Portal Jawatan Kosong Terkini

4 Panduan Berguna Untuk Anda Hadiri Sesi Temuduga Guru MRSM

0 1,058

Menjadi seorang guru ini memang cita-cita ramai orang. Banyak sebenarnya laluan nak jadi guru ini. Selain guru sekolah rendah atau menengah, anda juga boleh cuba mohon jadi guru MRSM. Bagi yang tak tahu macam mana proses pengambilan atau temuduga, perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat anda.

Seorang pemuda melalui laman Facebook nya kongsikan pengalaman beliau menghadiri sesi temuduga Guru MARA. Beliau pernah gagal sebanyak 2 kali temuduga SPP dan akhirnya temuduga MARA, beliau berjaya ditawarkan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Berikut adalah 4 peringkat temuduga Guru MARA yang perlu dilalui oleh calon berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh pemuda ini.

4 PERINGKAT TEMUDUGA GURU MRSM

Terdapat 4 peringkat temuduga yang dikongsikan dan ianya dijalankan dalam satu hari sahaja iaitu:

1. Psycometric Test

Menurut calon, Psycometric Test ini agak mencabar. Namun jika anda ada jiwa pendidik, ia akan menjadi senang. Calon diberi masa 40 minit untuk jawab soalan. Psycometric test ini dijawab secara online. Calon akan diberikan satu pautan untuk menjawab soalan sebelum hadir ke temuduga.

2. Fitness Test

Apabila hadir ke pusat temuduga, selepas ujian Psycometric, calon terus ke Fitness Test. Ujian yang perlu dibuat adalah Beep Test. Menurut perkongsian, ujian ini ada beberapa peringkat dan calon boleh buat mengikut kemampuan masing-masing. Katanya boleh tahan mencabar beep test ini.

Namun untuk memudahkan urusan nanti, anda dinasihatkan untuk buat latihan secukupnya terlebih dahulu sebelum ujian sebenar. Dah selesai Fitness Test, calon perlu tukar baju untuk ke sesi Mock Teaching/Mock Counseling pula.

3. Mock Teaching/Mock Counseling

Untuk jawatan sebagai guru kaunseling pun kena hadapi Mock teaching ini. Calon diminta untuk masuk berdua untuk buat sesi mock teaching dalam bimbingan dan kaunseling. Namun tidak pasti pula untuk jawatan guru lain perlu masuk seorang atau berdua.

Mock teaching ini memang akan dilalui oleh calon yang nak menjadi pendidik. Calon akan dinilai dari segi kebolehan mengajar.

4. Temuduga Berkumpulan

Selesai sahaja sesi Mock teaching, anda perlu tunggu giliran untuk temuduga berkumpulan pula. Menurut perkongsian, kumpulan calon adalah seramai 6 orang dan semuanya calon yang memohon jawatan yang sama.

Calon diminta untuk memperkenalkan diri, berikan alasan kenapa nak jadi guru MARA, sedikit latar belakang mengenai MARA dan lain-lain. Bahasa yang digunakan sepanjang temuduga adalah bercampur-campur. Bila ditanya dalam Bahasa Melayu, sila jawab dalam Bahasa Melayu, begitu juga sebaliknya jika ditanya dalam Bahasa Inggeris.

Selesai sesi temuduga, penemuduga akan tanyakan kepada calon sekiranya ada apa-apa soalan yang mahu ditanya. Soalan terakhir adalah, “Adakah anda sanggup ditempatkan di Sabah dan Sarawak?”

KEPUTUSAN SELEPAS 3 BULAN

Lebih kurang 3 bulan selepas sesi temuduga, calon mendapat pesanan SMS menyatakan beliau BERJAYA dipilih sebagai Guru MRM (Bimbingan Kaunseling) di MRSM Tun Mustapha Tawau, Sabah. Pesanan beliau,

Kalau anda yang tengah baca ni akan pergi interview sebagai cikgu, aku ucapkan semoga berjaya, cuma satu ja nak pesan nak jadi cikgu ni banyak benda kita perlu berkorban dan jangan berkira, jadilah cikgu yang mempunyai jiwa sbg seorang guru, jika anda mempunyai jiwa seorang guru insha Allah anda akan jadi guru yang hebat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk mendapat gambaran sebenar sesi temuduga Guru MRSM dan dapat dijadikan panduan untuk lebih bersedia semasa sesi temuduga sebenar nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.