Portal Jawatan Kosong Terkini

Checklist Yang Digunakan Majikan Semasa Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

0 380

Seorang bekas pegawai di sebuah jabatan kerajaan, Puan Lily Sabrina Md Saberi berkongsikan pengalaman beliau mengenai 7 checklist temuduga yang dinilai oleh panel sepanjang pengalaman beliau dalam kerjayanya.

Di bawah merupakan 7 Checklist Utama Penilaian Semasa Temuduga yang dikongsikan beliau. Jika anda bakal hadiri temuduga pastikan anda baca checklist yang dikongsikan di bawah.

Dengan checklist ini anda boleh lakukan persediaan sewajarnya. Perkemaskan diri anda untuk lepasi setiap aspek temuduga yang dilontarkan kepada anda.

1. Penilaian Bermula Sejak Resume Anda di Terima

Penilaian bermula sejak resume anda diterima, menjawab emel, menjawab telefon dan menjawab SMS. Jika jawapan dalam bahasa Inggeris dibalas dengan bahasa Melayu, markah sudah mula dipotong. Menjawab telefon dengan nada yang tidak sopan juga bakal mengurangkan markah anda.

Jika panggilan sebanyak 3 kali tidak dijawab maka anda secara automatik dikeluarkan dari senarai temuduga. Rajinkanlah diri anda untuk menjawab setiap panggilan telefon, mungkin panel penemuduga anda mahu membuat temujanji dengan anda. Belajar untuk menjawab setiap panggilan telefon dengan sebaik-baiknya.

2. Anda di Sosial Media Merupakan Cerminan Peribadi Anda

Bakal majikan anda mungkin berminat untuk melihat akaun laman sosial anda. Setkan ia supaya boleh diilihat secara umum. Pastikan status dan gambar anda dipaparkan dengan sopan. Gambar berpeluk dengan teman lelaki atau teman wanita usahlah dipaparkan. Buanglah gambar tersebut dari laman sosial. Status yang tidak mencerminkan kata-kata yang sihat hendaklah dipadamkan.

Tunjukkan anda sebagai seorang yang berfikiran sihat dan positif. Artikel berunsur provokasi yang ada di internet, blog dan forum hendaklah dikeluarkan. Tulisan anda mencerminkan bagaimana cara anda berfikir. Panel penemuduga boleh memberitahu bakal majikan anda tentang keadaan diri anda berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

3. Kesungguhan Anda

Kehadiran ke tempat temuduga turut memberi kesan. 5 minit lewat boleh memberi kesan pada markah anda. Tiba lebih awal boleh dapat markah tambahan. Ketuk pintu dengan cara yang betul pun boleh dapat markah. Cara anda menarik kerusi pun akan dinilai. Ketika bersalaman dengan panel turut diberi perhatian.

Tunjukkan kesungguhan anda dengan mengatakan “Sebaik sahaja saya menerima panggilan dari wakil syarikat tuan, terus saya dapatkan lokasi dari internet dan datang semalam untuk tinjau pejabat ini”. Kesungguhan anda akan diberikan markah.

4. Bagaimana Anda Tackle Setiap Soalan Temuduga

Transkrip dan ketebalan fail akademik anda bukanlah keutamaan panel penemuduga. Mereka mahu mendengar suara dan jawapan anda. Mereka menilai gaya bahasa badan dan pertuturan anda. Suara yang terlalu perlahan dan terlalu kuat bukanlah tumpuan utama, tetapi mereka mahu mendengar suara anda bercakap dengan mereka.

5. Penampilan Anda Semasa Temuduga

Penampilan anda akan menjadi perhatian panel. Pakaian yang tidak sopan seperti seluar ketat, baju ketat, tudung singkat, kasut tinggi 6 inci, pakaian berwarna-warni, skirt ketat, duduk bersilang kaki, kuku berwarna, rambut pacak tinggi, misai dan jambang seperti artis, bergaya seperti raver dan hipster, gigi kuning, bulu hidung tidak dikemaskn dan badan yang berbau. Kebersihan adalah keutamaan majikan.

6. Sejarah Pekerjaan Anda Yang Terdahulu

Panel penemuduga akan membuat kajian di syarikat terdahulu tempat anda bekerja. Mereka akan soal anda, “Mengapa berhenti kerja di sana?”. Jika jawapan anda mencerminkan keburukan syarikat tersebut, maka anda akan kehilangan markah. Jika anda membuka keaiban majikan terdahulu, maka tidak mustahil anda akan membuat perkara yang sama apabila berhenti kerja di syarikat terkini.

Usah beritahu rahsia syarikat majikan yang terdahulu. Anda boleh gunakan jawapan yang lebih baik seperti “Saya hendak mencuba sesuatu yang berbeza dengan syarikat terdahulu”.

7. Bagaimana Anda Tamatkan Temuduga

Sebaik sahaja tamat temuduga, tinggalkan bilik temuduga dengan kerusi yang dimasukkan semula ke dalam meja tanpa sebarang bunyi yang kuat. Usah tinggalkan dalam keadaan yang tidak kemas. Jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk hadir ke sesi temuduga.

Mudah-mudahan markah anda bertambah dan mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dari yang diminta.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.