Categories
Temuduga

5 Tips Persediaan Mental & Fizikal Menghadapi Temuduga

Tips Persediaan Mental Dan Fizikal Untuk Menghadapi Temuduga

Semua calon temuduga pasti tahu persediaan yang perlu dilakukan beberapa hari sebelum hadir temuduga. Namun terdapat beberapa rungutan daripada bakal majikan dimana calon yang dipanggil untuk temuduga tidak membuat persediaan yang secukupnya dan hadir tanpa persediaan mental dan fizikal yang secukupnya.

Hal ini sangat mengecewakan para majikan kerana mereka juga mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada setiap calon ketika proses temuduga dijalankan.

Untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi sesi temuduga dengan penuh persediaan, sila buat persediaan yang secukupnya seperti berikut :

  • Persediaan Fizikal
  • Dokumentasi
  • Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)
  • Emosi / Mental
  • Penampilan Diri

1. Persediaan Fizikal

Anda digalakkan untuk tidur awal sehari sebelum hadir temuduga dan tidur dengan waktu yang berkualiti. Mengapa anda perlu tidur dengan awal? Ia bertujuan untuk membolehkan tubuh badan anda mendapat rehat dengan secukupnya dan cergas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

2. Dokumentasi

Pastikan semua dokumen penting yang diperlukan lengkap dan berada dalam keadaan yang baik sebelum di bawa ke sesi temuduga. Pastikan salinan dokumen anda di cop pengesahan dan sediakan dalam 2 atau 3 salinan untuk diberikan kepada panel penemuduga.

Digalakkan untuk meletakkan semua dokumen penting anda ke dalam satu fail khas dan disusun dengan susunan yang betul.

Anda juga boleh lihat disini panduan untuk menyusun sijil dengan betul dan gunakan kreativiti anda untuk jadikan ia lebih menarik perhatian majikan sekiranya anda memohon pekerjaan dalam sektor swasta.

3. Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)

Pengetahuan dalam diri ini merupakan antara elemen utama yang akan dinilai pada diri setiap calon. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugas jawatan dengan jawatan yang dipohon seperti :

  • Deskripsi tugas jawatan yang dipohon
  • Isu semasa berkaitan jawatan
  • Pelbagai isu terkini

4. Emosi / Mental

Semua orang akan rasa gelisah dan gementar sebelum hadir temuduga. Tapi pastikan perasaan ini dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang lain seperti hilang keyakinan untuk menjawab soalan ketika sesi temuduga dijalankan.

Pastikan emosi dan mental anda stabil agar anda dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik serta berjaya memikat penemuduga anda.

5. Penampilan Diri

Ini adalah salah satu bahagian yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua calon yang bakal menghadapi temuduga. Ini adalah kerana penampilan diri merupakan satu perkara pertama yang akan dinilai sebaik sahaja calon melangkah kaki masuk ke bilik temuduga.

Pastikan anda sentiasa kemas dan beretika ketika hadir temuduga. Maklumlah, penampilan anda dinilai oleh penemuduga ya.

Calon lelaki, anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan ini untuk berpenampilan menarik dan kemas ketika hadir temuduga. Klik sini dan jadikan ianya panduan yang berguna buat anda.

Categories
Resume

Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter Untuk Tarik Perhatian Bakal Majikan

Gunakan Bullet Points Dalam Cover Letter

Bolehkah Bullet Points digunakan dalam cover letter anda? Ya, boleh. Penggunaan bullet points di dalam cover letter dapat membantu majikan untuk terus fokus kepada kemahiran atau pengalaman yang diperlukan dan sepadan dengan kehendak mereka.

Untuk lebih tahu bagaimanakah cara untuk membuat cover letter dengan menggunakan bullet points, baca perkongsian ini untuk lihat cara-caranya.

Cara Memasukkan Bullet Points

Seperti cover letter biasa, masukkan pendahuluan yang menjelaskan tujuan anda menulis cover letter kepada majikan.

Kemudian terangkan pengalaman kerjaya anda dan letakkan bullet points untuk :

  • Kelayakan kerjaya anda
  • Kemahiran kerjaya anda
  • Pencapaian kerjaya anda

Selain daripada itu, anda perlu :

  • Ringkaskan ayat di setiap penerangan anda.
  • Letakkan noktah dihujung ayat anda.
  • Elakkan simbol yang keterlaluan.
  • Gunakan format yang sederhana.
  • Padankan kelayakan dengan deskrepsi jawatan yang dipohon.
  • Masukkan keywords yang sepadan.

Gunakan Format Cover Letter Bisnes

Gunakan format cover letter bisnes untuk menghantar cover letter terutamanya melalui emel. Anda boleh delete perenggan alamat dan gantikan terus dengan subjek cover letter anda.

