Portal Jawatan Kosong Terkini

Cara Mudah Dapat Kerja Luar Dari Bidang Pengajian

0 782

Sudah berbulan menganggur kerana masih menanti peluang pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan bidang pengajian? Jangan begitu, keluar dari zon selesa anda sekarang dan ambil peluang untuk cuba ceburi bidang kerjaya lain daripada bidang anda!

Tidak salah pun nak mohon kerja yang lari dari bidang pengajian untuk ambil pengalaman sebanyak mungkin. Pengalaman yang ditimba tidak akan merugikan, malah akan meningkatkan kemahiran anda.

Untuk mohon kerja yang lari dari bidang pengajian, ketahui tips yang dikongsikan di bawah.

TIPS MOHON KERJA LUAR BIDANG

Improve Softskills Anda

Perkara utama yang kebanyakan majikan akan nilai adalah softskilss calon terutamanya graduan yang mohon kerja luar daripada bidang pengajian mereka. Graduan ini perlulah bijak tackle bakal majikan sepanjang temuduga, pasti nak lulus mudah!

Apa yang perlu anda ingat sebelum hadir temuduga adalah pastikan anda buat penemuduga yakin dengan kebolehan anda.

Buat Sedikit Penyelidikan

Banyak sebenarnya pekerjaan yang boleh dimohon dari pelbagai bidang walaupun bidang pengajian lari jauh daripada bidang kerja tersebut. Cuma anda sahaja yang tidak tahu dan tidak membuat penyelidikan. Contohnya graduan kejuruteraan boleh memohon jawatan sebagai pemasaran atau editor.

Walaupun bidang pengajian jauh tersasar, tetapi dengan kemahiran yang anda ada dan keyakinan yang anda berikan semasa temuduga, tidak mustahil anda diambil bekerja!

Jangan Berbohong

Jangan sesekali memanipulasi resume anda dengan menambahkan pengalaman yang tidak wujud semata-mata takut tidak diterima bekerja. Buruk padahnya! Anda berkemungkinan akan diuji tahap kemahiran dalam bidang kerja yang dipohon semasa penemuduga.

Jadi, jangan sesekali cuba sembunyikan apa-apa atau berbohong.

Bersedia Dengan Soalan ” Kenapa Tukar Bidang?”

Bidang anda dah sedar jawatan yang dipohon lari daripada bidang pengajian, jangan terkejut jika ditanyakan soalan sebegini. Sediakan jawapan yang sesuai dan jawab soalan ini dengan penuh keyakinan. Contohnya anda boleh jawab anda ingin mencabar diri dan melihat sejauh mana kemampuan anda keluar daripada zon selesa.

Sesuaikan juga dengan jawapan yang anda seorang yang cepat berapdatasi dan mempunyai kemahiran dalam bidang yang dipohon.

Kukuhkan Resume & Cover Letter

Kukuhkan resume anda dengan pengalaman-pengalaman yang anda ada dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon bagi menarik perhatian bakal majikan. Di dalam cover letter, jelaskan kenapa anda layak menerima kerja tersebut.

Jelaskan walaupun di luar bidang, anda mampu untuk bekerja di bawah bidang yang dipohon.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang masih mencari pekerjaan di luar sana. Ingat, jangan terlalu menanti kerja yang sesuai dengan bidang pengajian. Ambil peluang yang ada dengan tambah pengalaman melalui pelbagai bidang lain juga.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.