Month: January 2021
“Kenapa Berhenti Kerja Lama??”
Sedap bersembang santai dengan bakal majikan baru tiba-tiba soalan ni diajukan terus. Selalu je dengar soalan popular macam ni tapi bila ditanya depan-depan boleh buat korang diam seribu bahasa.
Banyak sebab yang boleh korang cakap kenapa tapi percayalah 90 peratus mesti keburukan dan segala perkara negatif.
Jika masih ada yang keliru jawapan apa yang paling sesuai diberi ya. Pastikan korang tak tertinggal tiga jawapan bernas ni, confirm bakal majikan suka!
1. Mahu timba pengalaman baru
Sebab utama mestilah nak tambah pengalaman kerana kita sendiri takkan belajar kalau duduk di satu tempat je kan? Sudah semestinya korang akan belajar benda baru di syarikat lain, walaupun skop kerja tak jauh beza pun. Persekitaran, pengurusan syarikat, budaya dan lain-lain akan berbeza dari tempat kerja lama.
2. Ekspresskan minat terhadap syarikat untuk kembangkan pengalaman
Segala titik hitam yang korang alami di syarikat lama, tinggalkan. Lagi elok korang start fresh bermula dari sesi temuduga bakal kerjaya baru korang. Tekankan minat korang terhadap syarikat yang baru ni. Bina kepercayaan dan yakinkan bakal majikan yang korang betul-betul minat untuk kerja bersama.
3. Tak dedahkan unsur negatif syarikat lama
Issh hipokritnya bagi jawapan klise kepada bakal majikan korang, tiada unsur negatif pun di tempat kerja lama. Berterus terang kan lebih bagus? Cuba korang kutuk habis-habisan tentang tempat kerja lama pada bakal majikan, ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada mereka sebenarnya. Soalan-soalan seperti ni sebenarnya nak uji kredibiliti dan tahap profesionalism pada diri.
Di atas merupakan antara jawapan terbaik yang anda boleh berikan kepada majikan baru sekiranya soalan Kenapa Berhenti Kerja Lama? di tanya dalam sesi temuduga anda. Semoga perkongsian ini membantu anda.
Sama seperti resume dan Curriculum Vitae (CV), Cover Letter juga merupakan dokumen penting yang wajib anda bawa semasa menghadiri temuduga. Namun, fahamkah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Cover Letter?
Kebanyakan graduan dan pencari kerja sering menyalah tafsir maksud sebenar Cover Letter. Ramai yang menganggap Cover Letter adalah merupakan ringkasan kepada resume anda. Pendapat ini salah sama sekali.
Jika Cover Letter adalah ringkasan kepada resume, ini bermaksud kedua-dua dokumen ini memaparkan maklumat yang sama. Jadi, sia-sia sahaja majikan mengarahkan anda membawa kedua-duanya.
Kesilapan yang dilakukan ini menyebabkan penemuduga tidak akan melihat Cover Letter anda. Beliau akan terus meletak tepi Cover Letter yang anda bawa itu kerana maklumat yang diinginkannya sudah tercatat dalam resume anda.
Untuk makluman, Cover Letter merupakan antara dokumen yang paling penting dan harus diletakkan paling atas dalam penyusunan dokumen sebelum menghadiri temuduga. Penemuduga akan melihat Cover Letter anda terlebih dahulu. Sekiranya maklumat yang dinyatakan dalam Cover Letter itu menarik perhatiannya, barulah dia akan beralih ke resume pula.
Jadi, dapatlah anda lihat di sini betapa pentingnya Cover Letter yang baik dan anda boleh bayangkan sendiri bagaimana jika anda tersalah langkah dalam menulis Cover Letter, pastinya akan menjejaskan peluang anda untuk diterima bekerja di tempat tersebut.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan butiran-butiran yang wajib ada dan pasti akan dilihat oleh penemuduga semasa temuduga. Pastikan kesemua butiran-butiran ini ada untuk memastikan Cover Letter anda itu menarik dan berkualiti. Berikut merupakan butiran-butiran tersebut.
PENCAPAIAN PROFESIONAL ANDA
Pastikan anda highlight pencapaian yang berjaya anda peroleh sepanjang tempoh anda bekerja sebelum ini. Penemuduga ingin melihat senarai pencapaian anda contohnya seperti kenaikan pangkat anda dalam tempoh yang singkat, memperoleh anugerah daripada tempat kerja lama anda atau kemahiran unik lain yang ada pada diri anda.
Anggaplah Cover Letter ini sebagai medium untuk memaklumkan kepada penemuduga tentang pencapaian terbaik anda.
TEMPOH ANDA BEKERJA
Inilah sebab utama Cover Letter diletakkan di bahagian paling hadapan dalam senarai susunan dokumen yang wajib dibawa semasa temuduga. Penemuduga ingin tahu tempoh berapa lama anda bekerja contohnya bermula tahun bila hingga tahun bila. Semua ini perlu dimasukkan dalam Cover Letter anda.
JAWATAN YANG DIPOHON DAN NAMA SYARIKAT
Butiran ini sangat-sangat wajib ditulis dalam Cover Letter anda. Butiran ini sangat mudah untuk ditulis tetapi malangnya, berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh penemuduga sebelum ini, majoriti calon temuduga tidak meletakkan butiran ini dalam Cover Letter mereka.
Jika tidak menulis butiran ini, penemuduga akan menganggap anda tidak ambil tahu tentang jawatan yang anda pohon serta nama syarikat mereka. Bukan itu sahaja, dengan menulis butiran ini, anda akan dilihat sebagai meletakkan effort yang tinggi kerana anda tidak menggunakan Cover Letter yang sama semasa menjalani temuduga di tempat lain.
TULIS PERKARA BAIK SEBAGAI MEMPROMOSI DIRI ANDA
Sebenarnya, penemuduga ingin mencari seorang pekerja yang berkualiti dan mampu menjadi aset kepada syarikat. Nilai-nilai yang berkaitan dengan perkara ini akan dicari oleh penemuduga dalam Cover Letter anda.
Jadi, pastikan anda tulis perkara-perkara yang baik tentang diri anda dan menampakkan anda sebagai seorang pekerja berkualiti serta mampu menjadi aset buat syarikat tersebut. Harus diingat juga bahawa Cover Letter perlulah ringkas dan tidak boleh panjang seperti karangan.
Semoga dengan perkongsian ini dapatlah dijadikan panduan untuk anda sediakan Cover Letter yang terbaik untuk diserahkan kepada penemuduga. Pastikan kesemua butiran yang disenaraikan tercatat dalam Cover Letter anda. Semoga berjaya!
Pengetahuan tentang maksud bahasa tubuh sangat penting terutama sekali kepada calon temuduga. Hal ini kerana penemuduga selalunya bersikap profesional. Penemuduga tidak akan terus mengkritik anda secara terbuka contohnya seperti berkata “saya tidak suka cara kamu menjawab soalan saya.”
Penemuduga tidak akan sesekali berbuat demikian. Memanglah penemuduga akan sentiasa melemparkan senyuman buat anda kerana beliau menjaga etika profesionalnya. Pada masa yang sama, dalam senyumannya anda tidak tahu apakah yang sedang beliau fikir tentang anda.
Walaupun penemuduga tidak terus menzahirkan perasaannya secara terbuka terhadap anda namun sebenarnya anda boleh mengetahui apakah yang difikirkan oleh penemuduga tersebut terhadap anda melalui bahasa tubuh yang dilakukannya.
Dalam artikel ini akan dikongsikan maksud di sebalik bahasa-bahasa tubuh yang sering dilakukan oleh penemuduga. Pengetahuan ini penting untuk anda sentiasa berhati-hati ketika menghadapi temuduga.
Selain itu, dengan mengetahui maksud bahasa tubuh juga mampu menyelamatkan anda daripada tidak diterima semasa temuduga tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengetahui maksud bahasa tubuh bosan yang dilakukan oleh penemuduga, anda boleh menukar cara jawab soalannya dengan serta-merta. Berikut merupakan maksud-maksud di sebalik bahasa tubuh penemuduga terhadap anda.
CARA MENDAGU

