Portal Jawatan Kosong Terkini

Contoh Surat Pengesahan Majikan Nak Buat Loan Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi

0 7,438

Pernah dengar tak mengenai Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan? Selalunya yang bekerja sendiri akan tahu apa itu surat pengesahan majikan. Diperlukan jika anda ingin membuat pinjaman bank atau sebarang urusan rasmi, pastinya surat ini diminta oleh pihak yang berkenaan.

Apakah urusan rasmi yang memerlukan surat pengesahan majikan?

Kebiasaannya sebarang urusan rasmi (pinjaman, permohonan dan lain-lain) dengan pihak seperti di bawah memerlukan anda membawa bersama surat pengesahan majikan. Mana tahu di minta oleh pegawai berkaitan.

  • Pinjaman bank
  • Pembelian rumah
  • Permohonan bantuan
  • Pendaftaran UPU
  • Sambung belajar

Surat-surat ini diperlukan kerana ianya merupakan satu bentuk dokumen yang bertindak sebagai bukti yang kukuh bahawa anda bekerja di tempat syarikat / jabatan tersebut dan dokumen tersebut akan menunjukkan beberapa maklumat yang diperlukan oleh pihak seperti maklumat gaji dan tempoh perkhidmatan untuk memastikan kelayakan pinjaman pemohon.

MAKLUMAT PENTING DALAM SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Ya, surat ini wajib disiapkan menggunakan format yang betul dan mestilah formal. Jadi, terdapat beberapa maklumat penting yang wajib ada dalam surat ini seperti berikut :

  • Letter Head syarikat (WAJIB)
  • Nama syarikat
  • Alamat syarikat
  • Nama pekerja
  • Nombor kad pengenalan pekerja
  • Tempoh / Tarikh mula berkhidmat
  • Status jawatan
  • Gaji pokok
  • Elaun tambahan

Ingin dapatkan contoh surat pengesahan majikan untuk loan bank, beli rumah dan urusan rasmi? Lihat contoh dibawah, download dan edit mengikut kesesuaian kegunaan anda.

CONTOH SURAT PENGESAHAN JAWATAN

Berikut adalah contoh surat pengesahan jawatan yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bagi pengesahan jawatan sektor swasta juga boleh menggunakan format ini untuk kegunaan anda.

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN UNTUK LOAN BANK, BELI RUMAH

Jika anda ingin membuat pinjaman (loan bank) dan membeli rumah, pihak bank pastinya inginkan surat pengesahan majikan sebagai bukti anda bekerja dan ingin melihat kadar gaji anda untuk kelayakan pinjaman. Contoh surat pengesahan majikan adalah seperti berikut :

Nota : Kedua-dua surat ini boleh digunakan mengikut kesesuaian kegunaan anda. Gunakan format sedia ada dan masukkan maklumat seperti yang dikongsikan agar ianya lengkap dan memudahkan urusan anda nanti.
Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.