Portal Jawatan Kosong Terkini

Untuk Panduan Calon SOP Temuduga Dan Ujian Fizikal SPA Sepanjang PKPP

0 858

SOP Temuduga Dan Ujian Fizikal SPA Sepanjang PKPP

Adakah anda merupakan calon temuduga dan ujian fizikal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malayia (SPA)? Jika ya, anda perlu mengikuti SOP yang telah diberikan sebelum anda hadir temuduga dan ujian fizikal yang akan dijalankan nanti.

Anda boleh baca dan teliti panduan SOP yang dikongsikan ini sebelum hadir temuduga anda dan patuhi panduan yang telah diberikan.

Kawalan Teras

Kawalan teras ini merangkumi :

  • Temu duga dan ujian fizikal secara bersemuka di pusat temuduga dan pusat ujian SPA, Kementerian dan Jabatan.
  • Anda perlu patuh dengan SOP PKPP iaitu memakai topeng muka, sanitasi tangan, check suhu badan dan penjarakan sosial sekurangnya 1 meter semasa menunggu dan semua aktiviti. Anda juga perlu menjaga jaga jarak sosial antara panel dan calon.
  • Panel temuduga, calon dan urus setia temuduga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

  • Calon tidak dibenarkan berhimpun di dalam pusat temuduga. Kehadiran calon ke pusat temuduga dan pusat ujian adalah mengikut masa yang ditetapkan.
  • Pengiring atau ahli keluarga tidak dibenarkan masuk di dalam pusat temuduga.

Arahan Tetap

  • Panel temuduga, calon dan urusetia temuduga mestilah bukan dari kumpulan PUI, PUS atau mempunyai gejala Covid-19.
  • Arahan serta panduan SOP ini adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan undang-undang yang berkaitan.

Tanggungjawab Calon Temuduga/Ujian Fizikal

Sebagai seorang calon temuduga/ujian fizikal, anda perlu menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi arahan seperti :

Sebelum Temuduga / Ujian Fizikal

  • Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing. Android / iOS
  • Anda perlu membawa alat tulis anda sendiri. Tidak digalakkan meminjam alat tulis orang lain.

Semasa Temuduga / Ujian Fizikal

  • Membuat saringan suhu badan dan gejala dilakukan di pintu masuk premis.
  • Calon yang mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak, selsema atau sesak nafas atau suhu badan yang melebihi 37.5° tidak dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk segera ke klinik kesihatan yang berdekatan.
  • Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau imbasan QR Code SPA di Kaunter Pendaftaran, pusat temuduga/pusat ujian. Calon yang tidak mempunyai telefon pintar perlu mendaftar kehadiran di buku log pendaftran yang disediakan.
  • Urusan pergerakan calon OKU di pusat temuduga akan dibantu oleh urusetia temuduga sehingga selesai.
  • Amalkan penjarakan sosial dan kebersihan tangan disepanjang sesi temuduga dijalankan.

Selepas Temuduga / Ujian Fizikal

  • Amalkan penjarakan sosial dan cuci tangan anda.
  • Beredar dari premis dengan kadar segera setelah urusan temuduga/ujian fizikal selesai.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan temuduga/ujian fizikal sepanjang PKPP ini, anda boleh hubungi SPA di saluran berikut :

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.