Amat bahaya jika anda melihat penemuduga menongkat dagu dengan tapak tangannya (seperti dalam gambar). Penemuduga itu sebenarnya sedang menunjukkan reaksi bosan terhadap anda. Jadi, segeralah tukar gaya anda menjawab soalannya atau tukarlah cara anda memberi feedback kepadanya.
Berbeza pula jika penemuduga meletakkan satu jari di pipinya (seperti dalam gambar). Beliau sebenarnya berminat dengan cara anda menyampaikan feedback atau jawapan kepada soalan yang disoalnya. Jadi, kekalkan gaya anda itu.
CARA MELETAKKAN TANGAN ATAS MEJA

Perhatikan juga cara penemuduga meletakkan tangannya di atas meja. Anda perlu berhati-hati dan segera tukarkan gaya jawapan sekiranya penemuduga itu meletakkan tangannya di atas meja dengan posisi melipat siku. Ini bermakna penemuduga itu kurang senang dengan cara anda.
Jika penemuduga meletakkan tangan dengan posisi terbuka di atas meja (seperti gambar kanan) bermakna beliau sebenarnya selesa dengan cara anda. Kekalkan gaya jawapan tersebut dan pastikan penemuduga selesa dengan anda sehingga ke akhir sesi temuduga.
CARA PANDANGAN DAN ARAH MATA PENEMUDUGA

Sekiranya arah bebola mata yang fokusnya ke atas, ini bermakna penemuduga tidak selesa dengan anda kerana anda telah mengawal sepenuhnya sesi temuduga itu sehingga mengambil alih bahagiannya.
Tidak salah untuk menjadi aktif, tetapi jika terlalu aktif, penemuduga bakal berasa tidak selesa. Jika arah mata penemuduga selari dengan anda, itu bermaksud beliau selesa dan meraikan anda dengan baik.
TELITI PERGERAKAN MATA PENEMUDUGA UNTUK MENGETAHUI APA YANG BELIAU FIKIRKAN TENTANG ANDA

Untuk mengetahui apakah yang sebenarnya difikirkan oleh penemuduga terhadap anda ketika temuduga sedang dijalankan, anda perlu melihat arah pergerakan bebola matanya.
Jika bebola mata beliau mengfokuskan pandangan ke arah kiri bawah seperti dalam gambar pertama, beliau sedang memberi fokus kepada anda. Sebaliknya, jika pandangannya ke arah bawah juga tetapi kanan seperti gambar di bawah, beliau sebenarnya sedang memikirkan tentang perasaan.
Jika arah pandangan mata penemuduga merujuk selari di bahagian kanan seperti gambar kedua, beliau sedang memikirkan tentang bunyi manakala jika arah matanya ke arah atas pula beliau sebenarnya sedang berfikir tentang gambaran.
Pastikan anda sentiasa perhati arah pergerakan matanya dan pastikan juga arah pergerakan matanya sentiasa seperti dalam gambar pertama kerana arah pandangan mata seperti itu sahaja yang menunjukkan penemuduga sentiasa fokus kepada anda.
TANDA GAYA TUBUH YANG MENUNJUKKAN PENEMUDUGA MULA TIDAK MENYUKAI ANDA

Sekiranya penemuduga membuat gaya seperti dalam gambar, adalah dinasihatkan supaya anda mengubah topik dengan segera.
Gaya tubuh tersebut menandakan bahawa penemuduga sebenarnya sudah mula tidak menyukai anda sama ada dari segi gaya anda mahupun cara anda memberikan jawapan kepadanya. Oleh itu, ubah topik dengan segera untuk pastikan penemuduga mempunyai mood semula.
TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA MULAI MALAS MELAYAN ANDA

