Categories
Resume

Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Terbakar Bila Baca. Kami Senaraikan 5 Untuk Panduan Anda

Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Rasa Terbakar Bila Baca

Tiada siapa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Tetapi sebolehnya elakkan daripada membuat beberapa kesilapan kecil dalam resume anda. Ini kerana dengan hanya kesilapan yang kecil, boleh buatkan majikan anda rasa terbakar bila membaca resume anda.

Ingin tahu apakah kesilapan kecil tersebut? Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui 5 kesilapan yang perlu anda elakkan.

5 Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Buat Majikan Rasa Terbakar Bila Baca

1. Ayat atau Resume Yang Panjang

Hadkan resume anda dalam 1 atau 2 muka surat sahaja. Pastikan resume anda tepat, padat dan ringkas. majikan tidak akan membaca resume anda satu persatu sebaliknya akan mengimbas resume anda berdasarkan keywords yang sepadan dengan jawatan yang ditawarkan.

Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang berjela untuk menerangkan semua point-point anda.

2. Resume Yang Tidak Sesuai

Jangan berikan resume yang tangkap muat dan tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon. Kemungkinan anda memasukkan senarai pengalaman yang tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang ditawarkan. Spesifikkan resume anda mengikut jawatan.

3. Tidak Fokus Pada Kelebihan Diri

Untuk memenuhkan ruang pada resume, anda telah menyenaraikan seberapa banyak pengalaman yang tidak relevan dan tidak fokus pada manfaat dan kelebihan diri anda. Majikan mahu anda memberi tawaran yang paling terbaik untuk membantu syarikat sekiranya anda diterima masuk bekerja di syarikat baru. Oleh itu, tonjolkan kelebihan diri anda supaya majikan merasakan andalah calon paling sesuai untuk bekerja di syarikatnya.

4. Banyak Salah Ejaan, Tatabahasa & Format

Tidak membuat proofreading atau baca semula, tidak membuat semakan resume dan terus hantar kepada majikan. Jadi, secara tidak langsung anda tidak tahu bahawa terdapat kesalahan ejaan pada resume anda. Ini menyebabkan point yang ingin disampaikan pada majikan tidak sampai dan tidak difahami oleh majikan. Silap-silap resume anda dimasukkan ke dalam bakul sampah kerana kesalahan ini sahaja.

Untuk tahu format resume yang betul, klik sini dan dapatkan format resume yang betul.

5. Objektif Yang Tidak Tepat

Resume adalah satu ringkasan tentang diri calon. Jadi sudah pasti majikan akan membaca sekali imbas resume anda sekurangnya 5 minit sahaja. Antara perkara yang diambil berat oleh majikan ialah bahagian objektif.

Sekiranya didapati objektif yang diletakkan tidak menepati kriteria jawatan, ia menyebabkan permohonan anda ditolak begitu sahaja oleh majikan. Pastinya majikan merasakan bahawa anda seorang yang tidak fokus, tidak bersungguh untuk bekerja di syarikat tersebut dan boleh membawa kerugian pada syarikat.

Jadi, elakkan kesilapan-kesilapan kecil ini ketika anda menghantar resume untuk memohon pekerjaan. Walaupun kecil, kesannya amat besar dikemudian hari. Belajar buat resume dengan betul dan berikan yang terbaik untuk bakal majikan.

Categories
Resume

Rujukan Permohonan Kerja Anda, Siapakah Yang Sesuai? Jom Semak Disini

Jumlah Senarai Rujukan

Perlukah anda meletakkan nama senarai rujukan ke dalam resume? Sebenarnya tidak perlu untuk anda letakkan nama senarai rujukan ke dalam resume anda. Anda digalakkan untuk meletakkan senarai rujukan secara berasingan ke dalam dokumen yang lain. Anda hanya perlu berikan senarai rujukan ini sekiranya diminta oleh majikan sahaja.

Berapa pula jumlah nama rujukan yang boleh diletakkan ke dalam dokumen senarai rujukan tersebut? Anda boleh letakkan seberapa banyak jumlah yang anda mahu tetapi seeloknya masukkan 3-5 nama senarai rujukan sahaja dan pastikan senarai tersebut boleh memberi kerjasama kepada anda serta respon yang positif ketika ditemuramah oleh bakal majikan.

Siapa Boleh Menjadi Senarai Rujukan Kerja?

Antara individu yang boleh menjadi senarai rujukan kerja adalah :

  • Pensyarah (graduan)
  • Guru (lepasan sekolah/graduan)
  • Rakan sekerja
  • Kenalan perniagaan anda
  • Pengerusi persatuan
  • Pelanggan syarikat anda
  • Bekas majikan
  • Majikan
  • Supervisor
  • Jurulatih/ Ketua Sukarelawan

Pastikan senarai rujukan ini telah bersedia dan tahu serba sedikit tentang temuduga pekerjaan yang akan anda hadiri. Berikan serba sedikit maklumat berkaitan temuduga dan pekerjaan yang anda pohon.

Anda juga perlu pastikan senarai rujukan ini mengenali anda dengan baik supaya mereka boleh menceritakan perkara yang positif ketika bakal majikan baru menelefon mereka.

Anda juga boleh memberikan mereka salinan resume agar mereka lebih fokus kepada bahagian kemahiran agar mereka mudah menceritakan kepada bakal majikan anda nanti.