Pengenalan Cover Letter

Pastikan anda meletakkan tujuan anda menghantar cover letter kepada majikan.

Letakkan nama jawatan yang dipohon dan nyatakan dimana anda mengetahui tentang jawatan kosong tersebut. Nyatakan nama orang yang mencadangkan jawatan tersebut kepada anda.

Bullet Points

  • Sebutkan bagaimana kelayakan anda sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
  • Tonjolkan pengalaman dan pencapaian anda yang paling relevan.
  • Tunjukkan kepada majikan mengapa anda sangat sesuai dengan jawatan yang dipohon.
  • Pilih kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Fokus pada kelayakan dan kemahiran yang paling sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Penutup

Masukkan perenggan penutup dan tandatangan anda pada akhir cover letter.

Tips Menulis Cover Letter Dengan Bullet Points

Jangan terus copy dan paste resume anda. Sebaliknya anda boleh menulis semula resume anda dengan menyatakan kelayakan anda serta kelebihan anda berdasarkan deskripsi jawatan yang diiklankan.

Gunakan 3 hingga 6 bullet points untuk menyenaraikan kepakaran dan pencapaian kerjaya anda.

Pastikan anda menyesuaikan cover letter anda dengan kerja yang dipohon. Ada juga boleh edit bullet points untuk memohon jawatan yang lainnya.

Contoh Penggunaan Bullet Points

  • Menguruskan komunikasi yang luas dalam syarikat termasuk pengalaman media sosial.
  • Pengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah.
  • Pengurus sumber manusia yang diperakui dengan pengalaman merekrut dan pengambilan pekerja secara profesional.
  • Menguruskan projek berjalan dan siap mengikut jadual dengan memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah siap.

Contoh Cover Letter

Berikut adalah cover letter yang  menggunakan bullet points untuk highlight kemahiran dan kebolehan yang sepadan dengan kerjaya.

Jadi, anda boleh menggunakan bullet points di dalam cover letter anda agar majikan dapat fokus terus kepada keywords yang diperlukan oleh mereka. Gunakan bullet points untuk anda highlight pada keywords yang sepadan dengan kehendak majikan.

Gunakan dengan betul supaya tujuan cover letter anda sampai dengan jelas kepada majikan. Gunakan format yang betul supaya format cover letter anda tidak berubah apabila sampai pada majikan iaitu menggunakan format .doc atau PDF.

Semoga perkongsian ini membantu anda menghasilkan cover letter yang menepati kehendak majikan di masa akan datang.

Categories
Resume

Apakah Font Dan Saiz Yang Sesuai Digunakan Untuk Cover Letter

Apakah Font Dan Saiz Yang Sesuai Digunakan Untuk Cover Letter

Menulis cover letter bukanlah boleh dibuat dengan sambil lewa dan ikut suka anda sahaja. Anda perlu menulis dengan mengikut format yang sesuai dan pastikan majikan boleh membacanya dengan jelas.

Jadi, penggunaan font dan saiz yang sesuai sangat penting ketika anda menyiapkan cover letter anda.

Apakah font dan saiz yang sesuai untuk menulis cover letter?

Ringkas Dan Profesional

Walaupun anda seorang yang kreatif, elakkan menggunakan font yang tidak profesional seperti Comic Sans, Hand Writing dan sebagainya yang sukar dibaca oleh orang lain.

Tujuan utama anda menghantar cover letter adalah kerana untuk menyampaikan mesej yang jelas iaitu memohon pekerjaan dan sekaligus menonjolkan kemahiran serta pengalaman kerjaya anda.

Gunakan font dan saiz yang sama anda gunakan ketika menulis resume anda.

Pilih Font Yang Ringkas

Anda boleh menggunakan font yang ringkas seperti Arial, Courier New, Calibri, Verdana, dan Times New Roman dan font jenis ini adalah yang terbaik untuk anda menulis resume anda. Ini kerana font ini mesra emel dan menjadi pilihan para profesional untuk menyiapkan cover letter mereka.

Pastikan juga anda menggunakan satu jenis font sahaja di dalam cover letter anda. Tidak perlu campur adukkan font. Anda juga dinasihatkan untuk tidak garis dan Italic perkataan sebaliknya gunakan Bold sekiranya anda ingin menonjolkan keywords tertentu.

Pilih Saiz Yang Betul

Anda boleh gunakan saiz font berukuran 10 hingga 12. Format cover letter anda dengan margin tidak lebih 1″ dan tidak kurang daripada 7″.

Saiz font juga bergantung pada jenis font yang anda gunakan. Sekiranya anda menggunakan font Arial, saiz 11 nampak sesuai kerana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta mudah untuk dibaca.