Apabila penemuduga melakukan gaya tubuh seperti dalam gambar, sebaiknya anda ubah gaya jawapan anda dengan segera. Gaya tubuh itu menandakan penemuduga sudah mula bosan untuk melayan anda kerana mungkin daripada gaya anda yang kurang menarik.
JANGAN SESEKALI DUDUK DENGAN POSTUR BEGINI

Duduk dengan tegak serta sopan semasa anda ditemuduga. Jangan sesekali duduk dengan mengangkat kaki ke riba seperti dalam gambar. Gaya duduk seperti itu sangatlah tidak sopan. Penemuduga akan melabel anda sebagai tidak tahu adab dan kesannya anda mungkin tidak akan diambil bekerja dengan syarikat tersebut.
TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA MENYUKAI ANDA

Cuba lihat pada ibu jari penemuduga itu. Jika ibu jarinya itu diangkat seperti dalam gambar, itu bermaksud penemuduga menyukai anda. Peluang anda agak cerah jika penemuduga membuat bahasa tubuh begitu.
TANDA GAYA TUBUH PENEMUDUGA BERASA MARAH TERHADAP ANDA

Dengan cara menyilang tangan di belakang dan memegang lengan, itu bermaksud penemuduga menunjukkan rasa marah terhadap anda. Lagi tinggi tangannya dipegang pada lengan, bermakna lagi bertambah kemarahannya. Jadi, sila hati-hati jika penemuduga membuat begini.
JANGAN LETAKKAN TANGAN BEGINI KETIKA BERDIRI

Jangan sesekali meletakkan tangan secara “cross arm” seperti yang ditunjukkan dalam gambar ketika berdiri. Gaya tangan ini dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak disukai oleh penemuduga.
Diharapkan semoga dengan mengetahui maksud di sebalik tanda-tanda tubuh yang sering dilakukan oleh penemuduga ini dapatlah sedikit sebanyak membantu anda.
Tidak menjadi masalah jika penemuduga membuat gaya tubuh yang membawa maksud beliau menyukai anda tetapi amat bermasalah jika gaya tubuh tersebut bermaksud penemuduga mula merasai perkara tidak baik terhadap anda. Segeralah ubah gaya anda untuk menarik semula perhatiannya.
Ramai calon temuduga bagi jawatan dalam sektor kerajaan mengadu bahawa mereka perlu melalui fasa yang sangat getir ketika temuduga. Temuduga untuk jawatan kerajaan ini adalah sangat sukar berbanding dengan temuduga untuk jawatan bagi sektor swasta.
Hal ini kerana, dalam sektor kerajaan, tapisan yang sangat hebat dilakukan untuk memastikan hanya calon yang betul-betul berkualiti sahaja diterima. Jadi, walaupun sedikit kesalahan yang anda lakukan, peluang anda untuk diterima bekerja akan kurang banyak peratus.
Oleh yang demikian, dalam artikel ini akan dikongsikan tips persiapan temuduga kerajaan. Anda bolehlah mengamalkan tips-tips ini untuk memastikan tiada kesilapan dibuat semasa temuduga. Berikut merupakan tips-tips tersebut.
BORANG
Sila pastikan dokumen-dokumen yang diarahkan untuk dibawa pada hari temuduga semuanya sudah tersedia. Dokumen-dokumen ini termasuklah resume, CV serta borang-borang yang harus anda isi dan perlu diserahkan semula kepada penemuduga.
Pastikan setiap butiran maklumat dalam borang ini diisi dengan lengkap. Selain itu, sila pastikan juga tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Untuk makluman, penemuduga dapat melihat karakter anda daripada cara anda mengisi borang tersebut.
Jika borang tersebut tidak diisi dengan lengkap serta tulisan anda seperti cakar ayam, sudah pasti penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang cuai dan begitu jugalah sebaliknya.
RESUME
Tips dalam penghasilan resume mudah sahaja. Anda boleh gunakan panduan membuat buku skrap dalam penghasilan resume. Jika anda pernah melihat buku skrap sebelum ini, muka hadapannya mestilah dihias dengan hiasan berkaitan contohnya seperti logo SPA, jata kerajaan Malaysia dan lain-lain.
Selain itu, maklumat-maklumat lain yang penting tentang diri anda seperti nombor kad pengenalan, jawatan yang dipohon dan lain-lain perlu disertakan. Letakkan juga pembahagi ataupun “divider” dalam fail anda bagi memisahkan suatu bahagian dokumen dengan dokumen yang lain.
Gunakan warna yang berbeza dalam membuat pemisah ini bagi mencantikkan lagi fail di samping memudahkan penemuduga untuk mencari dokumen dalam fail tersebut. Di samping itu, gunakanlah design menggunakan komputer anda bagi menampakkan diri anda sebagai seorang yang celik IT.
SIJIL
Salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan calon temuduga adalah membawa salinan sijil kosong tanpa disahkan. Ingat! Dalam setiap urusan yang memerlukan salinan sijil, pastikan salinan sijil tersebut telah disahkan oleh Ketua Kampung, JKK, pegawai kerajaan gred tinggi atau lain-lain. Bukan sahaja salinan sijil, salinan kad pengenalan juga haruslah disahkan juga.
Selain itu, letakkan sijil asli dalam fail flip yang boleh diselak dan mudah untuk penemuduga lihat serta ambil. Jangan letakkan sijil dalam envelop fail yang akan menyusahkan penemuduga untuk buka dan cari satu per satu.
PEMAKAIAN
Pemakaian merupakan salah satu perkara yang sangat perlu untuk dititikberatkan oleh seseorang calon temuduga itu. Pemakaian yang sesuai penting bagi mendapatkan first impression yang baik daripada penemuduga.
Tidak kiralah sama ada temuduga itu untuk kerja kerajaan mahupun swasta, calon temuduga perlulah memakai pakaian rasmi semasa menghadiri temuduga tersebut. Berikut merupakan sedikit panduan pemakaian semasa temuduga.
- Berwarna gelap (hitam, navy blue, maroon)
- Kosong dipadankan dengan corak batik. Elakkan baju bercorak meriah iaitu terlalu banyak design.
- Beg tangan bersaiz sederhana. (Seeloknya jangan bawa masuk beg tangan. Tinggalkan di luar bilik temuduga. Cuma bawa fail sahaja.)
- Pakai jam besi atau bertali kulit. (Jangan pakai aksesori lain seperti cincin dan sebagainya.)
- Kasut bertutup berwarna hitam kosong. Pastikan kasut itu flat ataupun hanya ada sedikit tumit sahaja. High heels adalah dilarang.
- Pakai tudung kosong berwarna gelap. Gayakan tudung cara paling simple.
- Make up yang nipis sudah memadai.
CARA MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
Apa yang paling penting adalah anda perlu sentiasa kekalkan ketenangan terutama sekali sebaik sahaja nama anda dipanggil untuk memasuki bilik temuduga. Jangan sesekali gelabah. Tarik nafas dan bertenang. Anggap sahaja anda seolah-olah ingin bertemu dengan Guru Besar di sekolah rendah dahulu. Untuk etika memasuki bilik temuduga, anda boleh ikuti tiga langkah mudah ini.
Sebaik sahaja nama anda dipanggil untuk memasuki bilik temuduga, jalan secara tenang ke arah bilik tersebut. Jangan gopoh! Kemudian, ketuk pintu bilik itu dan tunggu sehingga penemuduga berkata masuk barulah anda masuk. Jangan masuk sesuka hati anda tanpa mengetuk pintu. Penilaian terhadap anda sebenarnya bermula dari sini.
Setelah masuk jangan terus duduk. Biasanya, akan terdapat tiga orang penemuduga yang sudah bersedia untuk menemuduga anda. Pastikan anda duduk bertentangan dengan penemuduga yang berada di tengah. Jangan duduk selagi salah seorang daripada penemuduga itu tidak mempelawa anda untuk duduk.
Jangan sesekali “membontot” iaitu jangan pusing bahagian belakang kepada penemuduga. Jadi, jika kerusi tersebut berjauhan dengan anda, anda perlulah melangkah ke belakang dan duduk sebaik sahaja dipelawa oleh salah seorang daripada penemuduga.
CARA BERCAKAP
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa semasa temuduga, calon perlu menggunakan bahasa baku dan sangat formal. Salah sama sekali! Jangan gunakan perkataan yang terlalu formal dan jangan juga terlalu santai.
Paling penting untuk anda ingat adalah jangan sesekali terlalu banyak bercakap sehingga melebihi penemuduga. Penemuduga akan menganggap anda melalut. Jadi, hanya bercakap perkara-perkara yang berdasarkan fakta sahaja. Selain itu, jangan juga terlalu kurang bercakap. Perkara ini membuatkan anda dilihat sebagai seorang yang kurang produktif.
CONTOH SOALAN YANG WAJIB DITANYA
Terdapat beberapa soalan yang mesti akan ditanya semasa temuduga. Jadi, anda bolehlah bersedia dengan jawapan bagi soalan-soalan ini. Berikut merupakan contoh-contoh soalan tersebut.
- Perkenalkan diri anda.
- Apakah tugas seorang pembantu tadbir?
- Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia?
- Apakah jabatan yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian?
CARA MENGUNDUR DIRI SELEPAS TEMUDUGA
Sebaik sahaja sesi temuduga selesai, anda perlu berjalan ke depan semula untuk mengambil fail anda serta ucapkan terima kasih dengan riak wajah yang ceria. Salam penemuduga tersebut (yang sesama jantina sahaja).
Kemudian, langkah semula ke belakang dan jangan membontot penemuduga tersebut. Jalan keluar daripada bilik temuduga tersebut dengan sopan. Ingat! penilaian tetap berjalan sehingga anda melangkah keluar daripada bilik tersebut.
Diharapkan semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat persiapan menghadapi temuduga. Ikutlah kesemua tips yang telah diberikan ini. Semoga berjaya!
Banyak pula nama disebut untuk masuk ke dalam bilik temuduga. Kemudian bila anda masuk ke bilik temuduga ternyata anda akan ditemuduga secara berkumpulan.
Temuduga cara ini semestinya menjimatkan masa majikan dan dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang cepat.
Walaupun agak menakutkan kerana ramai calon, namun anda perlu bertenang dengan mengikut langkah persediaan yang dikongsikan ini.
Apa Itu Temuduga Berkumpulan?
Temuduga berkumpulan ini adalah di mana anda dan beberapa calon yang lain dipanggil masuk bersama-sama untuk ditemuduga. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui seberapa baik calon dapat berkomunikasi, bekerja sebagai satu pasukan dan bagaimana anda bekerja dalam situasi yang tertekan.

