Portal Jawatan Kosong Terkini

Calon Wanita, Jangan Pandang Remeh Etika Berpakaian Ketika Hadir Temuduga

Mesti anda terfikir bagaimanakah etika pakaian sebenar ketika menghadiri temuduga. Maklumlah penampilan diri yang kemas adalah aspek yang paling penting ketika mempersiapkan diri untuk hadir temuduga.

Mengapa ianya sangat penting? Pasti anda pernah dengar ungkapan ”First Impression Matter?” bukan?. Ini adalah kerana penampilan diri yang terbaik terutama cara berpakaian yang betul akan memberikan gambaran yang terbaik kepada penemuduga anda.

Apakah etika berpakaian yang sesuai untuk calon wanita ketika temuduga?

Etika Berpakaian Calon Wanita Ketika Temuduga

Berikut adalah etika berpakaian bagi calon wanita iaitu:

Kemas Dan Bersih

Jarang-jarang sekali kedengaran calon wanita yang hadir temuduga dalam keadaan yang tidak kemas dan comot. Selalunya calon wanita yang hadir sentiasa kemas dan bersih.

Seterusnya calon wanita perlu berpakaian dengan pakaian formal iaitu memakai baju kurung yang kosong atau kurang bercorak dan dengan warna yang tidak terlalu terang.

Pastikan baju kurung yang dipakai tidak melekat di badan dan tampilkan kesopanan anda dalam berpakaian serta menjaga tatasusila apabila hadir temuduga.

Jika calon wanita memakai pakaian smart kasual ketika temuduga pula, pastikan anda memakai:

  • Seluar slack / berkain skirt labuh dan tidak ketat
  • Berwarna gelap
  • Berbaju kemeja berwarna cerah atau pastel
  • Berkot / blazer berwarna gelap
  • Pastikan pakaian anda mengikut jawatan yang dipohon dan sesuai.
Style Tudung Dan Rambut

Jika anda bertudung, pastikan anda menggayakan dengan ringkas dan kemas. Digalakkan untuk memakai tudung bawal berbanding tudung jenis shawl kerana tudung jenis shawl agak berbelit dan boleh menyesakkan mata penemuduga.

Bagi calon yang tidak bertudung pula, rambut mestilah disikat rapi atau diikat dengan kemas. Pastikan rambut tidak menutup mata atau muka anda. Jangan lupa untuk amalkan body language iaitu eye contact dengan penemuduga ya.

Aksesori Tambahan

Tidak salah memakai aksesori tambahan seperti jam, cincin atau gelang tangan. Tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan sehingga menggangu mata penemuduga ketika sesi temuduga dijalankan.

Kurangkan aksesori pada bahagian telinga, kaki dan jari kerana ia menunjukkan gambaran tidak baik mengenai calon kepada penemuduga.

Mekap Yang Sesuai

Pakailah sedikit mekap yang sesuai. Jangan hadir temuduga dengan  keadaan muka yang pucat. Pastikan juga anda tidak mekap dengan keterlaluan pula. Cukup jadikan wajah anda berseri agar penemuduga melihat calon yang hadir pada hari tersebut sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kasut Yang Sesuai

Mesti anda sedia maklum, semua calon yang hadir temuduga perlu memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap. Pastikan tumit kasut anda tidak terlalu tinggi.

Mengapa mesti kasut yang bertumit? Ia menujukan betapa profesionalnya seorang calon dalam berurusan dan ketika berhadapan dengan penemuduga. Jangan lupa, pakai sarung kaki yang bersesuaian.

 

 

You might also like