Cara Memilih Font Dan Saiz

Pilih font dari senarai di bahagian atas dokumen anda sebelum anda mula menulis cover letter anda, atau:

  • Taipkan surat lamaran anda.
  • Highlight kandungan surat anda.
  • Pilih saiz font yang anda mahu gunakan dengan cara yang sama.
  • Proofread atau baca semula cover letter anda.
  • Print cover letter, walaupun anda akan upload melalui emel. Ini adalah untuk memastikan bahawa surat itu diformat dengan font dan saiz yang betul.

Pastikan anda telah memilih template yang sesuai sebelum menyiapkan cover letter. Kemudian cuba saiz dan font yang berbeza semasa menyiapkan cover letter. Selepas itu anda akan tahu font dan size yang mana sesuai untuk cover letter anda.

Anda perlu mencuba setiap font dan saiz yang sesuai untuk menyiapkan cover letter. Jangan lupa untuk memasukkan keywords yang sepadan dengan jawatan yang dipohon.

Semoga perkongsian ini membantu anda menyiapkan cover letter dengan font dan size yang ideal.

Categories
Resume

Amalkan Tips Ini Jika Anda Mahu Dipanggil Interview Dengan Mudah

Amalkan Tips Ini Jika Anda Mahu Dipanggil Interview Dengan Mudah

Berjuta kali mohon kerja dalam pelbagai cara namun masih juga tidak dipanggil kerja walaupun merasakan diri sudah layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Jadi bagaimana cara yang betul untuk apply kerja dan mudah untuk dipanggil interview ya?

Jom amalkan tips yang akan dikongsikan ini agar anda yang mohon kerja dipanggil temuduga dan mendapat kerja yang dipohon.

Medium Mohon Kerja

Sebelum anda mohon kerja, dapatkan dahulu medium atau platform yang terbaik untuk anda mohon kerja. Antaranya ialah :

  • Laman kerjaya seperti SPA, Jabatan Tenaga Kerja, Jobstreet, Jobs Malaysia, MySPP dan pelbagai lagi platform yang diiktiraf.
  • Karnival kerjaya.
  • Terus mohon ke syarikat yang membuat iklan jawatan kosong.

Cara Untuk Mohon

Berikut adalah cara untuk mohon pekerjaan melalui platform pencari kerja yang disediakan :

1. Sediakan Profile Calon

Pastikan anda mengisi dengan lengkap setiap maklumat atau butiran yang diperlukan seperti :

  • Maklumat diri
  • Pendidikan
  • Nombor telefon
  • Alamat emel yang betul
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Gaji yang dipohon
  • Maklumat lain yang diperlukan

Jangan risau, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk memohon pekerjaan ini.

2. Muat Naik Gambar

Pastikan anda memuat naik gambar anda sekiranya diminta. Sediakan gambar anda yang telah di scan dan save dalam satu fail untuk memudahkan anda upload ketika memohon kerja.

Gambar yang akan diupload nanti seeloknya dalam bentuk ukuran pasport dan jelas.

3. Upload Resume

Upload resume anda yang telah di save dalam bentuk PDF supaya senang dibuka dan dibaca oleh majikan atau bahagian pengambilan pekerja.

4. Mohon Kerja

Setelah anda selesai melakukan semua perkara diatas, barulah mohon kerja yang diiklankan.

Perkara Penting Yang Dilihat Majikan

Berikut adalah beberapa perkara penting yang akan dilihat oleh majikan semasa anda memohon kerja yang diiklankan :

  • Skill / Kemahiran

Sekiranya anda meletakkan kemahiran komputer, jangan letakkan Microsoft Office sahaja. Tulis juga skill yang berkaitan seperti Adobe Photoshop, Publisher, Powerpoint, Autocad dan perisian yang anda mahir gunakan.

Buatkan majikan rasa teruja dengan skill yang anda ada dan tidak tercari-cari apakah kelayakan yang ada pada anda.

  • Anggaran Gaji

Jangan letakkan anggaran gaji yang terlampau tinggi sekiranya anda merupakan graduan yang baru tamat belajar. Pastikan anda tahu anggaran gaji yang terkini dan relevan. Lakukan sedikit penyelidikan mengenai anggaran gaji mengikut pekerjaan yang ditawarkan.

  • Lokasi

Lokasi anda juga akan difokuskan oleh bahagian pengambilan pekerja supaya tidak ada masalah berkaitan pengangkutan, kos tambang dan sebagainya di kemudian hari.

Bahagian pengambilan pekerja juga akan melakukan screening terlebih dahulu dan melihat bahagian lokasi pada resume anda. Jika anda tinggal di Perak tetapi jawatan kosong di Pahang, bahagian pengambilan pekerja tidak akan membaca resume and dan anda akan diketepikan untuk jawatan tersebut.

Pastikan lokasinya hampir dengan kediaman anda dan ubah lokasi sekiranya anda benar-benar mahukan pekerjaan tersebut.