Penemuduga tidak akan beritahu bahawa anda akan ditemuduga secara berkumpulan sebelum anda masuk ke bilik temuduga.
Namun persediaan sewajarnya perlu anda lakukan sebelum anda hadir temuduga. Jadi bersedialah, jika dipanggil secara berkumpulan pun anda tentu tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan nanti.
Contoh Soalan Dan Jawapan Temuduga Kumpulan
Berikut adalah contoh soalan dan jawapan yang digunakan di dalam temuduga secara berkumpulan. Anda boleh gunakan soalan dan jawapan di bawah sebagai panduan. Sesuaikan dengan jenis temuduga yang bakal anda hadiri nanti.
Perlu diingatkan bahawa jawapan ini hanya bertujuan sebagai panduan sahaja :
- Beritahu saya tentang situasi di mana anda naik ke atas dan seterusnya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
- Bagaimana anda mendorong pelanggan untuk membeli salah satu produk kami?
- Bagaimana anda fikir kelebihan anda dapat memberi manfaat kepada syarikat kami?
- Namakan salah satu kelemahan anda yang ingin anda perbaiki.
- Apakah peranan anda dalam menyusun rancangan projek yang dibuat oleh kumpulan anda?
- Bagaimana menurut anda, matlamat anda sesuai dengan budaya syarikat kami?
1. Beritahu saya tentang situasi di mana anda naik ke atas dan seterusnya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Soalan ini memerlukan anda untuk berfikir dengan cepat dan membuat pertimbangan yang tepat. Dengan membincangkan senario pengurusan krisis dengan kumpulan, majikan dapat mengenalpasti bagaimanakah caranya anda menangani masalah ini.
Contoh: “Seorang pelanggan dipanggil untuk menyatakan keprihatinan mengenai kontraktor yang dilantik oleh syarikat kami. Saya mendengar kebimbangan mereka dan menghubungi kontraktor untuk bertanya mengapa terdapat kelewatan dalam menyelesaikan projek pelanggan yang penting. Selepas bercakap,kami membuat perjanjian untuk memberikan temujanji baru kepada kontraktor untuk hadir ke rumah pelanggan dan menyelesaikan projek tersebut. Selepas temujanji yang dijadualkan, saya memanggil pelanggan kembali untuk menerima maklum balas mengenai projek tersebut. Mereka memberitahu saya bahawa kontraktor gagal untuk hadir dan sangat kecewa. Saya bercakap dengan pengurus saya dan mendapat kebenaran untuk mengupah kontraktor lain dan menyuruh mereka menyelesaikan kerja secara percuma. Pelanggan mengucapkan terima kasih dan sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kontraktor. ”
2. Bagaimana anda mendorong pelanggan untuk membeli salah satu produk kami?
Soalan ini sesuai untuk temuduga untuk jawatan jurujual. Tunjukkan kemampuan anda menyelesaikan soalan ini dengan kreatif dan rasional. Melalui jawapan anda, majikan dapat mengetahui kebolehan anda untuk mengajak pelanggan berminat membeli produk dengan anda.
Contoh: “Saya akan berusaha melibatkan pelanggan dalam perbincangan mengenai minat mereka dan untuk apa mereka menggunakan produk ini. Walau bagaimanapun, anda perlu fokus membina hubungan dengan mereka untuk meningkatkan peluang penjualan pada masa sekarang dan masa depan. Ini adalah mengenai cara anda bercakap dengan pelanggan, bukan hanya produk atau mendapatkan hasil akhir penjualan sahaja. Sebagai contoh, jika pelanggan mendengar muzik dengan salah satu produk di kedai, saya mungkin bertanya kepada mereka jenis muzik yang mereka gemari. Dengan cara itu, saya dapat memulakan perbualan untuk mengetahui model mana yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Saya mempunyai pengalaman untuk jenis penjualan ini dalam pekerjaan saya sebelumnya, iaitu saya membimbing dan menerangkan kepada pelanggan melalui telefon mengenai pelbagai model telefon bimbit yang ditawarkan oleh syarikat untuk dijual.
3. Menurut anda bagaimana kelebihan anda dapat memberi manfaat kepada syarikat kami?
Tunjukkan kemahiran anda dan bagaimana anda menerapkannya dalam suasana yang profesional. Ini dapat mendorong minat majikan apabila mereka menghargai kisah yang anda ceritakan dan menyesuaikannya dengan pengalaman anda yang tercatat di resume.
Contoh: “Saya percaya bahawa saya adalah seorang boleh bekerja di dalam berkumpulan. Saya telah bekerja dalam jawatan yang memfokuskan kepada pelanggan selama lima tahun dan tahu betapa pentingnya tindak balas yang dan fleksibel terhadap keperluan pasukan saya dan juga keperluan pelanggan. Saya menyukai kenyataan bahawa syarikat anda mendorong kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk mengambil inisiatif dan berusaha menyelesaikan semua pertanyaan dalam satu panggilan. Saya juga berpendapat bahawa kebolehpercayaan saya akan menjadi aset yang besar untuk anda. Dalam dua peranan saya sebelumnya, saya mendapat pujian kerana kehadiran saya yang tinggi dan kemampuan saya untuk menyelesaikan kerja dalam jangka masa yang dipersetujui dengan pengurus saya. ”
4. Namakan salah satu kelemahan anda yang ingin anda perbaiki.
Soalan ini memberi anda peluang untuk menunjukkan peningkatan diri dalam kerjaya anda. Majikan ingin mengetahui bagaimana peningkatan diri anda boleh menyumbang ke arah perkembangan organisasi mereka.
Contoh: “Kadang kala, saya terlalu cerewet terhadap pekerjaan saya. Ini boleh menyebabkan kelewatan projek kerana saya merasa perlu memastikan semuanya kelihatan sempurna. Namun, sejak saya mula bekerja secara langsung dengan pelanggan sejak setahun yang lalu, saya mula belajar mengurus diri dan mengatur emosi saya dalam situasi tekanan tinggi.”
5. Apakah peranan anda dalam menyusun rancangan projek yang dibuat oleh kumpulan anda?
Tunjukkan peranan anda dalam kumpulan. Ceritakan pengalaman anda di tempat kerja yang terdahulu dan ceritakan dengan penuh keyakinan. Majikan akan menganalisis jawapan anda untuk melihat kemahiran insaniah dan komunikasi bukan lisan ketika menerima jawapan anda.
Contoh: “Saya secara sukarela mencatat perbincangan dan maklum balas dari pasukan saya mengenai bagaimana meneruskan strategi penjualan yang komprehensif. Saya seronok melakukannya kerana saya seorang yang teratur dan dapat meringkaskan maklumat serta dapat berfikir secara kreatif. Saya memastikan bahawa cadangan semua orang dicatat dan memastikan kami tidak membuang masa semasa perbincangan. Semasa menulis strategi penjualan, saya bekerjasama dengan kakitangan barisan depan dan menggunakan komputer rakan saya untuk membuat draf dan berkongsi dengan seluruh pasukan. ”
6. Menurut anda bagaimana matlamat anda sesuai dengan budaya syarikat kami?
Matlamat yang ada pada anda menentukan sama ada pekerjaan yang anda ditemuduga sesuai dengan anda. Sentiasa bersedia dengan maklumat mengenai matlamat dan hala tuju syarikat semasa menjawab soalan ini.
Contoh: “Matlamat yang terpenting buat saya adalah komuniti dan tanggungjawab. Saya percaya kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjadi sukarelawan dalam komuniti tempatan kita dan mempunyai kesan yang lebih besar pada perkara yang telah kita tinggalkan. Saya suka syarikat anda yang begitu fokus membantu keluarga tempatan mencari pilihan tentang penjagaan anak dan saya ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Saya berasa puas apabila mengetahui bahawa saya melakukan sesuatu yang mempunyai faedah kepada pelanggan dan saya rasa kerja yang akan saya lakukan di sini akan memberi saya lebih banyak peluang.
“Selain itu, saya suka dengan faedah yang diberikan syarikat terhadap pekerjanya. Saya seronok bekerja di persekitaran di mana rakan sekerja berinteraksi antara satu sama lain secara sosial dan profesional. Itulah sebabnya saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja. ”

