Portal Jawatan Kosong Terkini

Hati-Hati Bila Penemuduga Mulakan Menunjukkan 10 Jenis Bahasa Tubuh Ini

0 645

Pengetahuan tentang maksud bahasa tubuh sangat penting terutama sekali kepada calon temuduga. Hal ini kerana penemuduga selalunya bersikap profesional. Penemuduga tidak akan terus mengkritik anda secara terbuka contohnya seperti berkata “saya tidak suka cara kamu menjawab soalan saya.”

Penemuduga tidak akan sesekali berbuat demikian. Memanglah penemuduga akan sentiasa melemparkan senyuman buat anda kerana beliau menjaga etika profesionalnya. Pada masa yang sama, dalam senyumannya anda tidak tahu apakah yang sedang beliau fikir tentang anda.

Walaupun penemuduga tidak terus menzahirkan perasaannya secara terbuka terhadap anda namun sebenarnya anda boleh mengetahui apakah yang difikirkan oleh penemuduga tersebut terhadap anda melalui bahasa tubuh yang dilakukannya.

Dalam artikel ini akan dikongsikan maksud di sebalik bahasa-bahasa tubuh yang sering dilakukan oleh penemuduga. Pengetahuan ini penting untuk anda sentiasa berhati-hati ketika menghadapi temuduga.

Selain itu, dengan mengetahui maksud bahasa tubuh juga mampu menyelamatkan anda daripada tidak diterima semasa temuduga tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengetahui maksud bahasa tubuh bosan yang dilakukan oleh penemuduga, anda boleh menukar cara jawab soalannya dengan serta-merta. Berikut merupakan maksud-maksud di sebalik bahasa tubuh penemuduga terhadap anda.

CARA MENDAGU

Amat bahaya jika anda melihat penemuduga menongkat dagu dengan tapak tangannya (seperti dalam gambar). Penemuduga itu sebenarnya sedang menunjukkan reaksi bosan terhadap anda. Jadi, segeralah tukar gaya anda menjawab soalannya atau tukarlah cara anda memberi feedback kepadanya.

Berbeza pula jika penemuduga meletakkan satu jari di pipinya (seperti dalam gambar). Beliau sebenarnya berminat dengan cara anda menyampaikan feedback atau jawapan kepada soalan yang disoalnya. Jadi, kekalkan gaya anda itu.

CARA MELETAKKAN TANGAN ATAS MEJA

Perhatikan juga cara penemuduga meletakkan tangannya di atas meja. Anda perlu berhati-hati dan segera tukarkan gaya jawapan sekiranya penemuduga itu meletakkan tangannya di atas meja dengan posisi melipat siku. Ini bermakna penemuduga itu kurang senang dengan cara anda.

Jika penemuduga meletakkan tangan dengan posisi terbuka di atas meja (seperti gambar kanan) bermakna beliau sebenarnya selesa dengan cara anda. Kekalkan gaya jawapan tersebut dan pastikan penemuduga selesa dengan anda sehingga ke akhir sesi temuduga.

CARA PANDANGAN DAN ARAH MATA PENEMUDUGA

Sekiranya arah bebola mata yang fokusnya ke atas, ini bermakna penemuduga tidak selesa dengan anda kerana anda telah mengawal sepenuhnya sesi temuduga itu sehingga mengambil alih bahagiannya.

Tidak salah untuk menjadi aktif, tetapi jika terlalu aktif, penemuduga bakal berasa tidak selesa. Jika arah mata penemuduga selari dengan anda, itu bermaksud beliau selesa dan meraikan anda dengan baik.

TELITI PERGERAKAN MATA PENEMUDUGA UNTUK MENGETAHUI APA YANG BELIAU FIKIRKAN TENTANG ANDA

Untuk mengetahui apakah yang sebenarnya difikirkan oleh penemuduga terhadap anda ketika temuduga sedang dijalankan, anda perlu melihat arah pergerakan bebola matanya.

Jika bebola mata beliau mengfokuskan pandangan ke arah kiri bawah seperti dalam gambar pertama, beliau sedang memberi fokus kepada anda. Sebaliknya, jika pandangannya ke arah bawah juga tetapi kanan seperti gambar di bawah, beliau sebenarnya sedang memikirkan tentang perasaan.

Jika arah pandangan mata penemuduga merujuk selari di bahagian kanan seperti gambar kedua, beliau sedang memikirkan tentang bunyi manakala jika arah matanya ke arah atas pula beliau sebenarnya sedang berfikir tentang gambaran.

Pastikan anda sentiasa perhati arah pergerakan matanya dan pastikan juga arah pergerakan matanya sentiasa seperti dalam gambar pertama kerana arah pandangan mata seperti itu sahaja yang menunjukkan penemuduga sentiasa fokus kepada anda.

TANDA GAYA TUBUH YANG MENUNJUKKAN PENEMUDUGA MULA TIDAK MENYUKAI ANDA

Sekiranya penemuduga membuat gaya seperti dalam gambar, adalah dinasihatkan supaya anda mengubah topik dengan segera.

Gaya tubuh tersebut menandakan bahawa penemuduga sebenarnya sudah mula tidak menyukai anda sama ada dari segi gaya anda mahupun cara anda memberikan jawapan kepadanya. Oleh itu, ubah topik dengan segera untuk pastikan penemuduga mempunyai mood semula.

TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA MULAI MALAS MELAYAN ANDA

Apabila penemuduga melakukan gaya tubuh seperti dalam gambar, sebaiknya anda ubah gaya jawapan anda dengan segera. Gaya tubuh itu menandakan penemuduga sudah mula bosan untuk melayan anda kerana mungkin daripada gaya anda yang kurang menarik.

JANGAN SESEKALI DUDUK DENGAN POSTUR BEGINI

Duduk dengan tegak serta sopan semasa anda ditemuduga. Jangan sesekali duduk dengan mengangkat kaki ke riba seperti dalam gambar. Gaya duduk seperti itu sangatlah tidak sopan. Penemuduga akan melabel anda sebagai tidak tahu adab dan kesannya anda mungkin tidak akan diambil bekerja dengan syarikat tersebut.

TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA MENYUKAI ANDA

bahasa tubuh selesa

Cuba lihat pada ibu jari penemuduga itu. Jika ibu jarinya itu diangkat seperti dalam gambar, itu bermaksud penemuduga menyukai anda. Peluang anda agak cerah jika penemuduga membuat bahasa tubuh begitu.

TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA BERASA MARAH TERHADAP ANDA

Dengan cara menyilang tangan di belakang dan memegang lengan, itu bermaksud penemuduga menunjukkan rasa marah terhadap anda. Lagi tinggi tangannya dipegang pada lengan, bermakna lagi bertambah kemarahannya. Jadi, sila hati-hati jika penemuduga membuat begini.

JANGAN LETAKKAN TANGAN BEGINI KETIKA BERDIRI

Jangan sesekali meletakkan tangan secara “cross arm” seperti yang ditunjukkan dalam gambar ketika berdiri. Gaya tangan ini dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak disukai oleh penemuduga.

Diharapkan semoga dengan mengetahui maksud di sebalik tanda-tanda tubuh yang sering dilakukan oleh penemuduga ini dapatlah sedikit sebanyak membantu anda.

Tidak menjadi masalah jika penemuduga membuat gaya tubuh yang membawa maksud beliau menyukai anda tetapi amat bermasalah jika gaya tubuh tersebut bermaksud penemuduga mula merasai perkara tidak baik terhadap anda. Segeralah ubah gaya anda untuk menarik semula perhatiannya.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.