Jangan lupa untuk follow up senarai rujukan anda supaya mereka tidak lupa mengenai temuduga anda. Selepas tamat temuduga juga anda perlu membuat follow up dengan ucapkan terima kasih serta memberitahu keputusan temuduga anda. Ada banyak kebaikan sekiranya anda sentiasa berhubung dengan senarai rujukan anda kerana mereka mempunyai networking yang luas dan boleh menawarkan anda untuk bekerja di syarikat lain yang mempunyai kekosongan jawatan.

Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan cara yang betul untuk memasukkan kemahiran multitask ke dalam resume anda dengan klik disini sahaja.

Senarai Rujukan Profesional Atau Peribadi

Jika anda tidak ingin bekas majikan atau bekas rakan sekerja menceritakan perihal yang tidak baik tentang diri anda, anda boleh sahaja dapatkan orang lain untuk menjadi senarai rujukan.

Jadi, anda boleh dapatkan senarai rujukan yang lebih profesional dan cenderung untuk menceritakan tentang kelebihan dan kemahiran anda yang diketahuinya.

Bagi senarai rujukan yang berbentuk peribadi pula, mereka cenderung untuk menceritakan tentang watak anda secara peribadi serta mampu menyelitkan kelebihan dan kemahiran kerja anda yang mereka tahu.

Cara Membuat Senarai Rujukan

Untuk membuat dokumen senarai rujukan yang berasingan, anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti berikut :

  • Tajuk dokumen : SENARAI RUJUKAN
  • Nama rujukan beserta pangkat (jika ada)
  • Jawatan senarai rujukan
  • Syarikat senarai rujukan
  • Nombor telefon dan emel senarai rujukan

Pastikan anda meletakkan maklumat yang telah disenaraikan seperti diatas supaya memudahkan bakal majikan menghubungi senarai rujukan yang telah anda berikan.

Categories
Kerjaya Resume

10 Skill Yang Akan Buat Majikan Teruja Dengan Anda

10 Skill Dalam Resume

Anda ada pelbagai skill yang unik dan menarik dan belum masukkan ke dalam resume? Jangan lupa masukkan ke dalam resume anda kerana skill yang jarang-jarang ada pada semua calon boleh buatkan bakal majikan teruja dan tawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Ini menunjukkan anda mempunyai pengalaman, berkemahiran serta boleh bekerja tanpa pengawasan yang tinggi.

Jangan lupa, pastikan anda tidak membuat kesilapan kecil dalam resume yang membuatkan resume anda ditongsampahkan oleh majikan seperti artikel ini.

Adakah anda ingin tahu apakah 9 skill tersebut yang boleh dimasukkan ke dalam resume anda?

10 Skill Dalam Resume

Antara 10 skill menjadi perhatian majikan ialah :

1. Bahasa

Satu kelebihan bagi calon yang mahir berbahasa lebih daripada 1 bahasa. Jika anda mahir berbahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris, masukkan ke dalam resume anda. Tapi ingat, pastikan anda benar-benar menguasai bahasa tersebut ya. Risau pula nanti ketika temuduga, anda tidak tahu pula soalan yang dikemukakan dalam bahasa tersebut.

2. Pengurusan Produk

Bukan senang untuk menjadi seorang yang kreatif dan mendapatkan idea baru untuk menguruskan produk serta pelanggan baru. Malahan untuk meyakinkan pelanggan juga memerlukan skill tertentu dan tidak semua orang mempunyai skill memujuk pelanggan seperti anda. Jika anda mempunyai skill dalam bidang pengurusan produk, tahniah! Andalah pekerja yang sememangnya dicari oleh majikan.

3. WordPress

Berapa ramai calon yang pandai menggunakan WordPress? Walaupun jawatan yang dipohon merupakan seorang pembantu tadbir, tetapi sekiranya anda mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang ini, ini adalah satu bonus untuk anda. Majikan tidak perlu menggajikan orang lain untuk menyiapkan laman web syarikat kerana anda boleh melakukan pekerjaan ini dan pastinya anda diberikan gaji yang setimpal dengan skill yang berharga ini.

4. Microsoft Excel

Tidak semua orang tahu cara menggunakan Microsoft Excel dengan sepenuhnya. Apakah itu spreadsheet, formula, format, table, cells, gridlines, kira-kira, buat carta dan membuat pembentangan menggunakan Microsoft Excel ini?Skill ini sangat sesuai untuk anda yang memohon pekerjaan di bidang kewangan kerana perlu memasukkan data dan menganalisa maklumat yang diberikan.

5. Public Speaking

Skill ini tidak ada pada semua orang ya. Ada calon yang mahir dalam skill yang lain tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk bercakap di khalayak ramai.  Calon yang petah berbicara mempunyai peluang yang luas kerana boleh meyakinkan pelabur atau pelanggan terutamanya bagi anda yang memohon pekerjaan sebagai seorang pengurus jualan atau dibahagian jualan sesebuah syarikat.

Bagi calon sektor awam, jika anda memohon pekerjaan sebagai Pegawai PTD atau Khidmat Pelanggan serta jawatan yang berkaitan, kemahiran ini sangat penting untuk anda dan gilap dari sekarang sekiranya anda kurang mahir.

6. Web Development

Ini merupakan satu kelebihan buat anda sekiranya anda mempunyai kemahiran asas dalam pembangunan laman web. Zaman kini adalah zaman teknologi dimana blog dan laman web menjadi pilihan pengguna. Cukup dengan mengetahui beberapa topik asas seperti HTML, CSS dan JavaScript sudah cukup menjadikan anda unik berbanding calon yang lain.