Persiapan Untuk Menjawab Soalan
Persiapan untuk temuduga secara berkumpulan mungkin kelihatan seperti tugas yang luar biasa pada mulanya, tetapi tips di bawah ini menunjukkan beberapa strategi yang dapat dilaksanakan untuk membantu anda.
1. Teliti syarikat yang menemuduga anda
- Teliti maklumat syarikat seperti bidang yang dikendalikannya, apa yang dilakukan pekerjanya dan budaya korporatnya.
- Dapatkan maklumat melalui portal rasmi syarikat kerana kemungkinan penemuduga meminta anda untuk membuat sedikit penyelidikan yang berkaitan dengan syarikat. Sekurangnya anda tidak terkejut dan dapat membuat penyelesaian dengan mudah, kreatif dan tenang.
2. Fahami kekuatan dan kelemahan anda
- Fikirkan kemahiran, kekuatan dan kelemahan anda dan bandingkan dengan deskripi tugas yang disenaraikan.
- Tunjukkan beberapa contoh untuk menggambarkan kekuatan ini. Sebagai contoh, jika anda seorang ahli kumpulan yang baik, anda boleh menyebutkan bagaimana kumpulan pemasaran terakhir anda berjaya mengatasi sasaran jabatan anda selama 10 bulan berjalan.
- Sebagai alternatif, anda boleh menyatakan bahawa anda telah meluangkan waktu untuk mengambil minit dalam mesyuarat untuk menunjukkan kesungguhan anda.
- Menyenaraikan kekuatan anda dan kaitkan ia dengan matlamat syarikat boleh menonjolkan anda dengan calon yang lain.
3. Ceritakan perjalanan kerjaya yang anda mahukan
- Setiap orang yang ditemubual dalam kumpulan ini akan mempunyai alasan yang berbeza mengapa mereka ingin mendapatkan pekerjaan ini.
- Pastikan untuk membincangkan perjalanan kerjaya anda selaras dengan kedudukan dan matlamat syarikat.
- Rancang untuk menerangkan motivasi peribadi dan profesionalisme anda untuk perkembangan kerjaya anda.
- Gunakan kaedah SMART (Specific, Measurable, Actionable, Relevant and Time-based) untuk membantu anda menyampaikan objektif kerjaya anda.
4. Berlatih bercakap dan bahasa badan anda
- Temuduga berkumpulan juga penting untuk meninggalkan kesan positif yang Anda perlu bercakap dengan yakin dan bersikap terbuka.
- Buat latihan temuduga dengan rakan dan keluarga untuk menolong anda yakin dengan temuduga yang akan dilalui.
- Praktikkan kaedah STAR (Situation, Task, Action, Result) untuk mengenal pasti jawapan anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menghadapi temuduga dengan tenang dan lancar.
Semoga berjaya.
Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?
Ketika anda melalui proses temuduga, anda pasti akan ditanya dengan soalan ini. Bagaimanakah caranya untuk anda menjawabnya?
Melalui perkongsian ini, anda akan mengetahui cara untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut kesesuaian.
Apa Yang Penemuduga Ingin Tahu?
Berdasarkan soalan yang mereka berikan, mereka ingin mengetahui jawapan anda adakah anda boleh bekerja secepat mungkin berdasarkan kekosongan jawatan yang ada di syarikat tersebut.
Selain daripada itu. bakal majikan juga ingin menilai sikap anda melalui jawapan yang bakal anda berikan. Sekiranya anda terus menjawab untuk terus berhenti tanpa memikirkan prosedur berhenti kerja secara betul, dikhuatiri perkara tersebut akan berlaku pada mereka juga pada satu masa nanti.
Jadi, berfikir dengan betul dan tepat serta berhati-hati jika ingin memberikan jawapan untuk soalan seperti ini. Tidak semestinya mereka bertanyakan soalan ini, anda telah pun ditawarkan untuk mengisi jawatan.

