Portal Jawatan Kosong Terkini

Tips Berpakaian Simple Tetapi Kemas Semasa Hadir Temuduga Untuk Calon Lelaki

Pakaian Untuk Hadir Temuduga

Jika hendak hadir temuduga pastinya ramai memikirkan untuk menyediakan semua sijil serta persediaan menjawab soalan dengan betul sekiranya ditanya oleh penemuduga. Tetapi jangan lupa perkara penting ini iaitu penampilan diri dari segi pemakaian untuk hadir temuduga nanti.

Terdapat pelbagai jenis tips berpakaian untuk hadir temuduga tetapi tahukah anda pakaian warna apa yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga nanti? Dapatkan tips warna yang sesuai dipakai disini terlebih dahulu untuk temuduga anda nanti.

Tips Berpakaian Simple Tetapi Kemas Dan Menarik Ketika Temuduga

Seperti anda tahu, pakaian merupakan satu lambang keperibadian pemakainya dan perkara ini perlu dititikberatkan serta mempengaruhi pandangan pertama bakal majikan anda.

1. Jam Tangan

Jam tangan yang sesuai dipakai ialah jenis profesional dan nampak formal serta bertali kulit atau jenis besi. Elakkan memakai jam tangan jenis sport walaupun jam tangan anda tersebut dengan harga yang sangat mahal. Juga, elakkan daripada memakai jam tangan yang bertali getah dan berwarna warni.

2. Stokin Dan Kasut

Seeloknya pakai kasut berwarna hitam atau dark brown dan padankan dengan stokin berwarna hitam atau dark brown juga. Elakkan memakai kasut sport dan pilih kasut yang sesuai.

3. Tali Leher

Jika anda ingin memakai tali leher ketika temuduga, pilih tali leher yang bersesuaian warnanya dengan baju kemeja yang anda pakai. Sekiranya anda memakai kemeja berwarna putih, anda boleh memilih warna biru atau hitam dengan corak yang kecil dan tidak berwarna warni atau pilih sahaja tali leher kosong tanpa sebarang corak.

4. Seluar Jenis Slack

Jangan sesekali memakai seluar jeans ketika temuduga. Malah, anda juga dilarang memakai seluar jenis potongan skinny atau slim fit kerana ia sangat tidak sesuai ketika temuduga.

Terdapat 3 jenis potongan seluar slack yang sesuai dipakai ketika temuduga ialah :

  • Double Pleat : Sesuai untuk anda yang berbadan besar
  • Single Pleat : Sesuai untuk anda badan bersaiz sederhana dan kecil
  • Flat Front : Sesuai untuk anda berbadan kecil

Sebaiknya pakai seluar yang berwarna gelap ketika temuduga dan tidak terlalu terang seperti warna kuning, pink, kuning dan ungu.

5. Kemeja

Juga diingatkan kepada calon lelaki untuk memakai kemeja yang selesa dan tidak terlalu fit seperti kemeja slim fit semata-mata untuk kelihatan terlalu kemas. Risau juga nanti bila duduk butang baju tercabut pula. Jangan pula anda memakai baju yang terlalu besar.

Pakai kemeja yang berwarna putih, navy blue dan  pink lembut dan padankan dengan warna seluar anda.

6. Blazer

Blazer bukanlah pakaian yang wajib dipakai ketika temuduga. Tetapi jika anda ingin pakai blazer ketika temuduga, pakai dengan betul dan padankan dengan warna seluar dan kemeja anda. Kebanyakan calon lelaki memilih suit berwarna hitam kerana ia adalah warna pakaian yang paling selamat ketika temuduga anda.

Semoga member manfaat!