Portal Jawatan Kosong Terkini

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN

0 765

Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menyatakan semakan keputusan Peperiksaaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) telah boleh dibuat dan jangan lupa check nama anda. Klik pautan yang telah diberikan dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Tahniah kerana berjaya untuk stage seterusnya iaitu temuduga dan buat persiapan temuduga sekarang.

Info Ringkas Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum anda dapatkan tips temuduga dan contoh soalan temuduga untuk jawatan ini, lihat sekali imbas info ringkas mengenai jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini.

Jawatan ini berada dalam pelbagai Kementerian dan Jabatan serta diletakkan di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Gaji Yang Ditawarkan

  • Gaji Minimum : RM2,081.00
  • Gaji Maksimum : RM9,547.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Mengikut Jabatan

  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN

Ini adalah contoh soalan temuduga untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN :

  1. Perkenalkan diri anda dan ceritakan latar belakang diri anda secara ringkas.
  2. Mengapakah anda memohon jawatan ini?
  3. Adakah anda berminat dengan pakaian seragam dan apakah persatuan badan beruniform yang anda biasa terlibat?
  4. Terangkan serba sedikit mengenai tugasan seorang Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN.
  5. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri sekarang?
  6. Apakah misi dan visi serta objektif KDN?
  7. Siapakah Menteri serta Timbalan Menteri KDN?
  8. Sanggupkah anda dihantar untuk bertugas di pedalaman Sabah dan Sarawak?
  9. Terangkan 5 bahagian yang terlibat dengan perkhidmatan KDN?
  10. Apakah jabatan-jabatan yang berada di bawah KDN?
  11. Sebutkan nama Perdana Menteri dan Timbalannya.
  12. Adakah permohonan Pengambilan Pelajar Antarabangsa memerlukan kelulusan KDN? Mengapa?
  13. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh KDN?

Inginkan tips serta panduan untuk temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan panduan yang betul untuk persediaan hadir temuduga SPA.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.