  • Pitching

Jangan abaikan bahagian ini. Bahagian ini sangat penting untuk diisi oleh anda. Sebaliknya anda perlu tengok bahagian JOB DESCRIPTION dan REQUIREMENTS. Jadi anda hanya pitching sahaja dua bahagian ini dengan menggunakan 300 karakter pitch yang disediakan di dalam borang.

Contoh :

As a______ graduate, I am familiar with ________ I am able to work independently as well as in group environment. I am also equipped with the hands-on experience of using_________machine.

Tingkatkan Peluang

  • Jika anda tahu kekosongan jawatan di mana-mana syarikat, jangan simpan untuk anda seorang. Beritahu dan share dengan rakan-rakan anda.
  • Sentiasa perbaiki diri dan tambahkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang terutamanya bahagian kemahiran seperti kemahiran komputer, kemahiran komunikasi, kemahiran berbahasa dan sebagainya.
  • Sentiasa rajin membuat permohonan kerja dan ikuti iklan daripada mana-mana platform yang disediakan.
  • Betulkan resume dan pastikan isi kandungan sentiasa di update dari semasa ke semasa dan mengikut pekerjaan yang dipohon.
  • Berdoa dan terus berdoa serta bertawakal setelah anda mohon pekerjaan tersebut.

Sentiasa bersiap sedia dan majukan diri anda sebelum anda mohon sebarang pekerjaan. Jangan mengisi borang permohonan secara sambil lewa dengan harapan mungkin anda dipanggil kerja. Ikuti tips yang dikongsikan ini dan semoga anda mendapat pekerjaan yang dimohon.

Categories
Resume

Kenapa Resume BRIN Menjadi Resume Contoh Diseluruh Dunia?

Kenapa Resume BRIN Menjadi Resume Contoh Diseluruh Dunia?

Tahukah anda bahawa resume yang anda gunakan untuk dijadikan contoh ketika mencari kerja adalah dihasilkan oleh seorang CEO di syarikat Google dan Alphabet.

Siapa Itu Sergey Brin?

Sergey Brin adalah seorang yang paling kaya dalam dunia serta sangat mahir dalam bidang teknologi. Beliau merupakan seorang CEO syarikat Google dan Alphabet dan berusaha sendiri untuk tubuhkan Google yang bernilai USD43.6 bilion.

Ciri-Ciri Dan Keistimewaan Resume BRIN

Ingin tahu ciri-ciri resume Brin? Berikut adalah ciri-ciri dan keistimewaan Brin :

  • Resume BRIN tidak menggunakan ayat yang terlalu panjang.
  • Kesalahan tatabahasa yang minima.
  • Mempunyai perincian yang sangat sesuai dan menarik minat untuk orang membacanya.
  • Di bahagian pengalaman kerjaya, Brin menerangkan setiap satu apa yang beliau pernah lakukan di setiap syarikat yang beliau pernah bekerja.
  • Brin menggunakan link dan HTML Code dari menaip atau menulis ayat yang panjang dalam resume beliau. Sangat menarik kerana beliau bijak menjadi lain daripada yang lain.
  • Menyertakan bersama hasil kerja Brin seperti research dan artikel yang pernah dibuat sebelum ini pernah diterbitkan dan ditonjolkan sekali kepada bakal majikan.

Contoh Resume BRIN

Ingin lihat bagaimanakah Resume BRIN untuk pertama kalinya dihasilkan? Rujuk gambar dibawah dan lihat betapa kreatifnya Brin dalam menghasilkan resumenya sehingga menjadi contoh pencari kerja sehingga masa kini.

Semoga memberi manfaat!

Categories
Resume

Mengapa Resume Elon Musk Menjadi Trend Pencari Kerja Masa Kini?

Mengapa Resume Elon Musk Mencari Trend Pencari Kerja Masa Kini?

Elon Musk merupakan seorang CEO yang membangunkan platform PayPal, SpaceX dan Tesla Motors. Beliau juga tersenarai dalam manusia terkaya di dunia dan pernah disenarai dalam Majalah Forbes sebagai Orang Yang Paling Berkuasa di Dunia pada Disember 2016.

Namun, apakah kaitan Elon Musk dengan resume? Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, lihat dahulu cara membuat resume dengan menggunakan Power Point agar kelihatan lebih menarik dan up to date.

Ciri-Ciri Resume ELON MUSK

Ciri-ciri resume ELON MUSK yang menjadi ikutan pencari kerja pada masa kini ialah :

  • Mempunyai 1 muka surat sahaja.
  • Padat dengan maklumat yang diinginkan oleh para majikan.
  • Merupakan resume berbentuk infografik.
  • Dimasukkan dengan four-level rating system dimana kemahiran yang disenaraikan tidak diletakkan dengan 4 bar penuh.

