Portal Jawatan Kosong Terkini

Sample Soalan Temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41

Temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41

Bagi lepasan graduan jurusan pendidikan pastinya sangat teruja sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga SPP kerana ini adalah peluang untuk anda menjadi seorang pendidik seperti yang diidamkan.

Untuk pengetahuan anda, Pegawai Pendidikan DG41 berada dalam kumpulan Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu).

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM2,188.00
  • Gaji  Maksimum : RM9,552.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

Tips Sebelum Temuduga

Sebelum hadir temuduga :

  • Baca semua isu semasa dalam pendidikan serta senarai Menteri Kabinet terkini. Anda boleh membaca buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat (2017)
  • Anda perlu berpakaian dengan kemas. Calon lelaki digalakkan memakai sut pakaian yang kemas beserta blazer. Disarankan memakai kemeja berwarna putih, seluar berwarna hitam dan blazer berwarna hitam. Dilarang memakai seluar jenis skinny. Bagi calon wanita pula, anda boleh memakai baju kurung dan tidak perlu memakai blazer. Digalakkan semua calon memakai tag nama untuk nampak lebih kemas.
  • Susun sijil akademik dan sijil-sijil yang disenaraikan oleh pihak SPP / SPA dengan betul dan pastikan semua ada di dalam fail anda.
  • Lengkapkan senarai semak dokumen seperti yang telah dilampirkan.
  • Pastikan sampai tempat temuduga 30 minit awal untuk urusan dokumen dan lain-lain dengan urusetia temuduga terlebih dahulu.

Tips Semasa Temuduga

Semasa temuduga :

  • Sila tunggu giliran menjawab soalan kerana temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41 dijalankan secara berkumpulan.
  • Dengar dengan teliti jawapan calon yang lain dan angguk tanda faham kerana jawapan yang diberikan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan soalan yang seterusnya.
  • Dilarang memotong percakapan calon menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga walaupun anda tahu jawapan yang betul.
  • Beri peluang kepada rakan calon yang lain menjawab dengan tenang dan memberikan pendapat mereka.
  • Berikan jawapan yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Jawab soalan temuduga dalam bahasa yang digunakan oleh penemuduga.
  • Menjawab soalan dengan ringkas dan padat tanpa sebarang pengenalan pada jawapan.

Contoh Soalan Temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41

Antara contoh soalan temuduga SPP Pegawai Pendidikan DG41 ialah :

  1. Kenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kelurga anda.
  3. Nyatakan keistimewaan anda untuk dipilih sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa.
  4. Nyatakan mengapa anda ingin menjadi seorang pendidik.
  5. Apakah ciri-ciri guru yang terbaik?
  6. Berikan pendapat anda kepada kerajaan bagaimana untuk penambahbaikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
  7. Apakah sumbangan anda kepada sekolah sekiranya anda dihantar bertugas ke sekolah luar bandar?
  8. Bagaimanakah anda memastikan semua orang mengambil bahagian dalam aktiviti kerja kumpulan? Apa yang akan anda lakukan?
  9. Apakah aktiviti yang boleh anda jalankan di luar kelas?
  10. Apakah pilihan kerjaya kedua anda selain mengajar?
  11. Kalau anda sudah menjadi seorang cikgu, bilakah anda akan berhenti menjadi cikgu dan bertukar profession?
  12. Apakah teori pendidikan dan terangkan kepada saya.
  13. Apakah strategi pengajaran ini dan bagaimana ianya dipraktikkan?
  14. Berikan senarai dasar-dasar pendidikan yang anda tahu.
  15. Terangkan apakah itu Naratif Baharu Amalan Pendidikan dan STEM.
  16. Bilakah Dual Language Programme (DLP) diperkenalkan?
  17. Adakah anda pernah menghasilkan inovasi bagi mengatasi malah pengajaran dan pembelajaran mata peajaran anda?
  18. Apakah impak positif aktiviti PAK-21 kepada murid yang telah anda laksanakan semasa praktikal?
  19. Bagaimana cara mengaplikasikan strategi penggabungjalinan pengajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran yang lain dalam PdPc?
  20. Sekiranya anda ditempatkan disekolah pedalaman yang tiada kemudahan komputer, Internet dan sebagainya, apakah inoasi yang boleh anda bangunkan/hasilkan?

Pastikan anda sentiasa membuat persediaan dan dapatkan maklumat yang berkaitan dengan skop bidang pekerjaan yang dipohon. Ini adalah kerana maklumat ini dapat membantu anda untuk menjawab dengan yakin dan tenang serta menepati kehendak penemuduga.