7. Search-Engine Optimization (SEO)

Anda mahir dalam bidang pengoptimuman enjin carian Search Engine Optimization (SEO)? Jadikan skill ini satu kelebihan buat anda dan sangat berguna kepada majikan yang membangunkan perniagaan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan laman web, blog dan perniagaan berkaitan teknologi terkini.

Buktikan kepada bakal majikan, tentang kebolehan anda untuk memberikan penulisan artikel yang mempunyai high-trafficking atau kempen yang menggunakan media sosial yang telah anda buat sebelum ini.

8. Google Analytic

Jika kemahiran SEO memberikan anda cara bagaimana untuk menaikkan lagi penulisan, juga kempen sesebuah syarikat anda, sudah pasti anda perlukan cara untuk merekod dan menganalisa keputusan tersebut.

Jadi, dengan adanya kemahiran google analytic, anda boleh mengetahui demografik laman web, serta banyak lagi informasi penting seperti berapa ramai yang melayari laman web atau yang membaca penulisan anda. Sudah pasti, kemahiran ini yang dicari oleh kebanyakan bakal majikan.

9. Adobe Photoshop

Mohon kerja sebagai pereka grafik? Mestilah anda pandai menggunakan software Adobe Photoshop untuk photo editing, mencipta logo, membuat banner, merekacipta kotak produk dan sebagainya. Adobe Photoshop juga semakin update dan pastikan anda tahu menggunakan perisian Adobe Photoshop terkini yang lebih menarik dan mempunyai pelbagai fungsi yang lebih menarik.

10. MultiTasking

Anda mahir dalam pelbagai bidang? Jika anda seorang yang multitasking, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Kebanyakan majikan sangat sukakan seorang pekerja yang multitasking ini kerana tidak perlu membazir masa dan wang untuk menggaji staf yang lain.

Jika anda mempunyai kemahiran lain yang unik dan mampu menarik perhatian majikan untuk terus mengambil anda bekerja, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Ini boleh menarik perhatian majikan seterusnya menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

Categories
Resume

Copy Dan Paste Objektif Resume Bahasa Inggeris Ke Resume Anda Sekarang

Objektif Resume Bahasa Inggeris

Objektif resume sangat penting dalam resume sekiranya anda benar-benar serius untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Majikan akan membaca objektif tersebut kerana ia merupakan satu ringkasan mengenai kelebihan diri anda serta pengalaman yang ada pada diri anda.

Perkara yang paling utama ketika anda menulis objektif resume ialah anda perlu menulis dengan jujur dan benar tentang apa yang anda mahu dan cari.

Tahukah anda bahawa terdapat 9 point penting yang perlu ada dalam resume dan telah di kemaskini dari semasa ke semasa? Dapatkan 9 point tersebut disini dan sila kemaskini resume anda sekarang.

Contoh Objektif Resume Bahasa Inggeris

Pening juga ya untuk fikir ayat yang sesuai untuk menghasilkan objektif resume yang sesuai ke dalam resume bahasa Inggeris anda. Sekarang, anda boleh copy dan paste sahaja contoh objektif mengikut kategori yang dikongsikan disini. Juga, jangan buat sebarang kesilapan ketika menghasilkan resume anda supaya majikan tidak tong sampahkan resume anda seperti perkongsian ini.

Objektif Resume Tiada Pengalaman Kerja

“Organised and motivated employee able to apply time management and organisational skills ini various environments. Seeking to join ABC Company (company name) as an administrative assistant to help ensure good internal communications and budget management.”

Objektif Resume Fresh Grads

“Highly-motivated (strong trait) Business Administration graduate with a 3.9 GPA (education) looking to fill a position as a Management Assistant at ABC Company (position and company). Wishing to use strong data-analysis anda management skills to help the ABC Company with your upcoming challenges  (added value).”

Objektif Resume Student

“Senior year chemist student at Malaysia University (current CGPA : 3.8) (education), looking to join Open University Department of Chemist Research Team as a part-time researh assistant (organization dan position). Seeking to leverage strong data entry anda lab maintenance skills (skills) gained through volunteer lab experience at the campus to ensure all research database and libraries are easily accessible to XYZ State’s students (added value).”

Objektif Resume Lepasan SPM

“Dedicated team player (captain of the swim team 2 years) (strong trait) with proven leadership anda communication skill earned as an editor-in-chief of the official school blog. Seeking an opportunity  to leverage my talents as a server at your restaurant (position you’re appling for). I have the follow-through and positive attitude that will allow me to achive company targets (added value).”

Objektif Resume Untuk Perkembangkan Kerjaya

“Diligent customer support representative with 4+ years experience at high-volume call centre. Seeking to leverage fast-paced work ethic with top-rated customer service (100%) to help DHL grow and meet future demand as the new delivery driver.”

Objektif Resume Jawatan Admin dan Staf Pejabat

“English graduate with proven communication, travel planning and email management skills. Seeking a position as an administrative assistant at ABC Industry, to leverage organizational and research skills to support internal and external communication.”

Objektif Resume Jawatan Receptionist

“Outgoing college grad hoping to work in the private sector. Looking to apply proven organisational and technical skills in a receptionist role with XYZ Marketing. Eager to expand my skill set through external trainings to help boost all major front desk KPIs.”

Objektif Resume Jawatan Customer Service

“Passionate, engaging and attentive customer service specialist trained in conflict resolution and communication. Seeking to leverage interpersonal skills to build customer loyalty for Center Cable System.”