Resume ELON MUSK ini sangat sesuai digunakan oleh graduan universiti kerana ia adalah satu contoh resume yang terbaik buat anda. Ia juga sangat ringkas tetapi padat dengan maklumat dan isi penting yang berkaitan tentang diri pemohon kerja.

Contoh Resume ELON MUSK

Berikut adalah contoh resume ELON MUSK yang boleh dijadikan contoh untuk anda.

Semoga Bermanfaat!

Categories
Resume

Berapa Warna Yang Sesuai Untuk Resume Anda?

Berapa Warna Yang Sesuai Untuk Resume Anda?

Template resume kini kebanyakannya menggunakan beberapa jenis warna dalam kandungan resume tersebut. Ia berfungsi untuk mengasingkan seksyen atau bahagian maklumat atau isi kandungan resume dengan mudah.

Namun adakah penggunaan warna di dalam resume ini dibolehkan dan sesuai untuk resume anda?

Baca perkongsian ini untuk mengetahui sama ada penggunaan warna boleh digunakan atau tidak di dalam resume serta berapakah warna yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Bolehkah Menggunakan Warna Di Dalam Resume?

Ya boleh. Ini kerana warna membantu untuk memberikan kesan yang positif kepada pemohon. Jika warna hitam putih menampakkan resume anda kelihatan profesional, penggunaan warna yang lain pula menunjukkan anda seorang yang kreatif.

Pastikan anda limitkan penggunaan warna dan tidak keterlaluan. Gunakan warna yang berlainan lebih kurang 2 warna sahaja dan sesuaikan dengan bidang kerja yang anda pohon.

Jumlah Warna Yang Sesuai Diletakkan Di Dalam Resume Anda

Anda boleh memasukkan minimum 3 warna ke dalam resume anda. Jika terlebih warna, khuatir juga resume anda seolah-olah lukisan kanak-kanak tadika pula. Antara warna yang dicadangkan adalah :

  • Hijau
  • Hitam
  • Putih
  • Biru
  • Merah
  • Biru
  • Oren

Dan pelbagai warna yang difikirkan sesuai.

Kesesuaian Penggunaan Warna

Anda boleh menggunakan warna selain hitam dan putih dengan tujuan :

  • Menarik perhatian
  • Sepadan Dengan Kehendak Majikan
  • Menunjukkan kreativiti

1. Menarik perhatian

Objektif utama warna yang boleh digunakan dalam resume anda adalah untuk menarik perhatian pembaca ke kawasan tertentu pada resume. Secara amnya, majikan atau sumber manusia hanya menghabiskan beberapa saat membaca resume sebelum memutuskan untuk menyimpannya atau tidak. Ia menarik perhatian mereka  untuk fokus pada maklumat yang penting sahaja. Letakkan warna pada tajuk maklumat resume anda.

2. Sepadan Dengan Kehendak Majikan

Keperibadian dan watak yang anda tunjukkan dalam resume dapat membantu majikan atau sumber manusia memutuskan adakah anda sesuai dengan kehendak mereka. Sekiranya anda memohon pekerjaan di pejabat dengan suasana moden dan tidak formal, skema warna terang dapat membantu anda menonjol sebagai prospek yang serasi. Sebagai alternatif, jika anda mengemukakan permohonan anda kepada syarikat yang lebih formal atau tradisional, penggunaan warna yang natural sesuai digunakan. Dapatkan maklumat syarikat untuk menentukan penggunaan warna yang sesuai dalam resume anda.

3. Menonjolkan kreativiti

Melalui penggunaan warna yang sesuai dan penyesuaian warna yang tepat menunjukkan kreativiti anda dan menarik perhatian majikan untuk terus membaca resume anda. Ia sangat sesuai sekiranya anda memohon pekerjaan yang memerlukan daya kreatif dalam setiap tugasan seperti pereka fesyen, pereka grafik, pelukis animasi, pereka dalaman dan guru.

Penggunaan Warna Hitam Putih Dalam Resume

Dalam beberapa keadaan, penggunaan hitam dan putih boleh menjadi lebih berkesan daripada menerapkan warna dalam resume.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk penggunaan warna hitam putih dalam resume :

Kekurangan pengalaman reka bentuk

Menggunakan warna hitam dan putih lebih mudah dan sederhana daripada menggunakan warna. Ini juga membolehkan anda memberi tumpuan kepada kandungan anda tanpa gangguan atau elemen yang kompleks. Sekiranya isi kandungan disusun dengan baik dan resume ditulis dengan baik, ia tetap menarik dan berkesan, walaupun tanpa warna yang terlalu terang.

