Portal Jawatan Kosong Terkini

25 Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 Dan Dapatkan Tips Lulus Temuduga Disini

0 138

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Bagaimana dengan persiapan untuk temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29? Sudah buat persiapan dan dapatkan maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon? Dapatkan tips temuduga yang akan dikongsikan disini serta contoh-contoh soalan temuduga untuk latihan temuduga anda nanti.

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Untuk makluman anda, jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 berada dalam kumpulan Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) dan akan diletakkan di Jabatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gaji yang ditwarkan untuk jawatan ini ialah :

  • Gaji Minimum : RM1,824.00
  • Gaji Maksimum : RM5,801.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM150.00

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Tugas seorang Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ialah :

  • Aspek Siasatan
  • Aspek Perisikan
  • Aspek Pendidikan Masyarakat
  • Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  • Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  • Aspek Penyelidikan dan Perancangan
  • Aspek Latihan
  • Aspek Keselamatan
  • Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

Tips Lulus Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Untuk lulus dengan cemerlang temuduga nanti, anda boleh ikuti tips yang dikongsikan ini seperti :

  • Persediaan yang mencukupi : Anda perlu membuat persediaan untuk menghadapi temuduga seperti mendapatkan maklumat pekerjaan, kementerian / jabatan serta isu-isu semasa.
  • Latihan temuduga : Anda boleh dapatkan contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga disini dan buat latihan untuk meningkatkan keyakinan anda ketika temuduga.
  • Penampilan menarik : Sediakan pakaian untuk temuduga dengan lebih awal dan berpenampilan dengan menarik serta tidak keterlaluan ketika hadir temuduga.
  • Susun sijil dengan betul : Jangan lupa membawa sijil dan dokumen penting etika temuduga. Susun ke dalam fail mengikut panduan ini.
  • Hadir awal dan tepati masa : Pastikan anda hadir 30 minit sebelum masa temuduga kerana anda perlu berurusan dengan urusetia temuduga terlebih dahulu untuk proses dokumentasi.

Untuk tips hadir temuduga yang lebih lanjut, klik sini dan jadikan tips ini sebagai panduan anda untuk hadir temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Berikut adalah contoh soalan untuk temuduga yang selalu ditanyakan oleh panel penemuduga untuk dijadikan panduan untuk anda.

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ?
  3. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas jawatan ini.
  4. Apakah isu yang sedang hangat diperkatakan dalam negara pada masa kini?
  5. Adakah anda sanggup dihantar ke negeri yang jauh daripada tempat tinggal anda sekarang?
  6. Apakah contoh risiko yang bakal anda hadapi sekiranya anda menjawat jawatan ini?
  7. Ceritakan serba sedikit mengenai sejarah awal penubuhan SPRM.
  8. Siapakah Ketua Setiausaha SPRM serta Menteri dan Timbalan yang terlibat dalam jabatan ini?
  9. Apakah kaitan antara SPRM dengan PDRM?
  10. Bilakah SPRM mula beroperasi?
  11. Nyatakan 3 fungsi SPRM.
  12. Apakah slogan SPRM dan maksudnya?
  13. Nyatakan 3 prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh SPRM untuk membasmi rasuah?
  14. Sebutkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM terkini.
  15. Bagaimanakah proses siasatan SPRM dijalankan?
  16. Nyatakan 3 contoh program Outreach yang terdapat dalam Bahagian Pendidikan Masyarakat.
  17. Apakah maksud integriti dalam SPRM?
  18. Siapakah YDP Agong sekarang? Sebukan nama Baginda dengan jelas.
  19. Apakah objektif, misi dan visi SPRM?
  20. Berapa lamakah tempoh tindakan terhadap laporan rasuah yang diterima oleh SPRM?
  21. Namakan akta yang boleh melindungi pemberi maklumat yang melaporkan kesalahan rasuah.
  22. Apakah hak yang boleh dituntut oleh seseorang yang ditangkap oleh SPRM?
  23. Apakah fungsi Bahagian Pengurusan Integriti Agensi.
  24. Nyatakan peranan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dalam SPRM.
  25. Anda apa-apa soalan?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.