Objektif Resume Jawatan Sale Marketing

“Highly-engaged sales representative with a BS in Biology, seeking to enhance sales figures for ABC Medical. Worked as part-time sales rep for XYZ Company for three 3 years. Built relationship with 40 key customers in own landscaping company. Maintained 99% accurate product knowledge in a high-colume retail store.”

Anda tidak perlu runsing lagi untuk fikirkan apakah objektif yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda. Dapatkan disini danmasukkan sahaja ke dalam resume anda.

Categories
Kerjaya

Confirm Anda Akan Menjadi Rebutan Para Majikan Jika Mempunyai 7 Soft Skill Ini

Masukkan 7 Soft Skill Ini Dalam Resume Anda

Soft skill yang bagaimanakah sesuai dan sangat penting dimasukkan ke dalam resume supaya dapat menarik perhatian majikan ya? Terdapat pelbagai jenis kemahiran yang diperlukan oleh majikan masa kini dan anda boleh masukkan ke dalam resume anda selagi ianya benar-benar sesuai dengan permintaan pasa masa kini.

Ingat, skill yang diperlukan bukan sekadar diatas kertas sahaja, tetapi anda perlu benar-benar menguasai dan faham semua fungsi berkaitan skill tersebut dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

Untuk memasukkan kemahiran ini juga, pentingnya disini untuk anda tahu cara yang betul untuk memasukkan KEYWORDS yang betul ke dalam resume serta cover letter anda supaya ia memenuhi kehendak majikan.

Tidak tahu cara untuk memasukkan keywords dengan cara yang betul? Klik sini dan ketahui cara yang betul untuk memasukkan keywords ke dalam resume dan cover letter anda agar sepadan dengan kehendak majikan.

7 Soft Skill Rebutan Majikan

Antara 7 soft skill yang menjadi rebutan majikan pada masa ini ialah :

1. Mahir Menyelesaikan Masalah

Anda bukan sekadar boleh mendengar masalah yang diajukan, tetapi anda perlu mempunyai skill daripada segi menyelesaikan masalah, plan untuk selesaikan masalah serta rumusan setelah masalah diselesaikan. Malah anda juga tahu cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa akan datang.

2. Pemikiran Yang Kritikal

Ini adalah satu bonus yang besar kepada majikan sekiranya anda mempunyai kemahiran ini. Skill ini sangat penting kerana ia memerlukan pemikiran yang sangat pantas untuk mengenalpasti sesuatu masalah dan peluang besar yang ada dihadapan mata. Pemikiran yang kritikal ini juga sangat baik untuk menangani sesuatu masalah dengan memberikan best solution serta manfaat untuk semua orang.

3. Kreatif

Sekiranya sesuatu syarikat berada dalam keadaan yang sama sahaja pastinya ia membangkitkan suasana yang bosan kepada semua pekerja. Seorang pekerja yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan gembira hasil daripada idea yang baru untuk disumbangkan kepada syarikat. Jadi, seorang yang kreatif sangat diperlukan oleh majikan untuk menghasilkan perkara baru seiring dengan pembangunan dari semasa ke semasa.

4. Deligasi / Smart Work

Bagaimankah seorang yang mempunyai skill ini bekerja? Mereka bijak dalam pengurusan kerja akan membahagikan tugasan yang banyak dengan cara yang betul dan baik serta tugasan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta hasilnya adalah terbaik.

5. Emosi Yang Cerdas

Pentingnya seorang pekerja yang cerdas emosinya kerana masing-masing perlu bekerja dengan profesional. Ini kerana pekerjaan tersebut tidak melibatkan 1 pihak sahaja, malahan terdapat banyak cabang urusan seperti berurusan dengan pelanggan, vendor, pelabur dan sebagainya. Malahan, setiap urusan pastinya adalah dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jika tidak bekerja dengan profesional, khuatir networking yang dibina akan berakhir dengan sia-sia.

6. Mahir Membuat Keputusan

Kebanyakan pekerja yang cepat mendapat kenaikan pangkat adalah mereka yang mahir dan bijak membuat sesuatu keputusan berkaitan tugasan yang diberikan. Inilah ciri yang dicari oleh setiap majikan supaya segala urusan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Ini adalah kerana setaip keputusan pastinya melibatkan syarikat tersebut serta organisasi lain yang berkaitan.

7. Mahir Membuat Rundingan

Skill mahir membuat rundingan yang betul mampu menjana bisnes jangka masa panjang kepada sesuatu syarikat. Tambahan lagi jika anda sudah biasa dan berpengalaman membuat rundingan dengan pihak luar serta menjana kelebihan kepada syarikat.

 

Categories
Resume

8 Benda Yang Wajib Ada Dalam Resume, Confirm Majikan Call Untuk Panggil Interview Dan Offer Kerja

Wajib Letak 8 Benda Ini Dalam Resume

Apabila dilihat pada resume pencari kerja, banyak content yang ada dalam resume adalah “copy paste” dan kurang menarik perhatian majikan. Malahan calon tersebut turut mengulang kesilapan yang sama seperti mana dilakukan oleh pemilik resume yang asal.