3 Contoh Menjawab Soalan “Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?”
Anda boleh menjawab melalui 3 cara berikut :
- Boleh mula bekerja dengan segera
- Boleh mula bekerja selepas notis berhenti (2 minggu / 1 bulan)
- Berikan sedikit masa untuk membuat keputusan

1. Boleh mula bekerja dengan segera
Secara umumnya jawapan anda iaitu ” Boleh mula bekerja dengan segera” adalah satu jawapan yang diingini oleh majikan anda.
Majikan merasakan anda seorang yang fleksibel dan berusaha untuk membantu anda untuk bekerja di tempat yang baru.
Jawapan ini sangat sesuai bagi anda yang tidak mempunyai kontrak atau ikatan pekerjaan dengan syarikat yang lain.
Nota : Elakkan menjawab “Boleh bekerja esok” sekiranya anda masih bekerja dengan syarikat lain. Ia menunjukkan etika yang negatif dalam kerjaya anda.
2. Boleh mula bekerja selepas notis berhenti (2 minggu / 1 bulan)
Anda boleh memberitahu kepada bakal majikan mengenai kesediaan anda bekerja selepas menghantar notis berhenti. Notis berhenti kerja mungkin sama ada 2 minggu atau 1 bulan mengikut perjanjian anda dengan majikan yang terdahulu.
Mungkin anda memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan di syarikat lama atau persiapan bagi syarikat anda untuk mendapatkan pengganti anda.
3. Berikan sedikit masa untuk membuat keputusan
Selalunya, anda menjadi tidak sabar setelah mendapat pekerjaan yang diinginkan. Mugkin anda mahu bercuti sebentar atau berpindah di tempat yang lebih dekat dengan tempat kerja yang baru.
Jangan terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan sekiranya majikan belum membuat tawaran pekerjaan buat anda.
Untuk mendapatkan kepastian, tanya semula kepada majikan anda mengenai tarikh sebenar untuk anda mula bekerja. Mungkin jangka masa yang diberikan oleh mereka lebih fleksibel daripada jangkaan anda dan anda mempunyai lebih masa untuk membuat persediaan.

