Portal Jawatan Kosong Terkini

7 Langkah Mudah Untuk Menarik Perhatian Majikan Melalui Account Linkedln Dan Cara Menjadikan Account Anda Kelihatan Profesional.

Zaman sekarang yang serba canggih ini kita kena kenalpasti pelbagai peluang digital yang ada untuk ‘market’ kan diri. Antara salah satu medium Resume Online yang mudah untuk anda marketkan diri dan selalu digunakan oleh orang ramai adalah LinkedIn.

Penting buat pelajar yang bakal menamatkan pengajian mahupun bagi yang sudah bekerjaya. Anda perlu ambil tahu beberapa perkara mudah untuk membuatkan profile Linkedin anda nampak profesional supaya anda lebih mudah untuk mendapat perhatian daripada majikan-majikan di luar sana apabila memohon pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk tips dan cara menjadikan profil LinkedIn anda nampak lebih gempak dan profesional.

7 LANGKAH MUDAH UNTUK PROFIL LINKEDIN NAMPAK PROFESIONAL

1. First Impression Kena Power

Antara perkara paling utama yang majikan yang akan lihat dahulu adalah Profile Picture. Ia sebenarnya menjadi first impression yang sangat penting di LinkedIn kerana itu adalah cara pertama untuk orang lain berhubung dengan kita.

 

Cuba anda lihat gambar Hari Srinivasan,

  • Gambar dia simple tapi menarik tambah lagi dengan senyuman yang manis tu.
  • Pastikan update gambar anda yang terkini dan jadikan muka anda dalam ruangan di bulatan tu memenuhi hampir 60% daripadanya kerana ia lebih jelas dan mudah dilihat.
  • Lengkap tulis jawatan dengan lokasi terkini.
  • Nak tambah lagi impression, tambahkan background photo yang memberitahu minat diri anda sendiri.

Mengikut LinkedIn, profile yang ada gambar akan dilihat 21 kali lebih banyak berbanding yang tiada gambar.

2. Kongsi Cerita Di Profile LinkedIn

Anda juga patut manfaatkan ruangan summary untuk ceritakan kepada umum tentang diri anda. Jangan hanya sekadar senaraikan skill ataupun pangkat yang anda pernah ada, tapi jadikan ruangan summary ini untuk terangkan diri anda dengan lebih terperinci lagi.

Ini merupakan salah satu bahagian personal anda yang sangat berguna untuk content marketing dan ia terbukti sangat membantu!

Jika anda ada lebih masa, boleh juga guna ruangan artikel untuk kongsi sebarang ilmu dan pengalaman untuk memperlihatkan diri anda lebih professional. Waktu yang paling sesuai untuk post artikel di LinkedIn ialah hari Selasa antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, dan waktu paling banyak perkongsian antara pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

3. Ceritakan Pengalaman & Jawatan Dengan Lebih Mendalam

 

Jika kita lihat di ruangan pengalaman kerja, LinkedIn ada memberi pilihan untuk kita memilih nama syarikat, tempoh bekerja dan huraian tentang jawatan dan pengalaman dengan lebih spesifik. Gunakan ruangan tersebut dengan sepenuhnya termasuklah internship sebab semua tu nilai berharga buat seseorang individu yang mempunyai pencapaian tersendiri.

Pastikan juga anda pilih nama syarikat yang sudah disenaraikan supaya dapat keluarkan logo syarikat tersebut. Setiap gambar dan logo akan menarik perhatian pembaca. Itu merupakan bonus tapi kalau company anda tiada dalam senarai, tidak jadi masalah untuk create senarai baru untuk company tersebut.

Yang penting sekali mestilah kandungan dan content di profile LinkedIn anda tu dibuat dengan baik.

4. Jelaskan Semua Kelulusan Akademik

Ini juga disebut sebagai “badan” kepada profile Linked anda. Sama seperti resume bercetak– dimana anda akan menyatakan segala kelulusan dan pencapaian akademik di ruangan ini. Anda boleh terus isikan maklumat akademik sama seperti dalam resume bercetak anda itu.

Biasanya kesilapan selalu terjadi terutamanya dari fresh graduate sebab ramai yang tidak nyatakan kelulusan mereka. Rugilah kalau anda dah ada pencapaian di universiti tapi tak ditulis. Ini mampu menjadi nilai tambah untuk setiap fresh graduate supaya dipilih untuk bekerja oleh bakal majikan nanti.

5. Nyatakan Pengalaman

Nampaknya ruangan sukarelawan menjadi salah satu elemen penting dalam profile LinkedIn. Ini juga menjadi nilai tambah bagi seseorang individu untuk memberitahu pengalaman yang ada. Sememangnya aktiviti sukarelawan di Malaysia dah semakin banyak. Jadi jangan biarkan ruangan ini kosong, pastikan semuanya diisi.

Kalau ada masa yang terluang, pastikan anda cari masa untuk join aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti sukarelawan ni terutama bagi penggangur dekat luar sana. Setiap yang kita buat tu mesti akan bagi kelebihan dekat diri kita semula.

Mengikut kajian LinkedIn, 42% majikan akan selidik dan melihat pengalaman sukarelawan sama seperti pengalaman bekerja. Satu daripada lima majikan memilih individu yang mempunyai kelebihan sukarelawan ini. Nampak tak betapa pentingnya pengalaman aktiviti sukarelawan.

6. Nyatakan Kemahiran Yang Relevan

Skill dan kemahiran menjadi kepentingan yang patut diisi mengikut urutan keutamaan berdasarkan kerja yang anda ingini. Sekurang-kurangnya senaraikan 5 skill yang anda ada. LinkedIn juga dah membolehkan skill kita di-endorse atau diiktiraf oleh individu yang berpengalaman dan ini boleh meningkatkan kadar pembaca di profile Linked anda.

Senaraikan skill yang berkaitan dengan pengalaman dan keupayaan diri dan yang paling penting sekali setiap kandungan yang diisi perlulah jujur. Kalau anda tidak mempunyai banyak skill yang menarik minat majikan, masih tidak terlambat untuk anda cuba sesuatu yang baru. Majikan suka kepada individu yang penuh skill dan multitasking.

  • Profile LinkedIn anda akan dilihat lebih 13 kali jika menyatakan skill dan sejumlah 10 juta endorsement akan diberi setiap hari.
  • Untuk mendapat endorse yang cepat, anda boleh memohon dan meminta daripada kenalan di LinkedIn.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya ini merupakan salah satu langkah mudah untuk profil LinkedIn anda nampak profesional. Bila ramai yang iktiraf kemahiran anda, makin tinggi kepercayaan bakal majikan melihat diri anda.

7. Ikuti Page Atau individu Yang Memberi Pengaruh Kepada Industri

Dengan mengikuti perkembangan individu yang relevan di LinkedIn, ini akan membantu kita memperoleh maklumat yang lebih menarik pada ruangan feed. Kenalpasti individu atau organisasi yang boleh memberi inspirasi kepada anda dan share sesuatu yang menarik daripada mereka kepada kenalan lain untuk menjadi nilai tambah serta meningkatkan ilmu dengan isu semasa yang ada mengikut peredaran zaman.

Ini ruangan terakhir dan ia patut digunakan sepenuhnya. Kalau anda minat tentang kejuruteraan, mungkin boleh ikut organisasi yang hebat dalam bidang tersebut. Segala minat boleh menjadi kelebihan jika kita ikut secara professional. Majikan akan kagum melihat perkara yang kita kongsikan di feed.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan medium media ini untuk perkara yang lebih baik dan positif! Sekarang ini semua golongan profesional wajib ada profil LinkedIn. Semoga berjaya!