Kerjaya 2 Min Bacaan

[Panduan Bergambar] Step By Step Mohon Jawatan Guru KPM (Bukan Graduan Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan bukan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap bergambar mohon jawatan guru KPM.

Rujuk: Tarikh-Tarikh Penting Pengambilan Khas Guru KPM (Graduan Bukan Pendidikan)

STEP BY STEP MOHON PENGAMBILAN KHAS GURU KPM

Langkah 1

Pergi ke pautan https://mypdpp.moe.gov.my/ dan pergi ke bahagian LOG MASUK PERMOHONAN. Bagi yang belum pernah daftar, anda diminta untuk daftar terlebih dahulu dengan klik pada simbol yang dibulatkan.

Screenshot 2021 09 28 at 10.23.37 AM 750x381

Langkah 2

Isi semua maklumat pendaftaran yang diminta di ruangan yang disediakan. Maklumat ini akan digunakan untuk anda log masuk bagi buat permohonan. Tanda pada kotak yang disediakan dan klik Ya, Daftar Permohonan.

Screenshot 2021 09 28 at 10.25.07 AM 750x457

Langkah 3

ID anda telah didaftarkan. Klik LOG IN : MyPDPP.

Screenshot 2021 09 28 at 10.30.06 AM 750x155

Langkah 4

Masukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan tadi dan klik HANTAR untuk log masuk.

Screenshot 2021 09 28 at 10.30.55 AM

Langkah 5

Klik pada SEMAKAN KELAYAKAN

Screenshot 2021 09 28 at 10.32.03 AM 750x169

Langkah 6

Lengkapkan SEMUA maklumat di ruangan yang disediakan dan klik SIMPAN DAN TERUS PERMOHONAN. Pastikan anda klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang diisi.

Screenshot 2021 09 28 at 10.35.52 AM

Langkah 7

Pilih Bidang Pengajian sehingga 4 yang diberikan.Klik SIMPAN & TERUS PERMOHONANScreenshot 2021 09 28 at 10.47.51 AM 750x191

Nota: Sekiranya tiada sebarang pilihan yang keluar di ruangan tersebut, anda perlu semak semula ikhtisasi pengajian di laman sebelumnya. Pastikan juga anda SIMPAN semua maklumat yang telah diisi.

Langkah 8

Muat naik dokumen sokongan yang diminta. Scan dokumen mengikut susunan dan jadikan satu fail pdf. Beri nama fail tersebut dengan nama seperti no kad pengenalan.

Screenshot 2021 09 28 at 10.50.15 AM 750x417

Anda akan terima notifikasi seperti berikut:

Screenshot 2021 09 28 at 11.01.10 AM

Setelah buat permohonan, pastikan anda buat PENGESAHAN dan anda akan diberikan tarikh ujian UKCG. Sekiranya permohonan anda lengkap, PROFIL PEMOHON anda akan ditanda seperti berikut:

Cb68999e 9050 4985 8c1b 57a8e2e03a2f

Semoga bermanfaat!

Penulis / Editor

zeo