Disebabkan kerana kesilapan inilah resume anda ditolak mentah-mentah oleh majikan dan bahagian pengambilan pekerja. Ini kerana bakal majikan membaca resume anda seolah-olah tidak siap dan tidak serius untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

8 Perkara Wajib Perlu Ada Dalam Resume

Antara 8 perkara wajib yang perlu ada dalam resume anda ialah :

  1. Contact details
  2. Profile summary
  3. Pengalaman bekerja
  4. Skill berkaitan industri
  5. Education, sijil & lesen berkaitan
  6. Tarikh mula bekerja
  7. Achievement atau projek berkaitan
  8. Sumber rujukan

Anda juga boleh memasukkan perkara seperti berikut sekiranya anda rasakan ianya membantu anda tetapi kurang digalakkan seperti :

  1. Gambar
  2. Expected salary
  3. Physical stats
  4. Interest / hobi
  5. Aktiviti

Tetapi terdapat beberapa cadangan yang menyatakan agar calon tidak perlu meletakkan gambar pada resume kerana terdapat majikan yang menilai calon hanya berdasarkan gambar sahaja. Terpulang pada calon dan ia adalah bukan perkara yang wajib untuk diletakkan ke dalam resume anda.

8 Perkara Wajib Ini Dalam Resume & Huraian

Contact Details

  • Email
    – Tolong cipta email yang professional
    – Jangan letak tarikh lahir dalam email
  • Alamat
    – Cukup sekadar tulis Shah Alam, Selangor
  • Nombor Telefon
    – Letak kod +60 untuk Malaysia
    – Jangan sesekali letak nombor telefon ibu/ayah dan saudara mara anda.
  • Online Presence
    – Letak link ke LinkedIn profile atau media sosial anda
    – Customize url anda
    – Masukkan link website personal jika ada
    – Pemohon kerja bahagian design, wajib ada online portfolio.

Profile Summary

Share sedikit cerita tentang anda. Pastikan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Google dan buka profile LinkedIn profesional yang lain dan buat penambahbaikan. Jangan tiru bulat-bulat ya.

Pengalaman Bekerja

Disini fresh grade, jangan risau. Tumpukan pada pengalaman internship anda. Masukkan projek yang anda kendailkan semasa internship. Kemudian istkan semua skill yang anda gunakan semasa mengendalikan projek tersebut. Jangan lupa, masukkan pencapaian sepanjang internship anda.

Masukkan juga pengalaman kerja part time anda. Tetapi pastikan ianya relevan dan sepadan dengan jawatan yang dipohon.

Skill Berkaitan Industri

Lihat pada iklan jawatan yang ditawarkan. Setiap jawatan yang diiklankan pastinya disenaraikan skill yang perlu ada pada setiap calon. Jadi, sebelum memohon, sila pastikan anda memenuhi kriteria yang diperlukan oleh bakal majikan anda.

Susun skill anda mengikut turutan paling mahir sehingga ke tahap yang paling biasa seperti Advance,Intermediate, Beginner dan Learning.

Education, Sijil & Lesen Berkaitan

Seperti anda tahu, masukkan maklumat pendidikan mengikut tahun terkini. Jika anda mempunyai sijil profesional yang berkaitan, masukkan. Jangan sorokkan kalau rasa hendak dapat kerja tersebut.

Tarikh Mula Bekerja

Jika majikan yang berminat dengan anda, pastinya mereka ingin tahu tarikh yang tepat untuk anda hadir bekerja di syarikat mereka. Jangan letakkan masa yang panjang kerana mereka mungkin menganggap anda main-main dan tidak serius untuk dapatkan pekerjaan tersebut.

Achievement Atau Projek Berkaitan

Jika anda pernah :

  • Mendapat award
  • Menang pertandingan
  • Handle projek mega semasa belajar

Letakkan sahaja ke dalam resume anda. Ini sangat membantu anda.

Sumber Rujukan

Masukkan sumber rujukan yang benar-benar mengenali anda dan tahu kemahiran yang ada pada anda.

Dah dapat tips ini, update resume anda sekarang dan masukkan 8 perkara wajib ini ke dalam resume anda.

Categories
Kerjaya

6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja

6 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Pencari Kerja

Sebaagai seorang pencari kerja atau jobseeker, anda perlu lakukan yang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja sehingga tidak mendapat pekerjaan yang diinginkan.

Apakah 6 perkara yang tidak perlu anda ulangi seperti mana yang sering dilakukan oleh pencari kerja sebelum ini?

6 Perkara Yang Dilarang Untuk Mendapatkan Pekerjaan

1. Menggunakan Resume Yang Sama

Masih ada pencari kerja yang malas untuk mengubah resume mengikut jenis jawatan yang dipohon. Kebanyakan pencari kerja mengguna semula resume tanpa membuat sebarang penambahan atau membuang perkara yang tidak sepatutnya dari resume yang dihantar kepada bakal majikan. Ini menyebabkan resume anda tidak mendapat perhatian majikan malah ditong sampahkan oleh bakal majikan anda.

2. Tidak Mendapatkan Maklumat Syarikat / Jabatan Ketika Temuduga

Masih lagi ada yang berharap ada keajaiban ketika menghadiri temuduga kerja. Mungkin berharap nasib yang baik akan menyebelahi mereka lalu tidak mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarikat / jabatan yang dihadiri untuk temuduga. Ia menyebabkan majikan merasakan calon tidak berminat untuk menyertai mereka untuk bekerja.

3. Tidak Menonjolkan Diri / Tidak Brandingkan Diri

Pencari kerja perlu menggunakan peluang yang ada untuk menonjolkan diri sendiri atau menaikkan branding diri sendiri agar menarik minat majikan untuk mengambil anda bekerja di syarikat mereka. Sediakan portfolio kerja anda dan tunjukkan kepada mereka bahawa andalah pekerja yang dicari oleh mereka.