Permohonan secara online

Salah satu kelemahan penggunaan warna dalam resume anda adalah kemungkinan reka bentuk menjadi rosak atau diubah ketika anda menghantar resume melalui online. Pertimbangkan juga sekiranya resume anda di imbas menggunakan sistem ATS. Resume berwarna-warni anda mungkin berubah ketika dibuka di skrin orang lain. Sekiranya warnanya diubah, ayat anda mungkin sukar atau langsung tidak dapat dibaca. Sekiranya anda menggunakan hitam dan putih atau kelabu, anda boleh mengelakkan masalah ini sepenuhnya.

Jadi, selepas ini anda boleh membuat resume yang cantik dan menarik mengikut kreativiti anda. Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon untuk tonjolkan kebolehan anda dan membolehkan majikan fokus pada maklumat tentang diri anda yang mereka inginkan untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Resume

5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume

5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume Anda

Jika anda mempunyai kemahiran perkeranian seperti pengurusan pemfailan, memasukkan data, komunikasi yang cekap melalui telefon dan membuat jadual temu janji, masukkannya ke dalam resume anda.

Ini adalah kemahiran asas yang perlu ada pada setiap orang kerana kemahiran ini dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai pengalaman yang diperlukan oleh setiap majikan.

Ia adalah bonus buat anda.

Contoh Kemahiran Perkeranian

Berikut adalah contoh umum kemahiran perkeranian yang boleh di masukkan ke dalam resume anda :

  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Kemahiran asas komputer
  • Kreatif
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengetahuan asas matematik

1. Komunikasi lisan dan bertulis

Anda akan banyak berkomunikasi dengan pelbagai orang di pejabat bermula daripada pekerja biasa,  rakan sejawat, pelanggan, eksekutif dan pengurus syarikat. komunikasi yang akan berlaku mungkin melalui telefon, secara langsung, emel, Skype dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang ada dapat membantu anda membina hubungan yang baik di tempat kerja dan meningkatkan prestasi kerja anda

Kemahiran komunikasi bertulis pula lebih banyak melibatkan emel secara profesional kepada pelanggan atau pekerja. Emel tersebut harus menggunakan penggunaan bahasa yang profesional, tiada kesalahan tatabahasa dan juga mudah difahami. Kemahiran komunikasi bertulis juga melibatkan penggunaan Microsoft Word untuk menaip dokumen di tempat kerja termasuk memo, pembentangan atau penyediaan bahan maklumat lain.

2. Kemahiran asas komputer

Anda boleh menyelesaikan banyak tugas asas dengan menggunakan komputer. Kemahiran asas menggunakan komputer membolehkan anda menyelesaikan tugas mudah seperti memasukkan data dengan menggunakan spreadsheet di dalam Microsof Excel. Penting juga untuk anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan Microsoft Office yang lain seperti PowerPoint, One Note dan Outlook untuk kegunaan seharian.

Tingkatkan kemahiran menaip supaya semua kerja atau tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang kesalahan.

3. Kreatif

Anda perlu mempunyai fikiran yang kreatif apabila berlakunya keadaan atau kejadian yang muncul secara tiba-tiba dan tidak disangka. Dengan pemikiran yang kreatif anda dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat

4. Pengurusan Organisasi

Menyimpan dokumen dalam bentuk digital atau cetakan yang difailkan dan disimpan akan membantu anda mengetahui di mana dokumen penting berada sekiranya anda perlu mengambilnya dengan segera. Kemahiran ini juga dapat memastikan bahawa maklumat sulit disimpan di tempat yang selamat, mengurangkan risiko kehilangan atau dicuri.

Ia juga membantu anda untuk mengingati projek, tugas dan mesyuarat yang akan datang. Dengan membuat nota semasa pembentangan atau tutorial kerja, anda dapat merujuk maklumat tersebut apabila diperlukan.

5. Pengetahuan asas matematik 

Bergantung pada jawatan, anda mungkin perlu mengetahui asas matematik dan cara memasukkan nombor terutamanya menggunakan Microsoft Excel. Hal ini kerana kebanyakan syarikat menggunakan Microsoft Excel untuk mencatat dan mengatur maklumat bernombor serta diperlukan dalam membuat asas perakaunan.

Contoh Resume Bahagian Kemahiran Perkeranian

Masukkan dengan lengkap jenis kemahiran yang anda ada beserta tugasan yang telah anda siapkan seperti contoh di bawah :

Bahagian kemahiran 

Kemahiran Teknikal

  • Program perisian perakaunan seperti AutoCount untuk memproses hutang, penghutang, penerimaan, pengeluaran dan baucar akaun serta data gaji.
  • Perisian ERP.

