Portal Jawatan Kosong Terkini

14 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (MAQIS) Untuk Panduan

0 1,162

Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (MAQIS)

Siapa yang tidak gembira apabila nama tersenarai sebagai calon untuk hadir temuduga. Tetapi jangan lupa, buat persediaan dan dapatkan maklumat jawatan tersebut dengan secukupnya agar anda tidak gugup ketika menghadapi temuduga yang dijalankan.

Sebelum Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan :

  • Lengkapkan sijil serta dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga.
  • Buat persediaan diri, latihan dan pakaian untuk temuduga.
  • Jangan lupa study ya.
  • Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Daftar diri kepada urusetia temuduga terlebih dahulu.

Semasa Temuduga

  • Masuk ke bilik temuduga dengan tertib.
  • Jawab soalan dengan yakin dan tidak gugup.
  • Dengar dengan teliti dan fokus pada soalan yang diajukan.
  • Senyum sepanjang temuduga dijalankan.
  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Keluar dengan sopan dan tutup pintu bilik temuduga dengan perlahan.

Info Ringkas Penolong Penguatkuasa Gred KP29 (MAQIS)

Untuk makluman anda, Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (MAQIS) berada dalam kumpulan Pelaksana dalam pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (MAQIS)

  • Gaji Minimum : RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,696.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah

MAQIS juga menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin bagi tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan keselamatan makanan.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan Penolong Penguatkuasa Gred KP29 :

  1. Sila perkenalkan diri dan ceritakan secara ringkas pendidikan dan pencapaian akademik anda.
  2. Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan Penolong Penguatkuasa Gred KP29 ini?
  3. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas jawatan ini di MAQIS
  4. Siapakah Ketua Pengarah MAQIS sekarang?
  5. Dimanakah Stesen Kuarantin MAQIS terletak dan sebutkan 5 negeri tersebut.
  6. Terangkan misi dan visi MAQIS serta objektifnya.
  7. Terdapat berapa Akta yang berkaitan dengan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Undang-undang bertulis?
  8. Apakah kuasa anda sekiranya dilantik di bawah seksyen 5 atau 6 Akta ini dan termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah?
  9. Sebutkan 5 daripada 17 kuasa pegawai penguatkuasa tersebut.
  10. Apakah penalti yang dikenakan sekiranya didapati bersalah mengimport atau eksport apa-apa tumbuhan atau binatang tanpa permit?
  11. Berapakah jumlah denda dan penjara sekiranya pesalah didapati bersalah  memberikan perakuan palsu dalam import eksport tumbuhan dan binatang?
  12. Apakah syarat import ekpsort apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran makanan, tanih atau mikrooganisma?
  13. Nyatakan2 daripada 4 tujuan penubuhan MAQIS.
  14. Adakah anda bersedia untuk dihantar bekerja di Semenanjung / Sabah / Sarawak?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta yang terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.