Tips Menjawab Dengan Baik
Bersikap fleksibel
Bersikap fleksibel ketika memberikan jawapan anda. Ini adalah kerana soalan ini adalah berkaitan dengan kehendak majikan. Elakkan menjawab soalan mengikut kehendak dan keperluan anda.
Menjawab dengan jujur
Berterus terang dan jujur dengan jawapan anda. Sekiranya anda memerlukan notis 2 minggu atau 1 bulan, ceritakan sahaja kepada majikan anda. Elakkan menipu majikan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di kemudian hari.
Perkara Yang Perlu Di Elakkan
- Elakkan memberi terlalu banyak maklumat terutamanya hal peribadi anda dan hal dalaman syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan baru anda.
- Elakkan daripada menetapkan tarikh sendiri. Namun penemuduga lebih berminat jika anda meletakkan jangkamasa dan dapat melihat sikap anda melalui jawapan anda. Tetapi jika penemuduga menyatakan “Kami ingin menawarkan pekerjaan kepada anda”. Ini bukan tawaran bekerja. Jadi anda tidak perlu memberikan tarikh yang tepat. Anda hanya perlu menjawab sama ada anda dapat bekerja dengan segera, dua minggu atau anda memerlukan sedikit masa lagi.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjawab soalan “Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?” dengan baik.
Baca Ini Confirm Anda Boleh Jawab Soalan Temuduga Dengan Mudah
Nak baca isu apa, maklumat apa ya agar mudah untuk menjawab soalan yang ditanya ketika temuduga nanti? Semua isu dan maklumat dah Google dan search. Risau pulak kalau nanti lain yang keluar ketika sesi temuduga yang betul.

Sebelum lihat isu yang perlu dibaca untuk dapatkan maklumat, jom lihat dahulu serba sedikit tips berkaitan 10 perkara yang dilarang untuk anda lakukan ketika temuduga seperti :
- Tidak bersedia
- Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
- Aksesori berlebihan
- Paksa penemuduga meluluskan anda
- Tidak silent telefon
- Kurang eye contact & bahasa badan
- Cerita hal peribadi
- Cerita keburukan bekas majikan
- Terlalu gugup
- Tidak menjawab soalan yang diajukan
Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Apakah bahan bacaan yang sesuai dibaca sekiranya menghadapi temuduga SPA?
Antara bahan bacaan yang perlu dibaca untuk menghadapi temuduga ialah :
- Isu semasa negara yang berlaku dalam dan luar negara.
- Isu semasa berkaitan jawatan yang di pohon. Contohnya isu semasa pendidikan sekiranya anda memohon jawatan seorang guru.
- Akta-akta yang berkaitan dengan jawatan yang di pohon.
- Pengajian am untuk dapatkan maklumat mengenai maklumat berkaitan Perlembagaan, Perjanjian dan sebagainya.
- Teras 5, Integriti, Misi & Visi serta Objektif Jabatan / Kementerian.
- Sejarah Malaysia, Dasar Pendidikan, Rukunegara dan lain-lain.
- Senarai Menteri Kabinet yang terkini.
- Maklumat sesuatu jabatan, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha dan Menteri yang berkaitan.
- Deskripsi tugas jawatan yang dipohon.
- Nama penuh Perdana Menteri , Timbalannya dan YDP Agong.
- Istilah-istilah yang berkaitan dengan bidang jawatan yang dipohon.

Jadi, banyakkan membaca maklumat-maklumat yang berkaitan dengan negara, luar negara serta maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Disinilah penemuduga menilai kesungguhan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
“Ceritakan Perkara Lain Mengenai Diri Anda”
Kemungkinan semasa akhir temuduga anda akan mendapat soalan seperti di atas. Majikan mungkin meminta anda untuk berkongsi apa sahaja perkara yang berkaitan mengenai anda yang perlu mereka ketahui.
Sekiranya anda telah menceritakan semua kemahiran dan pengalaman anda kepada penemuduga, anda boleh mempertimbangkan untuk tidak menjawab soalan ini. Nyatakan bahawa anda telah menjawab soalan yang mereka perlukan dengan baik dan sopan.
Anda juga boleh menutup temuduga dengan menyatakan bahawa anda sangat berminat untuk bekerja di syarikat tersebut dengan kemahiran dan pengalaman anda.