4. Terpaksa Bekerja

Ada yang memaksa diri untuk bekerja di syarikat tersebut kerana ingin mendapatkan wang semata-mata untuk kelangsungan hidup serta membayar hutang yang ada. Jadi, calon tiada minat untuk bekerja walaupun mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan serta sesuai untuk menjawat jawatan yang ditawarkan. Jadi, calon sendiri akan menyebabkan pengalaman kerja mereka mempunyai rekod yang buruk dan menyusahkan diri sendiri.

5. Tidak Pelbagai Kaedah Mencari Kerja

Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan kerja dengan mudah. Dan pada masa kini calon tidak lagi perlu bersusah payah untuk keluar dan lihat iklan pekerjaan. Semuanya dihujung jari sahaja dan calon boleh gunakan telefon sahaja untuk mengisi borang permohonan kerja.

Malahan, calon boleh memohon kerja melalui portal Jobs Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, My Future Jobs dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

6. Menunggu Iklan Jawatan Kosong

Sebagai seorang pencari kerja, anda tidak perlu menunggu sahaja jawatan kosong datang kepada anda. Siapkan resume dengan baik dan hantar permohonan kerja anda ke syarikat yang anda ingin bekerja. Jangan lupa siapkan cover letter dan surat permohonan kerja. Mana tahu jawatan tersebut sedang menunggu anda untuk diisi.

Categories
Temuduga

Apakah Kelebihan Anda Yang Tidak Tercatat Di Resume? Jawab Begini Confirm Majikan Puas Hati

Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume? Ini Cara Menjawabnya

Kadangkala penemuduga ingin tahu kelebihan anda yang anda tidak masukkan ke dalam resume. Mungkin penemuduga ingin mengenali anda dengan lebih dekat dan ingin tahu kelebihan lain yang ada pada diri anda.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengambil sedikit masa dan jangan tergopoh gapah untuk menjawabnya agar jawapan yang diberikan tidak sama seperti yang ada dalam resume.

Sebelum itu, buat semakan resume mengenai point penting yang dimasukkan agar resume anda menarik perhatian bakal majikan.

Cara Untuk Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Cara untuk menjawab soalan ini ialah :

1. Semak Resume Anda

Pentingnya mempunyai salinan resume pada anda kerana anda boleh membuat semakan. Jadi anda boleh semak pada bahagian ini dan ceritakan perkara yang tidak dimasukkan kepada penemuduga anda.

  • Pengalaman
  • Kemahiran
  • Sijil Ikhitisas / Profesional
  • Penghargaan atau pencapaian
  • Aktiviti luar
  • Minat

2. Pilih Kelebihan Yang Paling Unik

Setiap majikan inginkan pekerja yang mempunyai kelebihan serta kemahiran yang unik dan lain daripada yang lain. Jadi, jangan lupa masukkan kemahiran sahsiah atau Soft Skill yang boleh memberi kelebihan kepada anda untuk menjawat jawatan tersebut berbanding orang lain.

3. Kaitkan Kelebihan Anda Dengan Misi Syarikat

Jika anda membuat research mengenai syarikat tersebut, pastinya anda ketahui misi dan visi serta objektif syarikat. Oleh itu, kaitkan kelebihan anda dengan kehendak syarikat. Mungkin mereka mahu pekerja yang kreatif dan berdaya saing untuk memajukan diri sendiri serta syarikat itu sendiri. Maka, ceritakan perancangan anda dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang serta pencapaian syarikat tersebut.

Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan bahawa anda layak untuk memenuhi kehendak syarikat dengan maklumat yang diberikan.

Tips Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Berikut adalah tips untuk menajwab soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

  • Yakin dan jawab soalan dengan jelas dan bersahaja untuk  menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda layak untuk menjawat jawatan tersebut.
  • Ringkaskan jawapan anda agar difahami oleh penemuduga. Pastikan anda tidak memberikan jawapan dengan meleret.
  • Terangkan mengapa anda tidak memasukkan maklumat tersebut di dalam resume anda dengan menyatakan bahawa ianya tidak begitu sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Contoh Jawapan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Berikut adalah contoh menjawab soalan ini :

Contoh 1

“Satu pengalaman yang tidak dimasukkan ke dalam resume saya adalah sebagai pemandu pelancong kampus. Saya mengetuai lawatan berkumpulan calon pelajar dan keluarga mereka di sekitar sekolah dan membincangkan pengalaman saya sebagai pelajar. Saya tahu apa yang mereka lalui kerana saya berada di tempat mereka tiga tahun sebelum itu. Saya menjadi pakar di kolej saya untuk membantu golongan muda merasa lebih yakin dengan pendidikan masa depan mereka.

Oleh kerana saya memohon jawatan sebagai copywriter, saya memilih untuk fokuskan resume saya berkaitan dengan pengalaman seperti menulis dan menyunting. Namun, tugas saya sebagai pemandu pelancong meningkatkan kemampuan saya untuk berhubungan dengan orang lain serta mempunyai keperluan dengan pelanggan dan penting untuk jawatan ini. ”

Contoh 2

“Saya menyertai kumpulan larian yang bertemu setiap hujung minggu untuk larian jarak jauh. Semasa mula-mula pindah ke sini, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan mengedar risalah di gym, tetapi sekarang saya bertugas di bahagian media sosial dan menguruskan aturcara acara kumpulan tersebut. Ia bermula dengan hanya beberapa orang, tetapi sekarang ini terdapat 30 ahli yang ingin menjadi lebih aktif dan sihat. Saya menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi media sosial dan semangat keusahawanan untuk membantu orang lain. Saya faham bahawa kemahiran ini sangat sesuai untuk jawatan sebagai penyelaras media sosial. ”

Contoh 3

“Saya memilih untuk tidak memasukkan kemahiran membuat kod  pada resume saya kerana pekerjaan ini nampaknya lebih tertumpu pada reka bentuk grafik dan penjenamaan produk. Namun, saya mempunyai pengalaman dengan HTML, CSS dan JavaScript dan saya berminat untuk menggunakan kemahiran ini pada pelbagai projek pembangunan web yang dapat saya tetapkan. ”

Jika anda menjawab dengan yakin, pastinya penemuduga berpuas hati dengan jawapan yang anda berikan. Tetapi ingat, pastikan jawapan yang anda berikan padat dan ringkas. Semoga anda berjaya dalam temuduga anda dan mendapat jawatan yang ditawarkan.

