata(calon wanita). Bagi calon lelaki pula, pastikan rambut anda pendek, kemas dan rapi. Jika anda mempunyai name tag, sila pakai ketika hari temuduga. Sekurangnya, penemuduga dapat lihat bahawa anda sangat bersungguh dan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan walaupun ketika menghadapi temuduga.

PANDUAN TEMUDUGA N29 KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.