Kemahiran Tambahan

  • Penilitian tugasan dengan terperinci
  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Pemikiran kritikal dan kreatif
  • Penyelesaian masalah
  • Rekonsiliasi untuk jumlah
  • Penyediaan penyata aliran tunai
  • Penyediaan laporan, pengeluaran invois
  • Pengiraan hutang, kos, kadar, jumlah, liabiliti menggunakan Microsoft Excel

Bahagian pengalaman kerja 

Dewan Bandaraya Orange
Pembantu Perkeranian | Mei 2020-Disember 2022

  • Menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk edit gambar laman web, risalah, pembentangan dan logo syarikat.
  • Membuat data menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan dokumen.
  • Adobe InDesign digunakan untuk membuat layout dan memformat teks, lebar kotak dan jarak untuk bahan syarikat.
  • Meneliti dan memasukkan transaksi kewangan ke dalam sistem pengurusan pangkalan data, seperti Microsoft Access dan Microsoft Excel.

Sekurangnya dengan meletakkan kemahiran perkeranian ini ke dalam resume dapat membuatkan majikan mengetahui kemahiran asas anda selain daripada kemahiran lain yang diperlukan oleh mereka.

Selamat mencuba.

Categories
Resume

Apa Yang Tidak Perlu Dalam Cover Letter Anda. Jangan sesekali Masukan No 5

Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda. No 5 Jangan Sesekali Masukkan

Cover letter merupakan satu dokumen yang sangat penting ketika membuat permohonan kerja. Sesetengah permohonan kerja, bakal majikan meminta pemohon kerja menghantar resume beserta cover letter dan sesetengahnya tidak kisah anda hantar atau tidak cover letter ketika membuat permohonan kerja.

Dengan adanya cover letter, ia melengkapkan permohonan kerja anda dan memudahkan permohonan kerja anda. Namun diingatkan untuk tidak membuat kesilapan seperti tidak memasukkan maklumat dengan betul atau beberapa kesilapan ya tidak disengajakan.

Cover letter ini merupakan satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada bakal majikan dan tunjukkan bahawa anda adalah calon terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda

Perkara yang tidak diperlukan dalam cover letter anda ialah :

1. Kesalahan Ejaan Dan Tatabahasa

Cover letter adalah satu bukti yang nyata untuk menujukkan kelebihan diri anda terutamanya dari segi kemahiran menulis dan kelemahiran untuk membuat sesuatu tugasan dengan terperinci.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan yang sekecil ini, baca berkali-kali cover letter anda atau minta rakan anda untuk membaca cover letter anda.

2. Kesalahan Nama Syarikat, Kesalahan Nama Mereka Yang Dihubungi

Pastikan anda double check untuk memastikan alamat atau nama syarikat atau nama orang yang perlu dihubungi adalah betul. Jika anda lakukan kesalahan ini, bagaimana pula untuk siapkan tugasan anda nanti?

3. Masukkan Maklumat Yang Tidak Betul

Ada calon yang memasukkan maklumat tidak betul ke dalam cover letter dan apabila bakal majikan mendapati ianya tidak sama dengan resume yang dilampirkan, bakal majikan merasakan calon telah menipu mereka dan tidak mungkin mengambil calon tersebut sebagai pekerja mereka.

4. Ayat Yang Terlalu Panjang

Bakal majikan tidak akan membaca cover letter sekiranya ayat cover letter anda terlalu panjang. Ini kerana ayat yang terlalu panjang sangat sukar untuk dibaca.

Pastikan setiap perenggan mempunyai 5 hingga 6 barisan dan tidak lebih 3 ayat sahaja serta pastikan bahagian atas dan bawah surat anda mempunyai perenggan.

5. Gaji Yang Dipohon

Jangan sesekali masukkan masukkan gaji yang dipohon kecuali diminta oleh bakal majikan. Perkara ini tidak begitu penting untuk dimasukkan ke dalam cover letter anda dan tunjukkan kesungguhan serta minat anda pada pekerjaan tersebut. Jadi, jangan sesekali masukkan perkara ini ke dalam cover letter anda.

6. Komen Negatif Tentang Majikan Anda

Hindarkan diri daripada memasukkan komen yang negatif tentang majikan anda yang sekarang atau yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa anda yang bermasalah dan bukan majikan anda.

7. Maklumat Tidak Berkaitan Dengan Pekerjaan

Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut dalam cover letter anda. Fokuskan dengan kelebihan anda untuk menjawat jawatan tersebut dan apakah yang anda tawarkan kepada bakal majikan.

8. Maklumat Peribadi

Bakal majikan tidak ingin tahu anda inginkan pekerjaan tersebut atas sebab  peribadi. Masukkan alasan yang lebih profesional yang menarik perhatian majikan untuk menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda. Ingat, matlamat anda adalah untuk menawarkan yang terbaik kepada bakal majikan dan menjadikan anda adalah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

9. Jangan Jadikan Sebagai Batu Loncatan

Kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu tugasan. Jangan jadikan pekerjaan baru sebagai satu latihan dan mengambil masa yang lama untuk mahir dalam pekerjaan anda.

