Setiap calon pasti berhasrat untuk lulus setiap temuduga yang dihadiri. Untuk lulus, pelbagai persiapan akan dilakukan dari segi pemakaian, susunan dokumen, masa dan sebagainya.
Namun, ramai yang tidak buat persiapan ketika hendak masuk ke bilik temuduga dan semasa hendak keluar dari bilik selepas temuduga.
Mungkin calon tidak tahu sebenarnya saat melangkah masuk ke bilik temuduga pun sudah ada markah dinilai! Silap langkah masuk ke bilik temuduga, markah mungkin boleh ditolak.
Walaupun nampak mudah, calon perlu tahu etika yang betul untuk masuk ke bilik temuduga dan mengundur diri selepas temuduga.
ETIKA MASUK KE BILIK TEMUDUGA
Berikut adalah langkah demi langkah masuk ke bilik temuduga:
1) Nama Akan Dipanggil
Baca juga: Gemuruh? Ini 9 Tips Untuk Lebih Tenang & Yakin Menghadiri Sesi Temuduga
2) Ketuk Pintu Bilik Temuduga
3) Pegang Dokumen Dengan Betul
4) Serahkan Dokumen Kepada Penemuduga
5) Tunggu Arahan Duduk
Langkah ke belakang berdekatan dengan kerusi anda. Tunggu sampai salah seorang daripada penemuduga bagi arahan DUDUK baru anda duduk. Jangan sesekali membelakangkan penemuduga.
Sesi temuduga akan bermula. Tunggu penemuduga bagi soalan bagi anda mulakan bicara.
ETIKA MENGUNDUR DIRI SELEPAS TEMUDUGA
1. Bangun & Berjalan Ke Depan
Setelah selesai sahaja sesi temuduga, bangun dengan cermat dan jalan ke hadapan penemuduga untuk mengambil fail anda dengan senyuman.
2. Ucapkan Terima Kasih
Saat anda mengambil fail dari penemuduga, pastikan anda senyum dan ucapkan terima kasih atas peluang temuduga dan masa mereka. Salam penemuduga tersebut (pastikan yang sesama jantina sahaja).
3. Langkah Ke Belakang Dan Keluar
Kemudian, langkah semula ke belakang dan jangan membelakangkan penemuduga tersebut. Jalan keluar daripada bilik temuduga tersebut dengan sopan. Macam mana anda masuk tadi, fail perlu dipegang di sebelah kiri peha. Jangan jalan sambil peluk fail.
Calon perlu ingat, penilaian tetap berjalan sehingga calon melangkah keluar daripada bilik temuduga. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadiri temuduga.
Selamat maju jaya!
Baca juga: Nak Lulus Temuduga Kerajaan, Jangan Sesekali Lupa Lakukan 6 Persediaan Wajib Ini