Contoh Jawapan Terbaik
Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang boleh anda sesuaikan dengan pengalaman dan latar belakang peribadi anda :
Contoh 1
Saya telah menceritakan segala kelebihan saya seperti melakukan tugas dengan teliti, mempunyai kemahiran menulis, membuat pembentangan dan kemahiran komputer saya. Tetapi saya juga mempunyai kemahiran untuk meyakinkan orang lain.
Contohnya, saya berjaya meyakinkan pelabur di syarikat saya untuk menaja larian amal yang dianjurkan oleh syarikat.
Mengapa ia berhasil
Calon ini menunjukkan keberanian ketika menyatakan kekuatan peribadinya yang belum diceritakan ketika temuduga beserta contoh untuk menyokong pernyataan.
Contoh 2
Saya juga mempunyai kemahiran dalam bidang reka bentuk web. Saya juga membuat pekerjaan sambilan dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh syarikat SpiderCoach Sdn Bhd untuk mereka laman web baru kepada pelanggan.
Pelanggan sangat gembira dengan reka bentuk saya dan menghantar surat kepada CEO mereka dan memuji hasil kerja saya. Saya mahir dengan beberapa platform reka bentuk web, termasuk Squarespace, Webflow, dan Wix.
Kemahiran ini adalah sesuatu yang ingin saya bawa ke dalam syarikat anda.
Mengapa ia berhasil
Jawapan ini dirancang untuk “menambah nilai” kepada perkara yang ditawarkan oleh calon kepada majikan (dalam hal ini, kemahiran reka bentuk web).
Walaupun reka bentuk web bukan kemahiran yang diperlukan secara khusus dalam senarai pekerjaan, itu adalah bakat tambahan yang berguna yang tidak akan dimiliki oleh semua pemohon lain.
Sebilangan besar calon yang berjaya dalam temuduga mempunyai kelayakan utama untuk pekerjaan tersebut. Ini adalah langkah strategik yang baik untuk menerangkan kemahiran “tambahan” yang dapat anda bawa kepada majikan.
Contoh 3
Saya rasa kemahiran yang dinyatakan telah merangkumi sejumlah pengalaman kerja saya yang menjadikan saya calon yang sesuai untuk jawatan ini. Ini termasuk pengalaman mengajar selama sepuluh tahun, pengalaman pentadbiran dan kemahiran komunikasi saya.
Saya juga mempunyai pengalaman menjalankan program afterschool untuk remaja. Berdasarkan pekerjaan saya sebelumnya, saya mengetuai dua program afterschool yang mempunyai dua puluh lima orang pelajar. Saya sangat gembira sekiranya diberi peluang bekerja di sini.
Mengapa ia berhasil
Jawapan ini sangat berkesan kerana calon mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Calon juga memberikan contoh tambahan pengalaman masa lalu yang berguna dan relevan serta menyatakan semangatnya untuk jawatan yang akan ditawarkan.

Petua Untuk Memberi Jawapan Terbaik
Siapkan senarai 8 hingga 10 kelebihan anda
Buat senarai kelebihan dan kemahiran yang ada untuk diitawarkan kepada syarikat. Senaraikan kelebihan anda termasuk kemahiran ‘Soft Skill’ yang ada. Nyatakan juga pencapaian, bidang pengetahuan, pengalaman atau kualiti peribadi yang akan membantu anda memenuhi kelayakan untuk pekerjaan tertentu ini.
Bersedia untuk memberikan contoh
Berikan contoh daripada pekerjaan, aktiviti sukarelawan atau sejarah akademik anda yang membuktikan bahawa anda telah memberi kelebihan kepada syarikat lain dengan menerapkan kemahiran tersebut pada masa lalu.
Dapatkan maklumat syarikat
Anda boleh mendapatkan maklumat untuk mengetahui budaya korporat serta misi syarikat. Senaraikan kelebihan anda yang dan sesuaikan dengan budaya syarikat dan masukkan ke dalam jawapan anda.
Apa Yang Tidak Perlu Dikatakan
Tidak ada
Sekiranya anda gugup atau tidak tahu menjawab soalan ini elakkan terus mengatakan ‘tidak ada’. Ini menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja dan syarikat. Sebagai gantinya, nyatakan keinginan anda untuk ditawarkan pekerjaan.
Apa anda mahu
Elakkan daripada membincangkan hal gaji atau faedah syarikat kepada anda. Tumpukan kepada apa yang harus anda berikan kepada majikan.
Terlalu banyak maklumat peribadi
Elakkan daripada menyebutkan hal politik, agama, atau hobi peribadi yang mungkin menyebabkan anda meminta banyak cuti. Dikhuatiri majikan tidak bersetuju dengan gaya hidup anda yang dianggap akan menganggu tugasan anda ketika bekerja nanti.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjawab soalan “Ceritakan perkara lain mengenai diri anda” dengan lebih relevan. Semoga berjaya.
Warna Yang Sesuai Dipakai Untuk Hadiri Temuduga
Pemilihan warna pakaian yang sesuai membantu anda untuk temuduga dengan penuh keyakinan, lebih profesional dan sesuai dengan persekitaran syarikat.
Lihat perkongsian ini untuk memilih warna pakaian yang sesuai untuk temuduga anda.
Hitam
Hitam adalah warna yang sangat popular untuk menghadiri temuduga. Ia melambangkan kekuatan dan kewibawaan seseorang. Sangat sesuai untuk pekerjaan di pejabat undang-undang dan eksekutif tinggi.
Menggunakan warna hitam sebagai warna aksesori seperti selendang atau tali leher dapat memberi anda rasa keyakinan yang tinggi yang tidak keterlaluan.

Putih
Rapi dan bersih. Warna putih adalah warna yang baik untuk baju dan blaus. Warna putih menyampaikan kebenaran dan kesederhanaan serta menambahkan sedikit kecerahan yang tidak keterlaluan.

Kelabu
Kelabu adalah warna neutral yang sangat sesuai untuk pakaian temuduga. Warna ini adalah warna yang bagus untuk dipakai kerana ia kelihatan hebat tetapi tidak begitu dominan seperti pakaian berwarna hitam.

Coklat
Warna coklat adalah warna neutral yang mempamerkan ketenangan perasaan. Ia adalah warna yang neutral dan sesuai dipakai ketika temuduga.

Merah
Merah adalah warna terang dan kuat yang memberikan satu tenaga dan semangat buat anda. Beberapa aksesori pakaian berwarna merah dapat memberikan semangat buat anda tanpa menunjukkan sebarang perasaan emosional.

Biru
Biru, terutama biru laut, adalah warna neutral yang hebat untuk temuduga. Ia melambangkan ketenangan, kepercayaan dan keyakinan. Ia memiliki kualiti yang hebat pada pandangan penemuduga.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda memilih warna pakaian yang sesuai untuk temuduga. Semoga berjaya.