Categories
Resume

9 Kesalahan Ketika Menghantar Resume Dan No 5 Adalah Kesilapan Yang Kerap Dilakukan

9 Kesilapan Pencari Kerja Ketika Menghantar Resume, No 5 Kesalahan Paling Kerap Dilakukan

Malas adalah sikap yang ada dalam diri masing-masing. Namun ketahuilah bahawa dengan adanya sikap malas ini, ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Malahan anda akan berada ditakuk yang sama sahaja.

Perbaiki semua kesilapan yang dilakukan ini agar anda tidak menganggur lagi. Jom check dan perbaiki dengan segera.

9 Kesilapan Pemohon Kerja Ketika Menghantar Resume

Terdapat 9 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon kerja dan menyebabkan resume anda direject mudah-mudah oleh bakal majikan anda. Apakah 9 kesilapan tersebut?

1. Emel

Perkara ini berulang kali diingatkan kepada semua pencari kerja untuk membuat emel yang lebih profesional untuk memohon pekerjaan terutamanya. Free sahaja untuk mencipta akaun emel terbaru terutamanya Gmail. Mulai hari ini, gantikan emel zaman kanak-kanak anda dengan emel yang lebih profesional.

2. Cover Letter Panjang Berjela

Majikan tidak punyai masa yang panjang untuk membaca surat permohonan anda. Cukup nyatakan bahawa anda ingin membuat permohonan kerja dan masukkan nama jawatan. Tidak perlu masukkan semua maklumat dalam cover letter anda. Resume kan ada. Untuk dapatkan cara membuat cover letter dengan lebih lengkap, klik sini dan siapkan cover letter anda dengan lebih baik.

3. Tidak Berusaha

Maksudnya disini, anda menghantar emel tanpa sebarang pengenalan, cover letter dan tiba-tiba bakal majikan terima attachment sahaja. Jika anda ditempat bakal majikan, nak ke ambik pekerja begini?

4. Spam Banyak Ke Dalam Emel

Ada jenis calon yang akan spam emel bakal majikan dengan menghantar attachment fail satu persatu. Anda boleh satukan fail anda dalam bentuk PDF atau hasilkan satu link untuk memudahkan bakal majikan membukanya.

5. Fail Terlalu Berat

Jika size PDF atau fail anda terlalu berat, tolong compressorkan dahulu fail tersebut. Tukar setting kepada ” All with link can view” sekiranya anda menggunakan Google Drive agar dapat dibuka dan dibaca oleh bakal majikan anda.

6. Tiada Portfolio

Portfolio penting untuk menunjukkan bahawa anda boleh membuat kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Portfolio ini penting untuk anda yang memohon jawatan sebagai designer, grafik, rekaan fesyen dan sebagainya. Jika tiadak sertakan bersama, bagaimana bakal majikan tahu anda pandai buat kerja atau tidak kan? Sertakan bukti anda. Jangan lupa.

7. Terkeluar Tajuk

Mungkin masa di universiti anda belajar dalam bidang Grafik tetapi mohon kerja dalam bidang Kejuruteraan. Nampak sangat tidak sepadan dan memang terkeluar tajuk.  Lain kali baca maklumat yang diberikan seperti skop tugas dan keperluan yang diminta oleh majikan.

8. Tiada Rujukan

Masukkan nama rujukan terutamanya bagi anda yang lepasan graduan. Minta kebenaran pensyarah atau supervisor tempat praktikal anda untuk masukkan nama mereka ke dalam resume anda.

9. Kesalahan Tatabahasa

Alah, salah sikit pun kena reject juga ke? Kalau satu dua salah mungkin boleh diterima. Jika banyak? Rajinkan diri untuk membaca semula resume anda. Check kesalahan tatabahasa. Ini bukan masanya  “Sorry, typo” ya.

Jadi, perbaiki semua kesilapan yang anda pernah lakukan ini dan semoga anda mendapat pekerjaan yang anda mohon selepas ini.

Categories
Kerjaya

Apakah Kehendak Majikan Untuk Dapatkan Calon Pekerja? Semak Sini

Kehendak Majikan Untuk Dapatkan Calon Pekerja

Majikan juga mempunyai beberapa pandangan masing-masing untuk mendapatkan calon pekerja yang mereka inginkan. Ada majikan yang akan menyerahkan tugas mendapatkan pekerja melalui Pegawai Pengambilan Pekerja dan ada yang memilih sendiri calon pekerjanya kerana merasakan pekerja tersebut akan bekerja bersama-samanya.

Jadi, pastinya majikan tersebut meletakkan beberapa kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan calon pekerja mengikut pilihannya.

Mari kita lihat apakah tips yang dikongsikan oleh majikan ini supaya pemohon kerja boleh tarik perhatian bakal majikan melalui media sosial.

