Portal Jawatan Kosong Terkini

Jawapan Terbaik & Tepat Yang Anda Boleh Gunakan Jika Ditanya ”Mengapa Anda Dipecat?”

0 528

Jika anda dipecat dari tempat kerja lama, mestilah ada alasannya bukan? Tak semua alasan pekerja dipecat adalah positif. Kebanyakan alasan pekerja dipecat mestilah sebab pekerja telah melakukan sesuatu kesilapan.

Jarang penemuduga nak tanya kenapa calon dipecat dari tempat kerja lama. Namun sekiranya tiba-tiba soalan ini ditanya kepada anda, anda perlu bijak menjawab. Jangan sampai alasan yang anda berikan menjadi punca penemuduga memandang negatif terhadap anda.

Untuk persediaan calon temuduga, baca jawapan terbaik dan tepat yang boleh anda gunakan untuk soalan ini.

TIPS MENJAWAB SOALAN “MENGAPA ANDA DIPECAT?”

Berikut adalah tips menjawab soalan ini:

  • Berikan jawapan yang ringkas dan tepat. Nyatakan alasan yang positif kepada penemuduga anda
  • Cuba alihkan perbualan anda dan penemuduga dengan topik yang lain
  • Bersikap jujur ketika menyatakan alasan

CARA MENJAWAB DENGAN BAIK

“Mengapa anda dipecat?” Ini cara terbaik untuk anda jawab soalan ini:

Bersedia Dengan Jawapan

Bincangkan topik ini dengan selesa dan yakin dengan penemuduga anda. Berlatih dan bersedia dengan soalan dan jawapan walaupun anda tidak mengetahui sama ada penemudua akan bertanya atau tidak soalan ini kepada anda. Mungkin melalui jawapan anda, majikan beranggapan syarikat terdahulu telah membuat kesilapan kerana melepaskan pekerja mereka yang terbaik.

Jujur & Ringkas

Jujurlah ketika memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tetapi pastikan jawapan yang anda berikan ringkas dan jangan memberikan terlalu banyak maklumat. Tukar kepada topik lain dengan membincangkan bagaimana kemahiran yang ada untuk menyelesaikan masalah syarikat.

Tekankan Nilai Positif Anda

Ketika menjawab soalan ini, anda boleh menekankan kepada kemahiran dan kebolehan anda dan kaitkan dengan kelayakan anda. Kaitkan dengan pekerjaan yang anda pohon. Tunjukkan bahawa anda sesuai dengan pekerjaan tersebut.

Ini bukan masanya untuk anda melepaskan rasa marah anda kepada rakan sekerja dan bekas majikan anda. Elakkan daripada bercerita perkara negatif yang telah berlaku semasa anda bekerja di tempat lama.

Elakkan Kata ‘Dipecat’

Gunakan isitilah yang menunjukkan perkara positif ketika anda menjawab soalan ini. Anda boleh menukar perkataan daripada ‘dipecat’ kepada seperti ‘lepaskan’, ‘diganti’ atau perkataan lain yang sesuai. Perkataan dipecat akan menampakkan anda mempunyai masalah.

Walaupun memang hakikatnya anda dipecat oleh kerana beberapa masalah, cuba anda perbaiki kesilapan anda terlebih dahulu. Pastikan anda sudah betul-betul bermatlamat untuk berubah dan menjadi yang lebih baik untuk kerja di syarikat akan datang.

Jawab dengan penuh keyakinan dan ikut tips-tips yang dikongsikan ini.

Semoga bermanfaat!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.