10. Apa Yang Anda Mahukan

Cover letter bukanlah satu perkara yang bertujuan untuk menyatakan kehendak anda, tetapi menawarkan sesuatu kepada bakal majikan anda.

11. Apa Yang Anda Tidak Inginkan

Jangan ceritakan tentang apa yang anda tidak suka dengan pekerjaaan anda yang lalu dan sebagainya. Simpan semua rasa ini sehinggalah anda ditawarkan dengan pekerjaan yang baru dan pastikan anda ceritakan perkara yang positif sahaja.

12. Kelayakan Yang Anda Tidak Miliki

Diingatkan juga supaya anda tidak memasukkan kelayakan yang anda tidak miliki ke dalam cover letter anda. Ini adalah idea yang tidak baik dan fokuskan dengan kemahiran serta kelebihan anda yang sedia ada.

13. Penjelasan Meninggalkan Pekerjaan Yang Lalu

Anda tidak perlu menjelaskan mengapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang lalu  sebaliknya fokus pada pekerjaan yang akan datang dan masa hadapan.

14. Banyak Memuji & Ayat Yang Berbunga

Gunakan ayat yang lebih mudah dan senang untuk difahami. Tidak perlu banyak memuji dan ayat yang berbunga-bunga sehingga tidak difahami oleh bakal majikan.

15. Minat Yang Keterlaluan

Jangan terlalu menunjukkan yanga nda sangat berminat dengan pekerjaan tersebut seolah-olah anda sangat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Jangan merayu untuk dipanggil temuduga dan sebagainya. Tonjolkan sahaja kelebihan anda pada bakal majikan anda.

Juga dapatkan jenis-jenis cover letter yang perlu anda tahu beserta contohnya disini.

Categories
Resume

8 Perkara Yang Harus Diupdate Dalam Resume Anda

Resume : Pastikan Sentiasa Update Dengan 8 Perkara Berikut

Dalam dunia yang sentiasa banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, pentingnya disini untuk sentiasa update resume anda agar mudah mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

Anda juga perlu menyemak semula resume anda sekiranya membuat permohonan baharu untuk mendapatkan pekerjaan dan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menghantar resume anda.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika update semula resume anda?

Juga diingatkan kepada pencari kerja agar tidak mengulangi 9 kesilapan ketika menghantar resume. Nombor 5 adalah kesalahan yang paling kerap dilakukan. Klik disini untuk dapatkan apakah 9 kesilapan tersebut tersebut.

8 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Update Resume

1. Masukkan Keywords Yang Bersesuaian

Semak semula apakah deskripsi tugasan yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut. Kemudian masukkan keywords yang sesuai dan sepadan dengan pekerjaan tersebut. Pastikan keywords tersebut adalah berkaitan dengan kehendak pekerjaan, kemahiran, majikan yang lalu dan kelayakan anda.

2. Keluarkan Maklumat Lama

Maklumat yang berkaitan dengan pengalaman kerja yang lalu 10 hingga 15 tahun lepas boleh digantikan dengan pengalaman kerja yang terkini.

Juga, tidak perlu masukkan maklumat persekolahan serta pengajian kolej semata-mata untuk padatkan resume anda dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan.

3. Masukkan Maklumat Yang Terkini

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Masukkan maklumat profesional anda seperti :

  • Pekerjaan terkini
  • Maklumat pendidikan terkini
  • Kemahiran terkini

4. Keluarkan Objektif Resume

Gantikan objektif resume anda dengan profil resume anda. Ia lebih menekankan tentang :

  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pencapaian

Pastikan 3 perkara ini mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon kerana profil resume adalah cara yang terbaik untuk anda menawarkan kepada majikan perkara yang mereka inginkan.

5. Tonjolkan Pencapaian Anda

Senaraikan pencapaian anda ketika update resume anda. Masukkan nombor seperti peratusan pencapaian anda pada pengalaman kerja yang lalu. Ini menunjukkan anda berjaya mencapai target dan melakukan tugasan dengan baik.

6. Baca Semula

Setelah siap di update, pastikan anda membaca semula atau meminta rakan untuk membaca resume anda agar dapat mengenalpasti kesilapan atau kesalahan kecil yang dilakukan.

7. Update Resume Online

Jika anda pernah menghantar resume secara online dimana-mana laman web, juga gantikan atau update resume anda dengan resume yang terkini. Apabila anda update dengan resume terkini, secara automatik juga sistem akan padankan dengan pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan anda.

8. Update Dengan Kerap

Ia adalah satu perkara yang bagus kerana apabila anda mendapat pekerjaan yang baru, pencapaian terkini dan menyambung belajar, anda boleh terus masukkan ke dalam resume anda. Ia lebih mudah apabila anda sentiasa update resume berbanding update selepas berpuluh tahun.