Tips Memohon Pekerjaan

Zaman kini kebanyakan majikan menggunakan media sosial untuk mendapatkan calon pekerja kerana kebanyakan para pencari kerja menggunakan pelbagai platform media sosial untuk mendapatkan pekerjaan serta menonjolkan diri masing-masing.

Mari kita lihat tips yang dikongsikan oleh majikan ini seperti :

1. Register Akaun LinkedIn

Tahukah anda ramai pekerja semi dan profesional serta majikan yang celik teknologi dalam akaun LinkedIn ini? Malahan, ramai yang mempunyai kemahiran teknologi yang lebih jauh daripada anda.

Mulai sekarang, create akaun LinkedIn dan mungkin juga network yang ada adalah bakal majikan anda.

2. Masukkan Proses Projek Akhir Di Media Sosial

Bagi anda yang merupakan seorang pelajar tahun akhir boleh update setiap progres projek tahun akhir di akaun LinkedIn, Facebook dan Instagram milik anda.

Ceritakan dengan teliti bagaimana, dengan siapa, bila, dimana serta tarikh penting setiap progres projek akhir yang anda lakukan.

Bagi anda yang sudah bekerja juga boleh masukkan proses tugasan yang diberikan asalkan ianya tidak melanggari syarat syarikat.

3. Kenalkan Diri Melalui Vlog

Vlog merupakan sebuah blog video yang menerapkan media video sepenuhnya dalam sesebuah blog. Platform vlog yang selalu dijumpai adalah melalui Youtube, Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Anda boleh perkenalkan diri melalui vlog dengan menggunakan platform tersebut serta memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan tonjolkan pelbagai kemahiran yang ada pada anda.

Anda tidak perlu memikirkan tentang editing dan sebagainya. Rekod dan postkan video anda. Makin lama anda lakukan, maka semakin mampu anda menghasilkan video yang cantik dan menarik untuk menjadi tontonan diluar sana.

4. Postkan Aktiviti Harian

Bagi anda yang tidak mahir untuk ambil video atau malu untuk menonjolkan diri melalui vlog, anda boleh sahaja masukkan aktiviti harian anda di dalam media sosial anda.

Contohnya :

Hari ini hantar tugasan ikut tarikh yang ditetapkan majikan dan plan untuk projek yang akan datang.

Contoh :

Assignment “Teknologi Dalam Pekerjaan” siap 3 hari sebelum tarikh akhir. Hantar dan minta lecturer tandatangan.

Ambil sedikit gambar sebagai bukti.

Mungkin bakal majikan melihat apa yang anda postkan dan anda mendapat kredit daripada hasil post aktiviti harian anda.

Kadangkala bakal majikan suka melihat progres seharian bakal pekerjanya dan menilai kebolehan para pekerjanya melalui media sosial mereka.

5. Jangan Masukkan Post Negatif

Mungkin anda rasa mahu marah dan menghamburkan semua kemarahan anda melalui akaun media sosial anda. Tetapi, disyorkan supaya anda tidak meletakkan rasa marah anda ke dalam media sosial tersebut. Jika anda rasa ingin letak juga rasa marah anda, boleh sahaja. Tetapi anda perlu hidekan post anda dan private atau setkan pada ‘only me’.

6. Update Kejayaan Di Instagram

Bagi anda yang suka membuat jualan melalui instagram, updatekan kejayaan anda menggunakan instagram dan share kejayaan anda di instastory, Facebook dan Twitter.

Kejayaan anda mungkin menjadi inspirasi orang diluar sana dan pastinya ramai yang memerhatikan kejayaan anda.

7. Tag Syarikat

Anda boleh ‘tag’ syarikat di media sosial apabila anda post atau update aktivit harian anda.

Contohnya, anda menyiapkan sesuatu tugasan atau projek akhir yang menggunakan teknologi. Jadi, anda tag syarikat yang berkaitan atau syarikat yang anda berminat.

“I been gone through Company X (tagged) success story.They are using latest technology which related to my final year project.Only thing is,I’m using chipset xxx but Company X using chipset yyy.It’s my dream to work with this company in one fine day”

Mungkin staf atau majikan syarikat tersebut akan membaca post yang anda tagged pada mereka.

8. Perbanyakkan Softsell Berbanding Hardsell

Elakkan memohon kerja dengan menggunakan teknik hardsell atau secara spontan dan seolah-olah anda memaksa majikan mengambil anda untuk bekerja. Seperti yang anda lihat, dari point nombor 2 hingga nombor 7, tips yang diberikan adalah menggunakan teknik softsell.

Ini boleh menyebabkan bakal majikan akan padam atau delete conversation yang berlaku.

9. Spam Emel Syarikat

Setelah anda mempunyai profil, copywriting, vlog di media sosial inilah masanya untuk anda membuat permohonan kerja.

Dapatkan emel syarikat yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang ada dan kumpulkan. Seterusnya anda siapakan cover letter, resume, tajuk emel yang sesuai dan isi kandungan emel secara profesional.

Masukkan link vlog, Facebook, LinkedIn dan Instagram anda yang paling terbaik untuk dilihat oleh bakal majikan anda.

Send emel anda kepada mereka. Jangan kecewa sekiranya emel anda dimasukkan ke dalam ‘permanent blocked sender’. Ada banyak lagi emel yang boleh anda hantarkan permohonan anda. Cuba dan teruskan mencuba.

Seperti mana kata majikan ini, perkara ini sangat berkesan buatnya dalam mencari bakal pekerja seperti mana yang dimahukannya.

Sumber : Ir Abdul Rahman Bahasa